Berita minggu lepas amat mengguris hati aku. Almaklumlah sejak menjadi ibu ni sensitif sungguh hati wanita ku hehehe. Aku rasa korang pun tau berita yg aku maksudkan..dan ari ni baru aku berpeluang masuk blog ni luahkan rasa hati. Cisss selepas beberapa kali try masuk minggu lepas asyik tak lepas jer. Aku pun tak tau aper nak jadi ngan PC aku ni. Geram sungguh asik hang jer. Baru tadi teringat nak defragment pehtu baru ok ckit.
Berbalik pada citer tadi aku rasa terkejut dan marah dan mungkin aku agak terlewat untuk menyedari realiti hidupp zaman ini. Yelah masa kiter kecik2 dulu mana jadi bender ni. Kalau ader pun citer yg aku dengar pasal bunuh anak ni masa zaman jahiliah tu pun ia dilakukan oleh sahabat nabi Saidina Umar Al Khattab. Tapi masa buat tu memang dier belum Islam lagi. Jadi aku agak musykillah biler orang Islam dah kembali lebih jahat dari org jahiliah yg hanya kuburkan terus anak perempuan yg tidak dikehendaki ni.
Setiap kejahatan yg kiter sembunyikan lambat laun akan dibuka juga oleh Allah s.w.t. Doa aku agar pihak yg melakukan akan diheret ke muka pengadilan dan dihukum setimpalnya.
No comments:
Post a Comment