Cerita macam mana aku memula terjebak ni bermula dengan keadaan atau perasaan seolah2 aku diancam. Dulu aku tak penah amik pusing pun...masa belajar kat u tu pun masih tak faham lagi. Lantaklah ko nak jadi apa kat atas tu. Kronologi peristiwa yang berlaku pun tak penah amik pusing. Cuma satu je yg aku tau iaitu aku rasa kagum dengan pemerintahan Tun Dr. Mahathir.
Sampailah bila Pak Lah ambil alih dari tangan Tun M. Duit aku yg memang takde makin ari makin kurang. Mulalah aku ambil tau pasal harga barang dan baru tau kesan berantainya dengan suasana politik negara. Baru aku tau yg pemimpin perlulah bijak mengmudi negara dan bukan setakat buat helah sana sini. Nak gaduh apakan helah kiri kanan pun masih terpilih jadi menteri. Kalau dah sampai rasuah pun masih terpilih ape cerita plak ni.
Kekadang aku tak faham dengan mentaliti orang kita yg ambil mudah semua perkara dan tak nak menggunakan sepenuhnya kuasa yang mereka ada. Tu sebablah ada yg jawab alah satu undi pun tak leh buat apapun. Tapi bayangkan kalau semua rakyat Malaysia berfikiran cengitu. Kalau semua orang buat tak kisah. Apa akan jadi pada negara kita?.
Aiman tak kisah.......
No comments:
Post a Comment