Tuesday, February 22, 2011

Senyap


Apabila suara anak muda termasuk juga suara mahasiswa disenyapkan apa akan jadi seterusnya? Apakah langkah yang tinggal yang boleh diambil untuk menyuarakan isi hati lagi. Adakah dengan hanya turun ke jalanan protes secara 'aman'.... tentu aneh bila melihat protes berlaku secara aman bila wujud kumpulan yang provoke dan mengeluarkan kata2 kesat kepada pembantah.
Adakah perbezaan suara sesuatu yang dilarang dalam Islam. Jika ia benar dilarang kenapa perlu wujudnya majlis Syura dan kewujudan mazhab yang berbeza juga tidak boleh?. Adakah semata2 mengeluarkan pandangan dan dipersetujui beramai2 dan dilaksanakan. Itulah yang terjadi kebelakangan ni menurut pemerhatian aku. Bila nak implement sesuatu benda buatlah study gila2 sampai dapatan diperolehi dan aku sendiri tak pasti berapa banyak dihabiskan untuk menghasilkan research ni.... yang anehnya walaupun ramai yang protes dan bantah alih2 benda tu dilaksanakan. Aku jadi bingung seketika apa perlunya dibuat survey kalau keputusan hanya ikut suara pemerintah.
Jika pemerintah masih berkeras dengan lagaknya dan tidak mahu mendengar suara hati golongan muda secara berhemah dan ikhlas maka nantikanlah protes dijalanan sepertimana yang berlaku dibeberapa negara Arab kebelakangan ni. Tentu saja aku pun tak ingin ia terjadi.

No comments: