Friday, October 30, 2009

Klasik Nasional-segalanya disini, menggamit memori

Ni memang radio kesukaan aku.Banyak sebabnya tapi ini bukan bermakna aku tak penah bukak radio lain........bukak yang lain pun akhirnya aku akan beralih keradio ni. Sebabnya banyak dan satu darinya sebab aku suka lagu lama ......pada aku orang dulu lebih jujur dalam berkarya dan tak banyak bertapis selain lebih menghiburkan. Contohnya ader satu lagu tu senikatanya "mukamu hitam macam ngantu", "kalo ko taknak aku nak gantung diri kat pokok togeh" hehehe memang menghiburkan. Ader ke nak gantung diri kat pokok taugeh.

Tapi rasanya sebab utama aku suka sebab radio ni tak banyak borak dan iklan. Kebanyakan masa memang lagu jer yang diputarkan. Teringat aku satu masa dulu sebelum radio ni tukar nama ke klasik nasional nama asalanya RIMA (Radio Irama Melayu Asli) pehtu saper ntah yang gatal pegi tukar Klasik FM. Yang aku geram tu tetiba jer lagu omputih, tamil dan cina lama pun dorang putarkan. Aku ingat aku sorang je yang geram rupanya Pak Menteri Rais Yatim pun geram sampai masuk kat Parlimen. Biasalah biler Pak Menteri campur tangan jam-jam tu gak kembali pada konsep asal iaitu utk khalayak penggemar lagu-lagu irama melayu ....akulah tu antaranya. Sampai lani nama pun dah jadi Klasik Nasional.Kalau korang nak dengar radio ni online klik jer kat sebelah ni http://radiopopularonline.blogspot.com/2008/01/klasik-nasional-segalanya-di-sini.html

Thursday, October 29, 2009

Syukur ke Hadrat Ilahi

Ye penting tu kiter memang kene sentiasa bersyukur sebabnya baik dan buruk yang berlaku hari ini mesti ader natijah disebaliknya. Tadi dalam kul 11 aku gi kat kedai Tenaga nak bayarlah advance co. aku kat TNB alamak banyak benar songehnya.Menyampah tapi aku cuba coolkan fikiran...tenang-tenang.Dorang nak aku buat surat pulaklah.

Geram punye pasal aku pun drive kereta gi Bangsar kat Taman Bertuah hehehe Lucky Gardenlah pegi bank-inkan duit keter adik aku then pegi kedai mamak Mahbub pekena roti canai dan teh tarik. Tulah pasal aku cakap bender yang tak baik pun ader gak baguihnya sekurang-kurangnya dapat gak aku pekena roti canai hehehe.

Balik jer aku pun mengarang surat bayar advance tu.Tu cuma satu contoh jer walaupun bender yang kecil sebesar kuman pun akan tetap dihisab. Kalau lihat pada kehidupan sehari memang banyak ranjau dan liku yang kene kiter tempuhi.Cuma rasa kesyukuran yang tak berbelah bagi atas nikmat Allah jer yang akan menjadikan jiwa kiter tenang setenang air dilaut.

Tazkirah yang aku sempat dengar pagi tadi masa drive ke pejabat dari HM Tuah berkenaan permasalah seorang pelajar dalam membahagikan masa antara pelajaran dan kerja rumah. Nasihat HM Tuah agar pelajaran dijadikan mesti dan kerja rumah sebagai hobi. Jadi kalau rasa penat study buatlah kerja rumah plak....begitu juga sebaliknya. Dengan cara ini kita akan sentiasa berfikiran positif dalam hidup ini dan jangan terlalu terikat dengan perkara remeh temeh yang sering membataskan pergerakan kita.

