Sunday, October 17, 2010

Bajak, budget

Baaaajak............. masih terngiang-ngiang kat telinga aku sikecik aku menyebut perkataan tu. Pantang ada lori besar lalu depan rumah sumer dipanggilnya bajak hehehe. Apapun yg aku nak sampaikan kat sini hanya nak mengajak korang pikirkan sekejap beza antara bajak dan budget.

Memanglah kedua2 bender ni amat berbeza dan takde kena mengena langsung antara satu sama lain bak kata org tua2 jauh panggang dari api. Akupun masih lagi mencari perkaitan antara keduanya hhmmmmm. Guna bajak dalam bidang korek mengorek hehehe aku pun tak tau nak sebut camna yg aku tau bender tu guna utk korek tanah. Tapi budget plak hanya dipakai setahun sekali. Kekadang tu aper yg dibentangkan tak sangkut langsung kat aku yg merupakan rakyat marhaen ni.

Dahlah ucapan pembukaan jer panjang berjela pehtu sekelumit pun tak dapat tempiasnya. Budget tahun ni bapak aku antara yg tersenyum sebab pesara kerajaan diberi wang ikhsan RM500 kalau tak silap akulah namanya wang ikhsan. Tapi yg lawaknya biler gaji guru kafa baru nak dinaikkan dari RM500 ke berapa ntah aku pun tak ingat....patutlah banyak guru kafa yg suarakan rintihan dorang kat ruangan komen pembaca dalam metro. Itupun ader hati nak naikkan gaji amah jadi RM800.....nasib baik tak jadi.

Simpati betul aku kat nasib guru kafa selama ni baru sekarang rintihan hati mereka sampai ke telinga kerajaan. Nasib baik kadar tol tak naik utk tempoh lima tahun akan datang ....aik ada udang sebalik batu ker?. Bila mana syarikat kosesi lebuhraya diberi kebenaran naik kadar tol sedangkan setiap tahun dorang merekodkan keuntungan berjuta ringgit akupun naik hairan. Hairan sebab mereka dibenarkan mengaut untung berlebihan dikala majoriti rakyat terbeban oleh kenaikan harga barang. Dalam keadaan ini nampaknya ada pihak yg menggunakan bajak ajaib untuk mengaut untung atas angin.