"mbekmbekmbek" tu jer yang termampu dilakukan oleh seekor kambing warna hitam bila tuannya membawa pegi makan rumput kat padang. Bayangkan kejadian sama tapi situasi berbeza, kali ni seseorang yang telah dikambing hitamkan untuk melepaskan tengkok bosnya.Contoh ayat yang digunakan untuk kambing hitam ialah " semua pihak merasa kagum dengan tindakan sprm mendakwa seorang ahli politik yang telah menyalahgunakan kuasa dan dalam masa yang sama membidas kenyataan sesetengah pihak yang politicion tu hanyalah kambing hitam dalam kes tersebut."
"kami taknak bilis, kami nak jerung" jerit pembantah-pembantah yang mengerumuni perkarangan mahkamah. Dalam kes ini ikan bilis dan jerung juga telah dikambing hitamkan sebab pihak pembantah tak nak berterus terang aper yang dimaksudkan maka mereka telah meletakkan kesalahan dibahu ikan bilis dan jerung.
Dalam situasi sebenar yang sering berlaku selalunya hanya ikan bilis yang dikambing hitamkan manakala ikan jerung lepas bebas dilautan luas untuk merenggut kekayaan hasil bumi yang ada situ.
Kenapa jadi begitu, rasanya pertanyaan tu ramai yang tau tapi tak ramai yang sangup menyerahkan leher mendedahkannya. Hakikatnya kiter sering terjerut dengan hukum alam iaitu demi survival.Walau apapun pendedahan yang dibuat ia tak memberi kesan selagi kita tidak berbalik kepada Al Quran dan sunah yang ditinggalkan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w
Thursday, November 5, 2009
Sampai hati korang part 2
"Tulah ayah dah lama Taufik bagi tau janganlah aktif sangat kat surau tu. Dorang tak pueh hati sebab ayah selalu tegur tu tegur ni, bagi nasihat sana, bagi nasihat sini.Haji Meon tu memang menyampah ngan ayah sebab ayah tegur dier 'bang' tak betul.Fik rasa dier yang report tu" kata Taufik semasa memandu pulang dari balai polis.
"Ish kamu ni tak baik tuduh2, ayah kenal sangat ngan Haji Meon tu diakan kawan baik ayah masa kecik dulu"
"Itu dulu, Fik dengar orang kampung citer sejak ayah balik ke kampung dan mengimamkan jemaah kat kampung ni dier dah mula jauh hati ngan ayah.Katanya orang dah tak nak dengar cakapnya lagi"
"Ayah takde niat pun nak ambik alih tugas dier tapi ayah cume nak berbakti pada orang kampung dan berkongsi ilmu saja."
"Ayah memanglah cakap cenggitu tapi hati orang ayah mana nak tau"
"Yang kamu ni mana kamu tau citer ni sumer"
"Hehehe ayah, Fik pun dengar gosip ni dari Cik Milah potpetpotpet tu, Jamal kedai basikal pun penah bagi tau Fik jugak"
"Pandai jer kamu nak larang aku, niat aku hanya satu nak berbakti kat Rumah Allah, biarlah ni mungkin ujian Allah. InsyaAllah....... bender yang baik ni akan diberkati Allah.Bende amar maaruf nahi mungkar ni memang dah jadi tanggungjawab semua muslimin dan muslimat"

Wednesday, November 4, 2009
Sampai hati korang
Setiap hari sejak bersara ni tulah rutin harian Lebai Husin pegi balik surau yang hanya dalam lingkungan 100 meter je dari rumahnya. Apa lagi nak dibuat kalau tak menghabiskan usia emas ni dengan beribadat kepada Allah semahu-mahunya atau setidak-tidaknya mendengar ceramah agama yang diadakan tiap malam jumaat itupun jika ada penceramah luar yang datang jika tidak memang jadi tanggungjawab dialah untuk mengimamkan sembahyang dan memberikan tazkirah. Hati tuanya kadang-kadang agak terkilan dengan sikap orang kampung yang hanya memenuhkan surau untuk sembahyang jemaah masa hari raya je.
Setiap hari lepas sembahyang subuh diambilnya penyapu distor dan dengan kudrat yang ada dibersihkan keliling surau tua tu. Surau ni pun lebih tua dari umur Lebai Husin. Masa zaman kanak-kanaknya banyak dihabiskan disitu untuk belajar mengaji dengan Bilal Deris. Pantang tersalah sebut je memang kene sebat kat jari kekadang tu sampai kene cucuk dengan rotan yang dipegangnya. Memang garang orangnya Bilal Deris tapi hasilnya semua anak muridnya memang jadi orang berguna.