Wednesday, October 28, 2009

Runtuh

Memang best bunyinya kalau dapat beli barang pada harga runtuh.Sebab tu orang tua-tua cakap kalau dapat benda baik ni diumpamakan dapat durian runtuh.Tapi kalau bumbung stadium,tanah dan jambatan yang runtuh saper nak jawab.Ramailah yang boleh tolong jawab dan mereka ini dikenali sebagai saksi kejadian.
Yang bagusnya bila bender ni terjadi satunya tempat tu akan mula dikenali ramai,mungkin selama ni orang tak tau pun kewujudan kampung tu. Cam tempat tinggal akulah....lepaih register masuk U dulu sempatlah berkenalan ngan member sebelah menyebelah dan biler aku sebut jer Sungai Buloh jer ramai yg cakap ooooooo tempat kilang bunga api meletup tu.Selalunya aku menganguk ye jolah. Macam tu banyak bender yg baguih kat sungai buloh ni mender tu gak yg orang ingat.Tapi tu citer 10 tahun lepaih lani kalau cakap jer memang org teringat penjara tempat Anwar Ibrahim kene tahan, hospital Sungai Buloh yang dah cantik tue ....erm aper lagi ye?.Lagi satu kat Sungai Buloh ni memang banyak tempat jual bunga lawa-lawa siot tapi aku pun jarang singgah sebab kureng minat.
Malangnya promosi percuma camni menuntut banyak nyawa utk dikorbankan.Apa yang pasti lepas ni Zambery, SPRM,Menteri pelajaran sibukslah sikit nak menjawab.Jawab jangan tak jawab Pak menteri............

Tuesday, October 27, 2009

Buah hati ku sayang

Dapat jugak masukkan gambar Muqri ni dalam blog pueh mencuba lani baru boleh.Ari tu baru je nak save server hang plak......pehtu kekadang button insert picture tu kejap ader kejap takder.Perghhhhhhh

Pak Samat

Termengah-mengah Pak Samad atau lebih dikenali sebagai Samad buncit mengayuh basikal ke kedai Limah Janda. Hajatnya hanya satu membeli beras sekampit,ikan kering, bawang,kentang dan tepung gandum. Itulah rutin mingguannya sejak 10 tahun yang lalu sejak menikahi Minah Jongang. Tanpa membawa sekupang pun transaksi tersebut tak penah gagal dibuatnya dan Limah Janda memang sangat mengenali Pak Samad dan walaupun hanya buku 555 sahaja yang dibawanya tak penah pun Limah janda menyekat jual beli tersebut.

Yelah hujung bulan, lepas dapat gaji Pak Samad pasti akan menjelaskan bayaran penuh. Begitulah sikap Pak Samad walaupun sekolah takat darjah 6 sekolah Melayu tapi kira-kira takat seratus dua tu memang congak jer pun dah dapat jawapan tak macam Limah Janda terkial-kial menekan butang kalkulator.

Tapi hari ni Pak Samad sedikit kecewa sebaik sahaja diberitahu oleh Limah janda yang kerajaan telah membuat pengumuman mulai tahun ini pengguna buku 555 akan dikenakan cukai perkhidmatan 50 sen.Buku 555 Pak Samad bukan dikedai Limah janda je ader tapi jugak kalau dier nak melepak kat Warung Din Berambu pun guna buku 555. Dengan pengumuman ni bermakna dier kene bayar cukai sebanyak 1 ringgit sedangkan gaji sebagai petani tak sampai pun 100 ringgit. Tu pun belum tentu lagi kot kot hasil buahnya tak menjadi tahun ni.

"Aisemen, sumer nak kene cukai kalau aku banyak duit takkan aku pakai buku 555" kata Pak Samad sedikit menjerit. Sempat pulak dijawab oleh Limah Janda " ni sumer sebab kerajaan nak galakkan perbelanjaan berhemah".

Monday, October 26, 2009

Taktil

Hari sabtu lepas sempat tengok satu rancangan kat NTV7 "Siasat Mandarin". Rancangan tu ulas pasal laluan taktil....aku rasa ramai gak yg macam aku tak tau amenderlah laluan taktil tu.Laluan ni dibina utk kemudahan orang cacat penglihatan/buta.Dorang ni akan berpandukan laluan ni nak pegi kememana. Barulah aku sedar laluan ni ader kat memana terutamanya kat laluan utama tapi aku pasti kat jalan kampung memang takdelah bender ni. Dan baru aku tau kalau yang bulat2 tu tandanya berhenti dan laluan lurus maknanya jalanlah.

