Tuesday, March 16, 2010

Tahniah

Belum terlambat rasanya aku nak ucapkan tahniah pada Dato' Lee Chong Wei juara All England ke 100. Memang mengujakan mendengar berita tu walaupun aku tak sempat menonton siaran langsung perlawanan tersebut. Kali terakhir kiter menang tahun 2003 masa tu Hafiz Hashim.... lama gak. Perjalanan LCW ni pun berliku gak sebab kalau tak silap dua kali gi final baru menang.

Cumer doa aku jangan lepas ni prestasi merundum plak sebab ader sekali tu aku baca saper yg menang kalau kene badi All England ni memang prestasi jatuh gila cam masa Hafiz menang dulu terus jatuh. Lin Dan pun tahun lepas menang pehtu terus kalah ngan Chen Jin kalau tak silap aku tak pun Bao Chun Lai kat suku akhir.

Pada aku sukan yg memang kiter berpeluang ni patutnya kerajaan sediakan dana yg lebih jgn sampai plak terbantut program sebab kekurangan dana. Contoh yg memang kiter bagus selain badminton ni adalah berbasikal dan squash. Kemenangan Anwar Manan ari tu dalam Le Tour De Langkawi patut menjadi titik tolak utk disalurkan dana lebih sebab dengar citer mamat ni bercita2 nak masuk Le Tour De France plak.

Kalau citer pasal bola sepak plak memang aku sakit hati masa baca dlm HM yg guna tajuk Raja Lawak ke Slovakia. Hampeh betul rasanya biler duit rakyat digunakan secara tidak berhemah. Kalau betul pun korang ni nak buat perlawanan persahabatan tak payahlah nak menipu 1 Malaysia dengan kata2 manis. Bak kater org tua2 sekilas ikan diair ku tahu jantan betinanya.

No comments:

There was an error in this gadget