Wednesday, November 3, 2010

Ape apejelah

Bukan mudah nak menggalas harapan rakyat....ia amanah dan tanggungjawab yg amat berat. Tambahan pula dimasa yang sama menghadapi serangan2 berbahaya dan bertali arus dari pihak pembangkang. Apa sahaja akan menjadi topik dan mainan pihak pembangkang untuk melihat sejauh mana kerajaan boleh menepis serangan tersebut hinggakan pengistiharan Melaka Negeri Maju pun dipertikaikan.

Aper dorang tak de keje lain ke nak buat? Asik tak betul je aper yg gomen buat. Cuba tukar peranan plak macam kat Penang tu. Tak pepasal Ketua Pembangkang kene gantung dari menghadiri Parlimen hehehe. Hidup ini umpama roda sekejap kat atas sekejap kat bawah. Rasa macam semalam je aku jadi Ketua Kerajaan alih2 ari ni aku dah duduk kat Kerusi ketua gak tapi pembangkanglah... agaknya tulah perasaan Adun2 yg dah tukar keje ni kan?

Berapa tahun yg lalu kecoh bila Dr Khir Toyo bagi anugerah penyapu kat Majlis Bandaran yg kutip hasil paling rendah.... siap senyum lebar lagi tu masa bagi award tu. Ada yg marah dan terhina tak kurang pula yg menyokong langkah tersebut. Penyapu ni aku rasa kalau ikut semua bangsa pun memberi simbolik yg tidak baik tu pasal org cina tak dibenarkan menyapu waktu malam sebab membawa sial...kalau tak silap akulah. Org Melayu pun sama pantang penyapu kalau naik kekepala.....berperang besar pun sanggup. Apapun apa yg kita buat kat org ari ni akan dapat balasannya satu hari nanti.

1 comment:

Zura Tahir said...

elok bg dia buat rambut palsu je...