Isu yang diutarakan kali ni pasal pembinaan laluan ni yang tak memenuhi standard ISO so lebih kurang macam melepaskan batuk ditanggalah.Janji ader dari takde lansung kan?.Pengacara tu siap pegi jumpa pegawai DBKL nak dapatkan penjelasan naper walaupun laluan ni tak memenuhi spec masih dapat kelulusan. Jawapan oleh DBKL memang tak masuk akal........."kontraktor kiter masih dalam proses pembelajaran dan sering melakukan kesilapan". Hehehe memang lawak jawapan tu kalau tak ikut spec naperlah korang gi luluskan.Pada pandangan aku bukan kontraktor tu yg masih dalam proses pembelajaran tapi pihak DBKL sebab tu tak sedar kalau kene kong ngan kontraktor..........pehtu dorang ni turun padang ke cek projek tu atau sekadar pantau dari pejabat jer.

Patutlah baru2 ni Shaziman keluarkan arahan agar pegawai2 yang telibat dengan sesuatu projek tu jangan main pantau dari opis jer.Jugak diberitakan kat LRT rupanya banyak org buta yang dah jatuh kat laluan keretapi tu sebab laluan taktil yang dibina tak dapat dikesan oleh org buta.Nasib baiklah masa tu keretapi tak lalu lagi. Cian pakcik tu siap saman pihak LRT tapi sampai lani pun tak dengar citer.

Friday, October 23, 2009

Indera Kayangan Darul Awangan-part 2

Berbondong-bondonglah rakyat jelata memenuhi perkarangan Istana Kayangan sebaik mendengar titah Datuk Patinggi Maharaja bahawasanya baginda berhasrat mengagihkan hasil mahsul negara.Tidak ketinggalan walau seorang pun rakyat jelata melainkan semuanya memenuhi perkarangan tersebut, yang buta datang bertongkat,yang capik datang bertampu, yang tuli datang berteman.


Masing-masing berbunga harap agar agihan yang adil dan sama rata hendaknya dititahkan.Tidaklah sampai menjahanamkan negara tapi biarlah memegang prinsip sikit sama sikit banyak sama banyak dan yang berat sama dipikul ringan sama dijinjing.Sementelahan semua rakyat jelata telah berkumpul maka Datuk Patinggipun memulakan titahnya siap dengan memetik kata pujangga dan ayat-ayat Quran utk menguatkan lagi hujahnya.

7 buah kampung yang bernaung dibawah pemerintahan Datuk Patinggi diberi peruntukan yang sama rata iaitu 1 juta setiap satu.Serentak itu juga juak-juak Datuk Patinggi mula mencongak agihan masing-masing.Tak cukup dengan itu dikira sama agihan untuk anak beranak dan sedara mara terdekat.Akhirnya yang sampai kepada orang kampung hanyalah secupak beras setiap isi rumah.Diakhir titahnya Datuk Patinggi sempat berpesan setiap rakyat agar mengubah cara hidup dalam menghadapi kemarau yang melanda negara kini.

"Nak ubah aper lagi ye selama ni pun makan cuma sekali sehari dan pegi kesawah pun cuma jalan kaki" kata seorang anak muda.

Thursday, October 22, 2009

Belacan oooo belacan

"Hamba memang bersalah namun pohonlah belas ehsan tuan yang mulia agar meringankan hukuman hamba" kata Mak Kechut ketika dijatuhkan hukuman oleh Tuan yang teramat Mulia Tuk Petanda Bertanda-tanda.

Maka dengan angkuhnya rayuan dan pohonan Mak Kechut disangkal oleh Tuk Petanda "Salahnya tuan hamba teramatlah berat sehinggakan untuk meringankan apatah mengecualikan tidaklah tergamak kiranya.Lagipun sebagai memberi peringatan kepada rakyat jelata sekaliannya adalah tidak wajar jika hamba memperkenankan permohonan tuan hamba".

Sebaik sahaja mendengar keputusan yang muktamad daripada Tuk Pertanda maka berguguran jatuh air mata Mak Kechut ke bumi. Sedihnya tidak dapat ditahan-tahan sehingga habis basah kuyup baju Mak Kering yang sedang menenangkannya.

