Thursday, March 4, 2010

Penghijrahan beramai-ramai

Bulan ni kalau ikut kalender Islam dah Rabiulawal dah maknanya masuk bulan ketiga dah. Tapi nampaknya trend penghijrahan beramai2 ni tak surut2 lagi. Dalam bahasa mudahnya biler kiter berhijrah maknanya kiter mencari sesuatu yg lebih baik dalam hidup ni. Maksud lebih baik ni bergantung pada niat kiter sendiri. Namun kalau nak dikirakan ia sepatutnya lebih mendekatkan diri kiter pada Allah.

Jadi agak2 korang sama tak maksud berhijrah dengan melompat. Dalam dunia ni hanya ader beberapa ekor haiwan jer yg bergerak dengan cara melompat iaitu katak dan kanggaroo itu setau akulah. Kalau korang perasan kat kedai2 kawan kita yg berbangsa cina mesti kat depan pintu masuk tu ader sekor katak keemasan diletakkan kat atas meja dan menurut mereka ia memberi simbolik kekayaan kalau ikut bangsa tersebut.

Memandangkan orang Islam tidak mempunyai kepercayaan sebegini maka katak lebih dikenali sebagai haiwan yg menggerutu yang amat mengelikan kalau disentuh kulitnya. Makanan asasi haiwan ni pulak lalat kalau tak silap aku, pehtu dier memang suker sangat duk terceruk kat bucu kawasan dlm rumah yg lembap contohnya bilik air. Kekadang tu ia teramat degil dan walau aperpun ko buat tetap tak nak beralih dari tempat duduknya. Yelah masa aku nak mandi kat bilik air masa tu lah dier duduk kat penjuru tu malulah aku nak mandi. Bukan boleh caya sangat Encik Tak ni kang buatnya tengah mandi tu tetiba jer dia lompat mau aku terkejut beruk dibuatnya.Kalau kemarahan aku dah sampai tahap gaban sangat dan kedegilannya teramat sangat aku amik jer penyapu kat luar kuis2 Cik Tak ni suruh dier keluar dari bilik air aku.

Oleh yg demikian aku berpendapat katak ni memang seekor haiwan yg tak tau malu, degil dan menggelikan. Itu hanya pandangan aku jer.Begitu juga pandangan aku pada ahli politik yg melompat parti ni. Adakah korang mempunyai pandangan yang sama dengan aku???????/

No comments: