Arakian maka tersebutlah kisah di negeri Indera Kayangan Darul Awangan yang memang terkenal dengan hasil mahsul minyak kelapa sawit, kelapa dara, minyak senyonyong, petrol dan seangkatan dengannya. Barang siapa yang diangkat oleh Tok Bendahara menjadi Ketua Kampung akan bertuahlah badannya diselubungi dengan kemewahan yang melimpah ruah hingga makan tujuh keturunan pun belum tentu habisnya.
Tok Bendahara yang baru sahaja setahun jagung memerintah ini memang dah diketahui seluruh rakyat jelata akan kelaku buruknya barang disebut akan menjadi siallah badan si polan2 yang meyebutnya. Tentu sahaja Tok Bendahara tahu akan umpat keji rakyat jelata terhadap seisi keluarganya terutamanya sibini jelitanya. Bini Tok Bendahara ini amat jelita sampai diumpamakan seperti anak gajah sehingga Tan Sri P. Ramlee penah mereka sebuah lagu yang antara bunyinya hensem macam gajah.
Masuk sahaja penggal baru Persidangan di Dewan Mulia Perli Moon, Tok Bendahara telah mengumpulkan semua ketua kampung yang menyokong penuh kepimpinannya untuk mencari idea bagaimana membaik pulih imejnya dimata rakyat. Maka datanglah cadangan dari Ketua Kampung Pinang Sebatang agar Tok Bendahara menggunakan sebahagian hasil cukai untuk memujuk Ketua2 Kampung yang masih tidak menyebelahinya. Diberitakan oleh angin sepoi2 bahasa tawaran ini mececah lebih 10juta dinar yang bersamaan dengan 10 ekar tanah dusun durian.
Hasilnya lebih daripada 5 orang ketua kampung yang berjaya dipujuk menyertai parti baru yang dinamakan Parti Kipas. Adapun setiap Ketua Kampung ini diarahkan agar setiap kali persidangan berlangsung hendaklah mereka memuji2, mengipas2 dan menyanjung tinggi Tok Bendahara. Juga telah dilantik tukang cerita dari seluruh negara agar mewar2kan berita pujian yang diterima oleh Tok Bendahara setiap hari. Makin meluatlah hati rakyat jelata yang mendengar berita tersebut yang tidak masuk dek akal kerana sampaikan seluar dalam Tok Bendahara pun dipuji2. Apapun rakyat jelata terpaksa memendam rasa diluah mati emak ditelan mati bapak lagaknya.
No comments:
Post a Comment