Dua orang pengawal dibawa masuk kedewan pertuduhan untuk mengheret Mak Kechut yang masih lagi meraung mengongoi-ngongoi lagaknya seperti anak kecil yang kehausan meminta disuakan susu siibu. Tuk Pertanda masih berkeras dengan keputusan dan telah mengarahkan agar dua orang pengawal yang bermisai tebal dan bermuka garang itu mengheret sahaja Mak Kechut.

Tambah kuat lagi tangisan Mak Kechut sempat pula dia bermadah "Hamba hanya terkurang meletakkan belacan kedalam lauk bayam kegemaran Tuanku sampaikan dihukum pasung 3 hari 3 malam.......Tuk Pertanda yang bermukah dengan Permaisuri masih disanjung tinggi"

Merah padam muka Tuk Pertanda mendengarkan madah Mak Kechut sampaikan disuruh pengawal menutup mulut Mak Kechut dengan gam gajah.

Wednesday, October 21, 2009

Indera Kayangan Darul Awangan

Saban hari ader sajer laporan audit yang mendedahkan berapa banyak kerugian yang bakal ditanggung oleh rakyat jelata negeri Indera Kayangan Darul Awangan.Kisahnya negeri itu dihuni oleh lebih 5,000,000 rakyat pelbagai kaum yang telah diasimilisasikan hanya sebagai satu kaum dan menjadilah satu Indera Kayangan.Datok Patinggi Maharaja gelaran nama diberi kepada pemimpin tersohor negara yang sememangnya kaya dengan hasil mahsulnya. Sebut saja apa...... semua ader diatas muka bumi bertuah ini delima,permata, berlian,emas waima cacing dan lintah juga ader.

Datok Patinggi Maharaja dibantu oleh juak-juak kaki kipas yang tahunya angguk sabar anguk sabar.Rakyat jelata makin hari makin jengkel dan loya dengan kelakuan juak juak Datok Patinggi harga barang melambung naik saban hari sehinggakan untuk melepaskan hajat pun setiap seorang rakyat dikenakan cukai yang disebut sebagai cukai pelepasan.Semenjak itu rakyat pun terpaksa berjimat cermat sehingga untuk melepaskan hajatpun hanya mampu dilakukan sekali sehari.

Laporan audit mendedahkan lagi kepincangan dalam pentadbiran negeri Indera Kayangan......tapi apa maknanya????. Sipelaku bukan kene tindakan pun...menghabihkan boras jer laporan tu.Pihak yang cemburu dengan kekayaan Datok Patinggi dan juak-juaknya telah menambahkan lagi sakit hati rakyat jelata dengan menyebarkan khabar angin yang entah betul entah tidak kononnya permaisuri Datok Patinggi seorang yang amat gemar berbelanja dan menghabiskan dana kekayaan negara.Diberitakan orang bahawasanya jika dia pergi berbelanja habis satu pasraya dibelinya dan pernah satu ketika seorang jurujual minyak wangi pun habis disapunya. Sijurujual dikhabarkan amat hensem orangnya dan ketampanannya kurang sedikit sahaja dari ketampanan Nabi Allah Yusof.

Rakyat Indera Kayangan telah diajak merubah gaya hidup........dan diajak makan magi sahaja .........besar punya.Alkisah selepas lebih 50 tahun dibelenggu dengan keadaan kepimpinan ala demokrasi terpimpin itu kini rakyat telah bersedia untuk merubah kemimpinan negara pula.Itulah ikrar yang disematkan didalam sanubari setiap rakyat jelata Indera Kayangan.

Tuesday, October 20, 2009

Kisah Pak Pandir

Alkisah disuatu desa yang aman damai Pak Pandir sedang duduk keseorangan ditepian sungai buntu memikirkan masalah yang sedang membelenggu dirinya.Apapun didesa itu Pak Pandir memang dikenali seorang yang memiliki IQ bawah daripada 50 sedangkan hasil dapatan sarjana Melayu mengatakan umumnya manusia memiliki IQ sekitar 100.

