Monday, November 15, 2010

Kiah Lenggang 3

Berita hangit dalam akhbar Berita Hairan hari ni adalah mengenai rancangan kerajaan nak bina Menara WasWas setinggi 100 tingkat. Kiah Lenggang pun tengah berkira2 nak masuk tender untung batu timbul untung sabut tenggelam. Mana tau kot ada rezeki. Dalam masa sama timbul pertanyaan kat benaknya" Ada ke orang nak sewa. Sebab kalau ikut Utusan Meloya, kadar pengghunian pejabat kat KL ni dalam 80% je maknanya tak semua terisi".

Lagi satu yg menghairankan Kiah Lenggang naper plak PM bentangkan dalam Budget 2011 kalau betul ia akan dibina oleh PNB. Tambah kacau pikirannya memikirkan perkara yg tak masuk akal tu. "Buatnya projek ni rugi abislah investment aku dalam ASB"kata hatinya.

Dua tahun lepas masa dia buat loan kat CIMBENG oficer tu kata pinjaman ni tak membebankan dan hanya perlu bayar setahun je pehtu tahun berikutnya amik aje duit pulangan tu untuk bayar balik loan bank. Aper lagi tanpa berpikir panjang di terus buat loan RM200k selama 20 tahun. Kalau projek ni tak menjadi mesti duit dividen yg dijangka 8% setahun boleh jadi 5% je. Wah kalau camtu baik sikit je dari EPF.

"Nampaknya memang Malaysia Boleh. Lagipun aper aku nak risau sebab kalau projek gagal mesti kerajaan bailout punye" desis hatinya sambil tersengih2 macam kerang busuk.

Thursday, November 11, 2010

Kiah Lenggang2

Tersengih2 Kiah Lenggang menyelak satu persatu helaian dilaman Utusan Meloya. Berita utama hari tu ialah pasal kemenangan Barisan Naik. Satu Adun dan Parlimen dimenangi tak ketinggalan berita mengenai Ketua Puteri kena balun masa hari pembuangan undi. Habis Utusan Meloya disambung pula dengan Berita Hairan dan Harian Merapu. Semua citer yg sama sampai tenggelam berita mengenai nasib rakyat Malaysia yg terperangkap dengan bencana alam di Indonesia. Alahai apo nak dikato.

"Nampaknya undi aku berbaloi" desis hati Kiah Lenggang. "Nampaknya aku kene pujuk Usop Jongan ikut aku ke KL meniaga apam balik lepaih ni pasti apam balik aku laku. Nampaknya aku kena bagi nama baru yang sinonim dengan kemenangan Barisan Naik. Aper ye........?" Lama jugak Kiah Lenggang berteleku memikirkan nama baru yg sesuai utk bisnes apam baliknya.

Akhirnya nama baru apam balik Kiah Lenggang "APAM BALIK GALAS"

Thursday, November 4, 2010

Kiah lenggang

Dia dipanggil kiah lenggang sebab jalannya berlenggang. Ari ni awal Kiah Lenggang keluar rumah siap dengan bergincu dan berbedak dimuka. Bila disapa oleh jiran yg lalu lalang katanya nak pegi mengundi.

Akak pon tak tau nak pangkah saper ni. Semalam baru je dapat duit Pok Nik kasi tambang pegi balik dr KL. Nanti kalau Pok Nik tau akak tak pangkah bulan dimarahnya plak. Akak rasa nak pangkah dacing je sebab akak dahagakan pembangunan. Lagipun Restoran apam balik akak yg kat KL tu tok seh maju kalau tak pangkah dacing. Dulu akak jual apam balik seketul 30sen jer yg nipis tu lani sebab gomen dah naikkan harga barang akak pun dapat naikkan harga apam balik akak.

Tersengih2 Usop jongang mendengar citer Kiah Lenggang, dia pun berazam nak gi KL bukak kedai makan gak.

Wednesday, November 3, 2010

Ape apejelah

Bukan mudah nak menggalas harapan rakyat....ia amanah dan tanggungjawab yg amat berat. Tambahan pula dimasa yang sama menghadapi serangan2 berbahaya dan bertali arus dari pihak pembangkang. Apa sahaja akan menjadi topik dan mainan pihak pembangkang untuk melihat sejauh mana kerajaan boleh menepis serangan tersebut hinggakan pengistiharan Melaka Negeri Maju pun dipertikaikan.

Aper dorang tak de keje lain ke nak buat? Asik tak betul je aper yg gomen buat. Cuba tukar peranan plak macam kat Penang tu. Tak pepasal Ketua Pembangkang kene gantung dari menghadiri Parlimen hehehe. Hidup ini umpama roda sekejap kat atas sekejap kat bawah. Rasa macam semalam je aku jadi Ketua Kerajaan alih2 ari ni aku dah duduk kat Kerusi ketua gak tapi pembangkanglah... agaknya tulah perasaan Adun2 yg dah tukar keje ni kan?

Berapa tahun yg lalu kecoh bila Dr Khir Toyo bagi anugerah penyapu kat Majlis Bandaran yg kutip hasil paling rendah.... siap senyum lebar lagi tu masa bagi award tu. Ada yg marah dan terhina tak kurang pula yg menyokong langkah tersebut. Penyapu ni aku rasa kalau ikut semua bangsa pun memberi simbolik yg tidak baik tu pasal org cina tak dibenarkan menyapu waktu malam sebab membawa sial...kalau tak silap akulah. Org Melayu pun sama pantang penyapu kalau naik kekepala.....berperang besar pun sanggup. Apapun apa yg kita buat kat org ari ni akan dapat balasannya satu hari nanti.