Monday, March 22, 2010

Bila Muqri mula berjalan

Haaa sekali sekala aku masuk citer pasal si Muqri plak ye. Kebelakangan ni asik citer pasal politik jer hehehe dah jemu plak tambahan lagi biler aku mula rasa Parlimen pun dah jadi cam sarkas. Naper aku cakap cenggitu sebabnya yg kuar citer si A kutuk B pehtu B plak kutuk A. Tambah gamat kalau yg duk kat belakang pulak jadi tukang sorak. Teringat plak aku kat citer Panglima Bujang Lapuk masa babak dorang masuk satu kg tu ape kenamanya aku pun tak ingat. Haaaaaaa kg pinang sebatang.....so masa mula sampai kat kg tu bender pertama yg dorang jumpa adalah sekolah dan dek kerana mamat bertiga ni tak tau baca masing2 mulalah menaksir mender tu. Si sudin cakap ni sekolah tu sarkas..memang lawak giler masa babak tu.

Oklah kat bawah ni senarainya
  1. Bender bahaya cam pisau takleh dibiarkan berjuntai sumer kene sorok
  2. Aku pun mula aktif sebab asik terkejar nak selamatkan barang contohnya masa dier pegang piring kaca dan aku dengan lagak Usain Bolt sepantas kilat berlari menyambutnya.
  3. Grill kat umah tak boleh dibiarkan terbukak nanti dier lari main kat luar
  4. Bestnya aku kurang sikit nak dukung sebab dier dah pandai jalan
  5. Asal nak pakai pampers jer mesti kene kejar dulu baru dapat pakaikan.
  6. Kalau nak barang dah mula tarik2 ajak aku gi kat tempat tu.
  7. Masa aku main kete control plak dier kene kejar hehehe
  8. Asal nampak Zanah merangkak jer dier pegi kat belakang himpit budak tu (ponin palo aku tiap ari ader je laporan)

1 comment:

Zura Tahir said...

satu ko tinggal...pantas tangan ketuk kepala zanah..