Monday, November 15, 2010

Kiah Lenggang 3

Berita hangit dalam akhbar Berita Hairan hari ni adalah mengenai rancangan kerajaan nak bina Menara WasWas setinggi 100 tingkat. Kiah Lenggang pun tengah berkira2 nak masuk tender untung batu timbul untung sabut tenggelam. Mana tau kot ada rezeki. Dalam masa sama timbul pertanyaan kat benaknya" Ada ke orang nak sewa. Sebab kalau ikut Utusan Meloya, kadar pengghunian pejabat kat KL ni dalam 80% je maknanya tak semua terisi".

Lagi satu yg menghairankan Kiah Lenggang naper plak PM bentangkan dalam Budget 2011 kalau betul ia akan dibina oleh PNB. Tambah kacau pikirannya memikirkan perkara yg tak masuk akal tu. "Buatnya projek ni rugi abislah investment aku dalam ASB"kata hatinya.

Dua tahun lepas masa dia buat loan kat CIMBENG oficer tu kata pinjaman ni tak membebankan dan hanya perlu bayar setahun je pehtu tahun berikutnya amik aje duit pulangan tu untuk bayar balik loan bank. Aper lagi tanpa berpikir panjang di terus buat loan RM200k selama 20 tahun. Kalau projek ni tak menjadi mesti duit dividen yg dijangka 8% setahun boleh jadi 5% je. Wah kalau camtu baik sikit je dari EPF.

"Nampaknya memang Malaysia Boleh. Lagipun aper aku nak risau sebab kalau projek gagal mesti kerajaan bailout punye" desis hatinya sambil tersengih2 macam kerang busuk.

No comments:

There was an error in this gadget