Tuesday, December 28, 2010

Aku keliru

Ku panjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi atas beberapa perkara yg berlaku kebelakangan ni. Memula dapat saman atas nama aku yg ketanya dibawak oleh adik aku hangin gak satu badan...tambah hangin lagi bila nak bayar saman asik offline gak. Agak bila dah reda je keributan dan kesibukan org berpusu ke kaunter bayar saman aku pun suh adik aku gi bayar....aik majik sungguh tetiba je dah bayar.

Poning memikirkan bender tu sampai ari ni ...saperlah hamba Allah yg tersilap bayar....eh salah memula dapat saman memang keliru sebab kena saman pun saman ekor. Cek schedule memang tengan keja masa kena saman tu...bila masa plak keta Sawi tu sampai kat SB. Biler nak bayar plak polis tu kata dah bayar. Tambah keliru dibuatnya. Apapun amat bersyukur sebab benda tu dah settle.

Saturday, December 18, 2010

Aku anak Malaysia

Disebalik kenaikan harga gula dan ron 95
Disebalik jem disana sini
Disebalik jalan raya yang berlubang2
Disebalik harga tol yg mahal
Disebalik skandal PKFZ
Disebalik skandal kerugian Sime Darby
Disebalik cuaca yg mendung nak dekat hujan ni
Disebalik lambakan pendatang asing
Disebalik kejadian ragut yg menjadi2
Disebalik buang bayi yg berleluasa
Disebalik penggantungan 4 ahli parlimen pembangkang
Disebalik pengangkutan awam yg hampeh
Disebalik isu ketuanan Melayu
Disebalik pembinaan menara warisan 100 tingkat yg dibantah
Disebalik pelantikan Samy Vellu sebagai Menteri ke India
Disebalik semua ini
Aku masih boleh tersenyum
Sebab aku anak Malaysia

Friday, December 10, 2010

Pelaburan terbaik


Aku memang suka baca mengenai investment. Kalau nak ikut memacam ada kat Malaysia ni tapi pandangan aku yg terbaik adalah emas. tapi bukan dlm bentuk barang kemas melainkan kalau korang memang obses kat barang kemas. Sebabnya brg kemas melibatkan workmanship kos...dan kalu korang pakai berlebih akan menjadi perhatian penyamun.

Jadi kalau nak stat melabur dengan baik boleh mula ngan gold coin...apasal lak? sebab harganya murah dan senang nak dibawa kemana2. suka diingatkan secara purata kenaikan harga emas lebih daripada 20% setahun. mungkin ada yg kata ia tak mudah cair...ada benarnya dulu tapi lani kadar kecairannya sama bagus ngan tunai sebab kalau agak nak pakai duit korang pegi je kat Agro bank/bank rakyat.....atau memana je kedai pajak gadai ar rahnu.

Kalau nak jual balik plak ada baiknya korang servey dulu sebabnya harga emas bukan harga kawalan jadi setiap peniaga atau syarikat menawarkan harga yg berbeza. Takpun korang tinggalkan je mesej nanti mana yg aku boleh bantu aku akan bantu.....hehehe tetiba plak nak tukar kareer jadi perunding emas. Apapun ada baiknya kita berkongsi ilmu yg bermanfaat.

Wednesday, December 8, 2010

Senyum sokmo

Kali ni saper yg bakal senyum lepas announcement kenaikan harga gula minyak dan gas masak baru2 ni. Aku dah tentu takleh senyum sebab semalam beli gas satu tong dah naik RM3. Itu baru umah aku yg dihuni oleh 5 orang je. Dewasa 3 kecik berdua. Bayangkan kalau orang yg ramai anak dah pulak tengah meningkat remaja paling tidak setong sebulan. Kalau umah aku kekadang tu 2/3 bulan sekali baru abis setong tu.

Yg tambah hampeh tu lepas announcement tu esok tu aku ngan family memang nak balik kampung. Cehhhh.

Tapi disebalik keperitan dan kesengsaraan hidup aku tu hehehe ye ke????? masih ada juak2 yg akan tersenyum saper plak dorang ni? Contohnya tokey gula saper haaaa ....felda kan sebab setau aku tokey gula malaysia dah jual pegangan nya pada felda. Lagi tokey minyak yg beli minyak pada harga kurang dan dapat jual balik pada harga lebih tinggi. Kalau sebut pasal harga seliter je memang kenaikan tu tak banyak alah RM0.05 je. Tapi takkan keter korang pakai minyak seliter je?. Kurang2 pun 10 liter kot tu pun mungkin kalau isi penuh gi balik keje seminggu je dah abis.

Kalau tokei kedai makan plak tak dapat nak senyum sokmo sebab biler naik pelanggan marah tak naik plak bisnes boleh lingkup....nak tak nak telan je kemarahan pelanggan tu. Lagipun mengetahui perangai orang Malaysia yang mudah lupa ni aper sangat lah kene marah kan?