Baaaajak............. masih terngiang-ngiang kat telinga aku sikecik aku menyebut perkataan tu. Pantang ada lori besar lalu depan rumah sumer dipanggilnya bajak hehehe. Apapun yg aku nak sampaikan kat sini hanya nak mengajak korang pikirkan sekejap beza antara bajak dan budget.
Memanglah kedua2 bender ni amat berbeza dan takde kena mengena langsung antara satu sama lain bak kata org tua2 jauh panggang dari api. Akupun masih lagi mencari perkaitan antara keduanya hhmmmmm. Guna bajak dalam bidang korek mengorek hehehe aku pun tak tau nak sebut camna yg aku tau bender tu guna utk korek tanah. Tapi budget plak hanya dipakai setahun sekali. Kekadang tu aper yg dibentangkan tak sangkut langsung kat aku yg merupakan rakyat marhaen ni.
Dahlah ucapan pembukaan jer panjang berjela pehtu sekelumit pun tak dapat tempiasnya. Budget tahun ni bapak aku antara yg tersenyum sebab pesara kerajaan diberi wang ikhsan RM500 kalau tak silap akulah namanya wang ikhsan. Tapi yg lawaknya biler gaji guru kafa baru nak dinaikkan dari RM500 ke berapa ntah aku pun tak ingat....patutlah banyak guru kafa yg suarakan rintihan dorang kat ruangan komen pembaca dalam metro. Itupun ader hati nak naikkan gaji amah jadi RM800.....nasib baik tak jadi.
Simpati betul aku kat nasib guru kafa selama ni baru sekarang rintihan hati mereka sampai ke telinga kerajaan. Nasib baik kadar tol tak naik utk tempoh lima tahun akan datang ....aik ada udang sebalik batu ker?. Bila mana syarikat kosesi lebuhraya diberi kebenaran naik kadar tol sedangkan setiap tahun dorang merekodkan keuntungan berjuta ringgit akupun naik hairan. Hairan sebab mereka dibenarkan mengaut untung berlebihan dikala majoriti rakyat terbeban oleh kenaikan harga barang. Dalam keadaan ini nampaknya ada pihak yg menggunakan bajak ajaib untuk mengaut untung atas angin.
Sunday, October 17, 2010
Tuesday, August 24, 2010
Salam
Aper perasaan korang menyambut Ramadan tahun ni? Rasanya momentum kalau banding dengan tahun dulu2 makin kureng. Aper sebab ye????. Mungkin usia dah menginjak tua.....kiter pun makin penat melayan kerenah jem ari2 yg tak penahnya nak surut.... yg lagi tak syoknya dulu korang boleh dapat kuih 5 singgit lani RM0.40 seketul. Pergh ......
Kalau dipikir2 memang memeningkan palo.... sebabnya gaji duk takuk tu gak. Adalah increment tapi tak selari ngan kenaikan kadar inflasi. Tunggu pengumuman bonus oleh gomen pun cam takdo harapan jer. Balik2 yg dapat bonus dak Felda jer...aper kakitangan gomen yg lain tak layak dapat ker?. Tapi biler pikir balik ader gak bagusnya sebab peniaga ni ader semacam penyakit ....naik harga barang pantang dengar orang gomen dapat bonus. Naik jer taunya turun tarak.
Apappun aku akan cuba bertabah semoga kedatangan AidilFitri kelak akan membawa sinar baru dalam hidup ini.

Wednesday, May 19, 2010
Tikam
Ingat tak kali pertama kita mengenali apa itu judi.........seingat aku mula sekali aku kenal bender ni masa berumur seawal darjah 3. Tapi masa tu tak paham bahaya bender ni sebabnya ramai kengkawan buat so aku pun ikut sama....masa tu kita mula dengan main tikam no. Taruhannya tak banyak cumer 20 sen dan hadiahnya mainan kanak2. Memang mengujakan tapi lepas try beberapa kali aku congak2 tak pegi mana untungnya....hanya menghabiskan duit yg mak aku kasi.Itulah silapnya tentang kita dalam kita tak sedar budaya judi ni dah bercambah dalam masyarakat sejak kecil lagi. Kalau tak ditegah buruk akibatnya.......dan rasanya takde sorang pun suka dengan kaki judi ni. Keasyikan dan kelekaan main judi boleh merosakkan segala2nya.
Jadi sudah tentu aku tertanya2 apa sebab dan alasan untuk kerajaan menghalalkan lesen judi /taruhan bola sepak. Tak nampak logik dek akal aku... adakah kita nak bina mahligai dari air mata orang lain?????
Thursday, April 22, 2010
Selamat berjuang
25 April ni akan kuarlah rakyat Hulu Selangor menentukan calon Parlimen mereka. Calon yang diharap dapat mewakili suara majoriti rakyat kat situ. Kalau ikut komposisi kaum majoriti org Melayu tapi sejak berpuloh tahun yg lalu calon BN yang diletakkan adalah orang India yang hanya 10% sahaja.
Sama-samalah kita nantikan sama ada trend memangkah calon BN akan berterusan atau gelombang tsunami pilihanraya 2008 masih berterusan. Orang tua dulu pernah cakap kalau dulu walau diletakkan batang kayu berlambangkan dacing pun batang kayu boleh menang. Tersengih2 aku mendengar perumpamaan tu. Tapi sejak situasi ekonomi negara makin tersepit trend tu telah berubah kepada pembangkang pulak. Sebab tu org dalam tahanan ISA pun boleh menang.
Pada aku yg penting bakal ahli parlimen di hendaklah berjuang dengan ikhlas demi kepentingan rakyat marhaen dan bukan sekadar nak memenuhkan tembolok masing2. Hanya muncul masa pilihanraya pehtu terus lesap. Jangan kata nak jumpa org kampung nak turun rasmikan pembukaan sekolah pun payah. Tapi takyah risau lani sebab Bersamamu TV3 ada so masa tu bolehlah korang jumpa wakil rakyat ni. Tu pun kalau nak jumpalah.
Bagi aku hidup mati aku hanya Allah yang tentukan aku cari makan pun guna kudrat sendiri tak harap belas ehsan dorang ni. Kalau ujung bulan tak cukup duit makan pun tak penah lagi aku ketuk pintu rumah dorang ni. So saper pun yg naik tak akan menyebabkan aku menjadi peminat fanatik yang melampau.

Thursday, April 8, 2010
Laju macam kilat ke?
Aku baru dapat tau tadi so saje nak share ngan kengkawan kalau ko nak cuba try cek korang punya blog laju ke idak. Jom masuk ke link ni http://www.iwebtool.com/ pehtu masukkan email add korang then klik check.
Hasilnya blog aku 101.94kb dak zura plak punya cuma 12.07kb.
Kalau saiz blog tu melebihi 150 kb, cuba la usaha untuk kecilkannya. Kasi buang aje widget2 yang kurang manfaatnya tu. Seperti jam, kalendar, animasi, dan sebagainya. Dan paling penting jumlah posting yang dipaparkan tidak melebihi 7. Aisemen aku kene kecikkan saiz blog ni hehehe. So lepas aku tukar display post dari 10 ke 5 saiznya turun ke 85.39kb. Wah sungguh mengujakan aku.
Ok selamat mencuba.

Subscribe to:
Posts (Atom)