Friday, February 11, 2011

Berbaloi ke?

Memang syok kalau citer bab kenaikan harga emas yg lebih dari 30% kalau tak sila aku tahun ni. Tahun sudah pun cengitu gak...tapi betul ke situasinya akan sokmo gitu? Betul ke harga emas akan sentiasa naik. walau bagaimana bagus pun pelaburan tu akan ada gak masa ia mengalami penurunan dan sebabnya pelbagai. Aku bercakap dlm situasi aku seorang pelabur dan bukannya penjual.

Memang harganya sentiasa naik tapi bukan utk org biasa cam aku ni...untung lebih hanya utk peniaga. sebabnya utk org cam aku ni trend naik harga emas ni kekadang bila masa kita nak jual balik cuma bagus sikit dari kalau simpan kat asb... tu pun kalau timing cantik kalau idak modal pun lebur. berapa lama plak nak tunggu sebelum jual balik emas yg kita beli pun satu lagi soalan.

pada pandangan aku nak dapat untung lebih kena sentias monitor harga dan yang penting bertindak pantas... terutamanya kalau korang jana untung dari kaedah pajak dan jual.

Aku setuju ngan statement yg emas ni merupakan penyimpan nilai....sebabnya harganya akan naik sepertimana naiknya kadar inflasi. kalau masa kekecik dulu nasi lemak 50 sen pun boleh dapat lani dah RM1.50. begitu juga emas akan naik sejajar dengan kenaikan harga barang.

Tapi yg aku nengok utk pelaburan ASB plak makin lama makin turun. Dividen yg dibagi hanya cukup utk cover kenaikan kadar inflasi jer. Itu sebab pada aku memang emas adalah pelaburan yg terbaik kerana ia melindungi nilai duit kita dlm jangka masa panjang. Kalau buat loan utk beli emas pun memang berbaloi tapi pastikan korang cukup duit nak bayar utang sebab pulangan hanya dapat kalau korang jual. Jadi sementara nak jual tu memang azablah menanggung hutang.

Dalam dunia sekarang memang dengan berhutang je kita dapat beli barang. Sedar tak sedar dah banya jenis cukai yg kita kena bayar saban hari.

1 comment:

mamawana said...

Jom..pakat2 beli emas bebanyok.

There was an error in this gadget