Sepanjang usianya 60 tahun inilah kali pertama dia marah apa tidaknya lepas habis kuliah maghrib tu dengan tidak semena-mena datang 5 orang pegawai agama minta dia kebalai. Alasannnya sebab Lebai Husin beri ceramah agama tanpa tauliah. "Sampai hati korang ye buat orang tua begini" itu sahaja yang sempat diucapkan pada pegawai agama yang mengiringinya ke balai polis.

Tuesday, November 3, 2009
Toooontoon
Marah sungguh Pak Atan biler laluan utama jalan masuk ke kampungnya dihalang oleh sekumpulan lembu-lembu yang dok melepak kat tengah jalan. Mungkin tengah kekenyangan selepas makan rumput kat tepi baruh tu. Aper lagi dengan kekuatan yang ader ditekannya hon keretanya panjang-panjang.......... tooooooooontooooooon bunyinya. Kereta tu dibelinya tahun 1989 antara model terawal kereta buatan nasional. Keluar jer dari car sales centre terus diaraknya keliling kampung sambil bunyikan hon almaklumlah nak tarik perhatian orang kampung.Maka ramailah yang berpusu-pusu nak tengok kereta Proton Saga warna merah saga tu siap ader yang masuk nak cuba kerusi empuk kereta tu dan tak kurang jugak yang membelek-belek sterengnya. Sementara menunggu kawanan lembu tersebut sempat pulak Pak Atan terkenang masa muda-muda dulu. Besar jasanya kereta tersebut dengan kereta tu jugak dibawanya mak ayah pegi meminang Limah Lawa sebagai isteri. Tak lama kemudian dihantarnya mak ayah ke airport menunaikan haji. Saga kepunyaannya tu memang sentiasa dikilatkan walaupun dah berusia hampir 20 tahun masih elok enjinya. Kalau takat jalan pegi balik keja memang takde masalah cuma akan kepanasan sikit sebab aircond dah rosak. Dah berpuluh kali direpairnya dan banyak berhabis tapi problem tak settle gak. Sudahnya Pak Atan biarkan jer janji boleh jalan bak kata isterinya. Nak beli kereta baru memang tak mampu lagi almaklumlah keje takat kerani jer.
Sangkanya dengan pengumuman budget 2010 ni bolehlah beli kereta baru sebab dengar citer kerajaan nak hapuskan AP jadi mestilah kereta banyak yang jatuh harga. Tapi kecewa sungguh sebab budget baru ni mewajibkan plak kereta yang berusia 15 tahun keatas menjalani pemeriksaan Puspakom tiap tahun........aisemen duit lagi.
Monday, November 2, 2009
Harapkan pagar pagar makan padi
Sama tak maksud peribahasa kat atas ni ngan haruan makan anak. Dari segi maksud pada aku memang sama tapi dibezakan dengan dua alam iaitu satu haiwan dan satu lagi tumbuh-tumbuhan atau lebih mudah lagi flora dan fauna.Situasi paling mudah biler nak menerangkan maksud peribahasa ni boleh tengok kejadian-kejadian yang berlaku disekeliling kita contohnya biler seorang bapa yang sepatutnya menjaga dan mendidik anak telah menggunakan kuasa yang ader utk melakukan sesuatu yang kucing kat umah aku pun tak sanggup nak tengok. Aper lagi seorang manusia yang bergelar insan dan bukannya manusia yang punya insang cam haruan tu tadi.
Satu lagi contoh yang aku rasa sesuai biler seorang wakil rakyat yang dilantik atas tiket parti telah mengumumkan keluar parti tapi taknak letak jawatan wakil rakyat. Korang rasa contoh ni ader kene mengena tak??. Hehehe bender ni memang sensitif tapi bender yang sensitif tulah yang paling suka dicuit dengan harapan orang yang kene cuit tu akan melatah tak henti2.
Satu bender yang aku rasa kurang adil berkenaan peribahasa tu naper plak hanya haruan yang dikatakan makan anak sedangkan banyak lagi binatang yang juga makan anak contohnya kucing dan hamster. Dalam keadaan tu aku rasa mungkin wujud persaingan yang kurang adil diantara sianak dan bapa hingga memungkinkan sibapa mengambil tindakan drastik tu. Apapun tepuk dada tanya selera dan sentiasa berfikir sedalam-dalamnya sebelum mengambil sebarang tindakan.
Subscribe to:
Posts (Atom)