Thursday, April 22, 2010

Selamat berjuang

25 April ni akan kuarlah rakyat Hulu Selangor menentukan calon Parlimen mereka. Calon yang diharap dapat mewakili suara majoriti rakyat kat situ. Kalau ikut komposisi kaum majoriti org Melayu tapi sejak berpuloh tahun yg lalu calon BN yang diletakkan adalah orang India yang hanya 10% sahaja.

Sama-samalah kita nantikan sama ada trend memangkah calon BN akan berterusan atau gelombang tsunami pilihanraya 2008 masih berterusan. Orang tua dulu pernah cakap kalau dulu walau diletakkan batang kayu berlambangkan dacing pun batang kayu boleh menang. Tersengih2 aku mendengar perumpamaan tu. Tapi sejak situasi ekonomi negara makin tersepit trend tu telah berubah kepada pembangkang pulak. Sebab tu org dalam tahanan ISA pun boleh menang.

Pada aku yg penting bakal ahli parlimen di hendaklah berjuang dengan ikhlas demi kepentingan rakyat marhaen dan bukan sekadar nak memenuhkan tembolok masing2. Hanya muncul masa pilihanraya pehtu terus lesap. Jangan kata nak jumpa org kampung nak turun rasmikan pembukaan sekolah pun payah. Tapi takyah risau lani sebab Bersamamu TV3 ada so masa tu bolehlah korang jumpa wakil rakyat ni. Tu pun kalau nak jumpalah.

Bagi aku hidup mati aku hanya Allah yang tentukan aku cari makan pun guna kudrat sendiri tak harap belas ehsan dorang ni. Kalau ujung bulan tak cukup duit makan pun tak penah lagi aku ketuk pintu rumah dorang ni. So saper pun yg naik tak akan menyebabkan aku menjadi peminat fanatik yang melampau.

Thursday, April 8, 2010

Laju macam kilat ke?

Aku baru dapat tau tadi so saje nak share ngan kengkawan kalau ko nak cuba try cek korang punya blog laju ke idak. Jom masuk ke link ni http://www.iwebtool.com/ pehtu masukkan email add korang then klik check.

Hasilnya blog aku 101.94kb dak zura plak punya cuma 12.07kb.

Kalau saiz blog tu melebihi 150 kb, cuba la usaha untuk kecilkannya. Kasi buang aje widget2 yang kurang manfaatnya tu. Seperti jam, kalendar, animasi, dan sebagainya. Dan paling penting jumlah posting yang dipaparkan tidak melebihi 7. Aisemen aku kene kecikkan saiz blog ni hehehe. So lepas aku tukar display post dari 10 ke 5 saiznya turun ke 85.39kb. Wah sungguh mengujakan aku.

Ok selamat mencuba.

Wednesday, April 7, 2010

Yeyeye gaji naik

Kali ni aku rasa gagasan 1 Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan amat memenuhi aspirasi rakyat marhaen. Buktinya gaji posmen yang dibawah paras kemiskinan akan dinaikkan. So diharap lepas ni Posmen kiter akan bekerja dengan lebih gigih lagi dan takde lagi kes posmen sorok surat.

Apepun bender ni memang aku dah jangkakan lepas Khazanah Nasional lepaskan pegangan sahamnya ke pihak luar kalau tak silap aku pembida terbaik Itune. Cume yang tak syoknya beban kenaikan ni dilepaskan pada rakyat jelata sebab lepaih ni harga setem dijangka naik 100% selaras dengan kadar ni negara maju cam Britain. Yang lagi tak best bile dengar ura2 Pos Malaysian nak mohon pekerja asing untuk buat keje di bahagian penyisihan. Sebab katanya rakyat tempatan tak suke buat keje tu. Ye ke???? Kalau takat kata kucing kat umah aku pun boleh buat.Miow,miow katanya.

Mungkin itulah makna sebenar Rakyat didahulukan, so kalau nak kasi naik barang mesti kasi rakyat rasa dulu..........