Adapun masalah ini amat rumit untuk diselesaikan olehnya dan telah ramai manusia yang lalu lalang memberi cadangan dan idea untuk mengatasinya namun masih tiada penyelesaiannya.Rakit yang dimilikinya hanya dapat menanggung berat Pak Pandir dan guni sirihnya atau Pak Pandir dan kambingnya atau Pak Pandir dan harimau belaanyan.3 hari 3 malam Pak Pandir memikirkan bagaimana untuk memindahkan kambing,sirih dan harimaunya keseberang sungai.

Pak Pandir terus sahaja berjalan mundar mandir diantara gigi sungai dan sebatang pokok mangga yang tumbuh ditepi sungai.Sambil berjalan itu mulutnya kumat kamit menyebut kambing,sirih dan harimau.Dengan izin Allah Tuhan sekalian alam maka pada hari keempat ketika Pak Pandir berjalan dibawah pokok mangga jatuhlah sebijik buah mangga diatas kepalanya dan sekonyong-konyong itu jugalah timbul firasat untuk menyelesaikan masalah yang sekian lama membelenggunya.Situasi ini bolehlah disamakan dengan kejadian yang berlaku semasa Albert Einstein menemui teori hukum gravitinya sementelahan dirinya ditimpa oleh buah epal yang jatuh berguguran.

Pak Pandir mula dengan memindahkan kambingnya keseberang sungai terlebih dahulu dan kemudian mudik keseberang untuk mengambil sirihnya pula.Semasa mudik kali kedua ini Pak Pandir membawa bersama kambingnya dan kemudian meninggalkan kambingnya ketepian sungai dan membawa pula harimaunya keseberang lalu ditinggalkan bersama dengan sirih. Akhir sekali barulah Pak Pandir mudik keseberang sungai untuk membawa kambingnya.

Dengan kejayaan ini maka Pak Pandir dengan bangganya telah mengistiharkan disegenap pelusuk desa...... hanya dengan menghantukkan kepala ke buah mangga sahaja kita akan menjadi genius.

Monday, October 19, 2009

16 September

Ada apa pada tarikh tu?.Mulai tahun depan 16 September setiap tahun diistiharkan sebagai cuti umum sempena menyambut Hari Pembentukan Malaysia.Dalam erti kata lain bila mana Sabah dan Sarawak menyertai Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya membentuk negara baru iaitu Malaysia.Jadi mulai tahun hadapan Malaysia akan mempunyai 2 tarikh bagi menyambut perayaan Kebangsaan iaitu pada 31 Ogos dan 16 September.
Pada rakyat marhaen pengumuman tersebut disambut dengan senyum lebar dan rasa kesyukuran kehadrat Allah....... yelah saper tak suka cuti kan?.Personally aku memang suka sangat tarikh tu sebab hari tersebut adalah Hari lahir Muhammad Amirul Muqri.Jadi setiap tahun hari lahir Muqri juga akan disambut sebanyak dua kali iaitu 16 Ramadan dan 16 September.

Ish ish ish

Sabtu baru ni sempat aku gi 5 umah beraya.Almaklumlah dihujung raya ni kalau boleh nak abiskan raya kat umah sedara mara yang belum berkesempatan pegi sebelum ni.Dalam pada tu sempat sembang sikit ngan Pak Usu suami aku pasal car wash.Anak dier ader kedai ni kat Ampang berdepan ngan Klinik Dr Maamor yang glemer tu kat Tasik Ampang.Katanya masa bulan pose tu anaknya tutup kedai sementara salah satu sebabnya memang tak larat nak run masa tu tapi yang pentingnya sebab nak betulkan balik keadaan.
Anak punye biz tapi bapaknya ni tukang jaga akaun selain 3 org budak Melayu tukang cuci keter.Nak jadi citer masa Pak Usu ni jaga baru realize bebeudak ni punye kejer.Keter datang cuci banyak tapi kad akaun cume 2/3 bijik jer.Yang dapat trace sebab masa berkumpul sedara mara tu memasing sebelum datang gi lah hantar cuci dulu kat kedai ni.Pehtu biler tengok rekod no. plat sedara mara ni takder.Biler tanya budak yang jaga tu memang mati hidup balik pun tak ngaku.Tapi kantoi sebab tak boleh jawab biler tokey tanya ader sorang yang datang malam tu belikan korang kuih apam balikkan.
Aper lagi sesumerlah kene buang keje.
Regular customer pun dah tak datang lagi sebab masa bebudak ni vakum dalam keter disedut sekali duit syiling dalam kotak coin tu."Patutlah Pak Usu tengok asal nak beli rokok jer bebudak ni bukak vakum" kata Pak Usu.
Lagi satu Pak Usu advice kalau korang gi hantar cuci keter janganlah tinggalkan je keter tu sebab selalunya masa nilah bebudak ni buat kejer salin kunci pedua dengan cara panehkan kunci tu pehtu lekat kat lilin.Akupun penah tengok kat tv takyah panehkan korang lekat jer kat sabun.Pehtu pegilah kedai buat duplicate key.Aper yang jadi seterusnya paham-paham sendirilah yer.

