Wednesday, May 19, 2010

Tikam

Ingat tak kali pertama kita mengenali apa itu judi.........seingat aku mula sekali aku kenal bender ni masa berumur seawal darjah 3. Tapi masa tu tak paham bahaya bender ni sebabnya ramai kengkawan buat so aku pun ikut sama....masa tu kita mula dengan main tikam no. Taruhannya tak banyak cumer 20 sen dan hadiahnya mainan kanak2. Memang mengujakan tapi lepas try beberapa kali aku congak2 tak pegi mana untungnya....hanya menghabiskan duit yg mak aku kasi.

Itulah silapnya tentang kita dalam kita tak sedar budaya judi ni dah bercambah dalam masyarakat sejak kecil lagi. Kalau tak ditegah buruk akibatnya.......dan rasanya takde sorang pun suka dengan kaki judi ni. Keasyikan dan kelekaan main judi boleh merosakkan segala2nya.

Jadi sudah tentu aku tertanya2 apa sebab dan alasan untuk kerajaan menghalalkan lesen judi /taruhan bola sepak. Tak nampak logik dek akal aku... adakah kita nak bina mahligai dari air mata orang lain?????
There was an error in this gadget