25 April ni akan kuarlah rakyat Hulu Selangor menentukan calon Parlimen mereka. Calon yang diharap dapat mewakili suara majoriti rakyat kat situ. Kalau ikut komposisi kaum majoriti org Melayu tapi sejak berpuloh tahun yg lalu calon BN yang diletakkan adalah orang India yang hanya 10% sahaja.
Sama-samalah kita nantikan sama ada trend memangkah calon BN akan berterusan atau gelombang tsunami pilihanraya 2008 masih berterusan. Orang tua dulu pernah cakap kalau dulu walau diletakkan batang kayu berlambangkan dacing pun batang kayu boleh menang. Tersengih2 aku mendengar perumpamaan tu. Tapi sejak situasi ekonomi negara makin tersepit trend tu telah berubah kepada pembangkang pulak. Sebab tu org dalam tahanan ISA pun boleh menang.
Pada aku yg penting bakal ahli parlimen di hendaklah berjuang dengan ikhlas demi kepentingan rakyat marhaen dan bukan sekadar nak memenuhkan tembolok masing2. Hanya muncul masa pilihanraya pehtu terus lesap. Jangan kata nak jumpa org kampung nak turun rasmikan pembukaan sekolah pun payah. Tapi takyah risau lani sebab Bersamamu TV3 ada so masa tu bolehlah korang jumpa wakil rakyat ni. Tu pun kalau nak jumpalah.
Bagi aku hidup mati aku hanya Allah yang tentukan aku cari makan pun guna kudrat sendiri tak harap belas ehsan dorang ni. Kalau ujung bulan tak cukup duit makan pun tak penah lagi aku ketuk pintu rumah dorang ni. So saper pun yg naik tak akan menyebabkan aku menjadi peminat fanatik yang melampau.
No comments:
Post a Comment