Friday, October 16, 2009

Acute IT resources

Amenderlah Acute IT ni.Hehehe nilah tempat aku beli komputer aku 3 hari yang lalu.Paid through kad kredit.Memula ingat nak guna syarikat punye loan pehtu kira punya kira baik aku pakai kredit kard aku ader plan easy payment.Sebenarnya bukan aku nak citer pasal proses beli tu tapi aper yang aku beli.Cadangan nak beli komputer ni dah lama antara sebabnya aku memang takde komputer sendiri,pehtu ingat nak pakai kemudahan loan yang syarikat bagi dan lagi satu nak dapatkan tax deduction.
Adik ipar aku yang tolong belikan aku cakap kat dier aku nak yang multimedia punye pehtu nak desktop.Jadi dier pun suggest spec utk aku pilih almaklumlah aku bukan tau sangat pasal spec ni yang aku tau hanya brand cam Acer,HP Dell dll.Masa aku nak beli baru teringat nak tanya brand aper yg dier nak belikan ni."Takde brand Kak Ayu".Akupun agak terkejut badak.Rupanya dier beli processor,casing motherboard dan segala mak nenek isi dalam pehtu mintak tokey kedai tu combine.Ha ni dier specnya....

-AMD x3 phonem ii
-ASUS MB A77TD
-4GB DDR2
-320 GB HDD SATA WB
-ATI RADEON 4670 DDR4 512MB HDMI
-SAMSUNG DVD RW SATA
-ANBOUND SOUND
-ATX CASING
-VIEW SONIC 22" LCD w HDMI
-USB KEYBOARD & MOUSE

Masa baca spec ni satu-satunya perkara yg aku kenal ialah Samsung.Tapi rasanya ramai gak yang macam aku.Baru aku tau kebaikan buat camni banding kalau beli terus yg dah siap pasang (tapi kene retilah sebab kalau tak reti memang korang kene kencing ngan tokei tu).Satunya kiter boleh pilih ikut keperluan dan kehendak kite dan spare part lebih senang nak dapat.Kalau beli yg dah siap memang mudah tapi kalau ader masalah kene gi balik kat center dorang sebab kedai biasa hanya jual full spec tak jual satu2.Kalau nak ganti dengan produk yang sama tapi jenama berbeza tak boleh plak sebab belum tentu boleh ngam.Barulah aku tauuuuuuuuuuu

Thursday, October 15, 2009

Sudah-sudahlah menipu tu.....

Ishh pelik betul aku dengan sorang hamba Allah ni sebab nak menang punya pasal sanggup menipu satu Malaysia. Dizaman yang serba canggih ni rasa janggal plak kalau sesuatu kejadian yang berlaku dikhalayak umum pehtu dengan ramainya bilangan wartawan yg berkampung kat tempat tu takkan sorang pun tak dapat ambik gambar hamba Allah ni kene pukui.Ramai plak tu yang membalunnya.Polis yang ramai-ramai masa tu buat aper gamaknya.Yang lagi lucu tu lakunan tu bersambung plak ke episod seterusnya kat persidangan tahunan dorang yang tengah berlangsung lani.Nampaknya memang ader manusia yang sanggup buat aper sahaja untuk mencuri tumpuan dan perhatian orang terhadapnya.

Tapi satu yang aku kagum kat si pemukul ni berani betul dier pukul hamba Allah ni kat khalayak ramai.Tak takut hukum agaknya.

Pada hemat aku memang susah nak percaya kalau ader yang kater tak penah menipu sepanjang hidupnya tapi biar bertempatlah dan bijak.Tapi aku memang tengok kalau orang yang terlalu suka menipu ni dier memang dah tak nampak hujah logik akal lagi.Janji masa tu dier terlepas.Taringat plak aku satu citer Korea yang aku tonton kat ASTRO tahun sudah rasanya.

Citernye mengenai seorang wanita penyeluk saku yang telah bertembung dengan sorang student yang balik bercuti.Pompuan ni dah tertukar beg dengan sibudak lelaki ni....pehtu dier pun ikutlah budak lelaki ni balik sampai kekampung budak ni.Sebaik sahaja sampai kat kampung ni dier pun buat cerita kononya lelaki tu dah tinggalkan dier dengan berbadan 2 sambil berlinangan air mata.Jadi keluarga lelaki ni dah percaya abis dengan lakunan pencopet ni dan paksa lelaki ni bertanggungjawab.Sian kat lelaki ni dah kene trap pehtu plak untuk menjayakan lakunannya pompuan ni terpaksalah tunggu sampai family ni buat kenduri sebab dier dah cadang nak ambik balik beg dan curik duit kutipan orang2 kampung yang dipegang oleh family ni.Pehtu aderlah satu babak kat tepi kolam lelaki tu kater"ko ni cantik tapi kenapa buat kerja tak senonoh ni dan aper yang ko nak dari aku sebenarnya".Pehtu pompuan tu jawab "ko ingat senang ke nak jadik sorang penipu ni lakunan kene mantap, fakta yang ko bentangkan pun mesti realistik dan konsisten.Jadi ko kene ader daya pemikiran yang tajam dan juga ingatan yang kuat".Ending citer tu lelaki ngan pompuan tu fall in love sebab selama pompuan tu duduk ngan family tu dier terpikat ngan kebaikan dan kejujuran lelaki dan keluarga tu.

Kalau aku tipu pun citer kat atas ni mana korang tau hahaha.Jangan dibiasakan keje menipu ni......kata orang tua tipu-tipu lama-lama jadi pencuri.

Wednesday, October 14, 2009

Berakhir sudah sebuah penantian

Haaaaaaa lega rasanya.Semalam berakhir tempoh penantian aku selama 2 minggu.Bukan aper pun selama 2 minggu ni aku dilarang pasang heater keter hehehe almaklumlah baru jer pasang tinted. Bukan aper aku tak mau jadi macam sesetengah keter yang aku jumpa kat jalan tu tinted dah cantik tapi tang line2 kat heater tu mengelembung. Dah tak lawa dah......bukan sikit duit tu sekali buat kurang2 pun RM5++.Antara larangan kalau kiter pasang tinted ni 2 hari takleh naik turun cermin tingkap, 2 minggu takleh pasang heater, sebulan lak tak leh gantung beruang/aper2 yang setara dengannya.Pehtu selama-lamanya takleh cuci dengan bahan yang ader kandungan alkohol cukup bersihkan guna air biasa jer.Tinted yang aku pasang ni dari jenis Ray Tech/waranti selama 5 tahun.Alhamdullilah sejuk sikit kalau duduk masa panas terik pun.
Lepaih ni target nak ganti alas kaki keter plak nak beli jenis getah 3m tu aku pun tak tau nama sebenarnya.Tapi kualitinya memang baiklah.Dulu keter lama aku pasang jenis cap ayam sekejap jer dah rosak terutamanya tang driver sebab masa tu aku selalu pakai kasut tumit tinggi so dah berlobang sikit.Lani dah lama aku tinggalkan kasut jenis tu.
Pehtu plak nak pasang modula kit.........nampaknya tak boleh lagi kot sebab bulan 6 tahun depan road tax mati hehehe kene kumpul duit tu.Keter ni kalau dilayan memang tak abis2.

Tuesday, October 13, 2009

Bahasa Jiwa Bangsa

Tau tak bulan ni bulan aper.Rasanya bukan aku sorang jer yg tak sedar ramai lagi tak tau sebenarnya bulan ni adalah bulan bahasa. Tanya plak bahasa aper? Tentulan bahasa Melayu. Marilah kita sama-sama berazam untuk memartabatkan penggunaan bahasa Melayu......selalunya itulah seruan ahli politik kalau diminta buat ulasan kat akhbar.Padahalnya doranglah yang selalu mendangkalkan bahasa Melayu.

Pada aku tak perlu nak gi jauh sampai ker peringkat antarabangsa cukup sekadar meletakkan bahasa ini ditempat yang sewajarnya sepertimana tertakluk didalam Perlembagaan Negara Seksyen 152.Harapan aku agar suatu hari nanti aku tidak lagi perlu melalui lorong touch n go sebaliknya lorong sentuh dan jalan. Hehehe...jijik betul bunyinya kan kalau guna direct translation. Jadi nak guna perkataan aper ye.Aku pun kurang arif sebab Dewan Bahasa dan Pustaka tak penah maklumkanpun.Balik-balik DBP........ gak yang salah. Abih tu aper plak peranan kiter???

Monday, October 12, 2009

Bonus

Sebaik sahaja CEO mengumumkan pemberian bonus akhir tahun tanpa mengira keputusan prestasi yang diperolehi bersamaan dengan 12 bulan gaji, semua 27,000 warga kerja bertepuk tangan ada yang senyum kambing, ada yang menyengih ajer macam kerang busuk tak kurang juga yang melompat-lompat macam beruk kene belacan.Pergh agak-agak ader harapan ke tahun ni CEO nak umumkan camtu........hahaha angan jer. Pada aku apapun keputusannya hanya Allah yang maha mengetahuinya dan sebagai manusia kita harus redha dengan ketentuannya. Macam mana lak nak jadi seorang yang rehdha sebab sesetengah hamba Allah ni aku tengok kalau ditanya semua redha tapi masih nak ungkit-ungkit. Tu belum kira yang redha tapi biler sampai kat kubur jer melolong-lolong menangis.Dan aku sebagai pemerhati kepada situasi ini hanya dapat memandang dan berbisik didalam hati sahaja.

Selama mana hayat dikandung badan kita hendaklah sentiasa berusaha dan serahkan selebihnya kepada ALLAH. Sebab sesuatu yg buruk yang berlaku pada kita itu mungkin adalah perkara yang paling baik yang Allah berikan pada kita. Sesunguhnya Allah Maha Mengetahui.

Friday, October 9, 2009

Makan-makan

Fuyoo memang best makan kat Bank Rakyat tadi.....siap bawak balik ole2 lagi. makan toksah citerlah memang meriah. yang lucunya masa aku nak masuk bank tadi kebetulan terserempak ngan sorang kawan kerja ni Kak Jie namanya tengah terpinga-pinga sebab sangkanya bank tak bukak. apa lagi aku pun ajak dier masuk sekali lepaih perkenalkan diri kitorang pun makan2.Aku datang ngan mak Datin sorang ni....saje je aku usung dier sebab aku tau dier tu memang pandai cakap punye......dahlah aku dah lupe muke Pn Shaniza tu. selama ni calling jer nak nego harga pun main cal je sekali je penah jumpa..tu yg aku pun dah lupe camna muka dier.sory ye takde gambar almaklumlah tipon aku jenis yg basic function.

Hujan

Kata orang2 tua kalau hujan ari khamis malam jumaat/jumaat pagi alamatnya minggu seterusnya akan hujan juga. Kekadang tu susah gak nak percaya tapi dah berapa kali gak aku perhatikan bender tu berlaku. apapun memasing punya pandangan yang berbeza..........nak percaya atau tidak terpulang. ari ni aku ada jemputan majlis hari raya kat Bank Rakyat Bangsar.........tengoklah kalau hujan berterusan tak bolehlah aku pegi.

Thursday, October 8, 2009

Hehehe dapat pun

Akhirnya dapat jugak aku mulakan blog ni.Selalu dok masuk blog orang rasa teringin gak nak buat sendiri. Kalau orang rasa cam tak best je hasil keje aku pun takpe yg penting aku dapat luahkan perasaan melaluinya.