Tuesday, March 16, 2010

Tahniah

Belum terlambat rasanya aku nak ucapkan tahniah pada Dato' Lee Chong Wei juara All England ke 100. Memang mengujakan mendengar berita tu walaupun aku tak sempat menonton siaran langsung perlawanan tersebut. Kali terakhir kiter menang tahun 2003 masa tu Hafiz Hashim.... lama gak. Perjalanan LCW ni pun berliku gak sebab kalau tak silap dua kali gi final baru menang.

Cumer doa aku jangan lepas ni prestasi merundum plak sebab ader sekali tu aku baca saper yg menang kalau kene badi All England ni memang prestasi jatuh gila cam masa Hafiz menang dulu terus jatuh. Lin Dan pun tahun lepas menang pehtu terus kalah ngan Chen Jin kalau tak silap aku tak pun Bao Chun Lai kat suku akhir.

Pada aku sukan yg memang kiter berpeluang ni patutnya kerajaan sediakan dana yg lebih jgn sampai plak terbantut program sebab kekurangan dana. Contoh yg memang kiter bagus selain badminton ni adalah berbasikal dan squash. Kemenangan Anwar Manan ari tu dalam Le Tour De Langkawi patut menjadi titik tolak utk disalurkan dana lebih sebab dengar citer mamat ni bercita2 nak masuk Le Tour De France plak.

Kalau citer pasal bola sepak plak memang aku sakit hati masa baca dlm HM yg guna tajuk Raja Lawak ke Slovakia. Hampeh betul rasanya biler duit rakyat digunakan secara tidak berhemah. Kalau betul pun korang ni nak buat perlawanan persahabatan tak payahlah nak menipu 1 Malaysia dengan kata2 manis. Bak kater org tua2 sekilas ikan diair ku tahu jantan betinanya.

Thursday, March 4, 2010

Penghijrahan beramai-ramai

Bulan ni kalau ikut kalender Islam dah Rabiulawal dah maknanya masuk bulan ketiga dah. Tapi nampaknya trend penghijrahan beramai2 ni tak surut2 lagi. Dalam bahasa mudahnya biler kiter berhijrah maknanya kiter mencari sesuatu yg lebih baik dalam hidup ni. Maksud lebih baik ni bergantung pada niat kiter sendiri. Namun kalau nak dikirakan ia sepatutnya lebih mendekatkan diri kiter pada Allah.

Jadi agak2 korang sama tak maksud berhijrah dengan melompat. Dalam dunia ni hanya ader beberapa ekor haiwan jer yg bergerak dengan cara melompat iaitu katak dan kanggaroo itu setau akulah. Kalau korang perasan kat kedai2 kawan kita yg berbangsa cina mesti kat depan pintu masuk tu ader sekor katak keemasan diletakkan kat atas meja dan menurut mereka ia memberi simbolik kekayaan kalau ikut bangsa tersebut.

Memandangkan orang Islam tidak mempunyai kepercayaan sebegini maka katak lebih dikenali sebagai haiwan yg menggerutu yang amat mengelikan kalau disentuh kulitnya. Makanan asasi haiwan ni pulak lalat kalau tak silap aku, pehtu dier memang suker sangat duk terceruk kat bucu kawasan dlm rumah yg lembap contohnya bilik air. Kekadang tu ia teramat degil dan walau aperpun ko buat tetap tak nak beralih dari tempat duduknya. Yelah masa aku nak mandi kat bilik air masa tu lah dier duduk kat penjuru tu malulah aku nak mandi. Bukan boleh caya sangat Encik Tak ni kang buatnya tengah mandi tu tetiba jer dia lompat mau aku terkejut beruk dibuatnya.Kalau kemarahan aku dah sampai tahap gaban sangat dan kedegilannya teramat sangat aku amik jer penyapu kat luar kuis2 Cik Tak ni suruh dier keluar dari bilik air aku.

Oleh yg demikian aku berpendapat katak ni memang seekor haiwan yg tak tau malu, degil dan menggelikan. Itu hanya pandangan aku jer.Begitu juga pandangan aku pada ahli politik yg melompat parti ni. Adakah korang mempunyai pandangan yang sama dengan aku???????/

Tuesday, March 2, 2010

Apa nak jadi

Berita minggu lepas amat mengguris hati aku. Almaklumlah sejak menjadi ibu ni sensitif sungguh hati wanita ku hehehe. Aku rasa korang pun tau berita yg aku maksudkan..dan ari ni baru aku berpeluang masuk blog ni luahkan rasa hati. Cisss selepas beberapa kali try masuk minggu lepas asyik tak lepas jer. Aku pun tak tau aper nak jadi ngan PC aku ni. Geram sungguh asik hang jer. Baru tadi teringat nak defragment pehtu baru ok ckit.

Berbalik pada citer tadi aku rasa terkejut dan marah dan mungkin aku agak terlewat untuk menyedari realiti hidupp zaman ini. Yelah masa kiter kecik2 dulu mana jadi bender ni. Kalau ader pun citer yg aku dengar pasal bunuh anak ni masa zaman jahiliah tu pun ia dilakukan oleh sahabat nabi Saidina Umar Al Khattab. Tapi masa buat tu memang dier belum Islam lagi. Jadi aku agak musykillah biler orang Islam dah kembali lebih jahat dari org jahiliah yg hanya kuburkan terus anak perempuan yg tidak dikehendaki ni.

Setiap kejahatan yg kiter sembunyikan lambat laun akan dibuka juga oleh Allah s.w.t. Doa aku agar pihak yg melakukan akan diheret ke muka pengadilan dan dihukum setimpalnya.

Thursday, February 11, 2010

Mengaku ajelah

Hehehe kali ni aku terpaksa gak mengaku aku memang suka sangat kat satu lagu Indon ni. Sebenarnya dua hehehe. Dua2 pun aku tak ingat tajuk dan tak tau saper pun yg nyanyi yg aku tau cumer aku enjoy dengar lagu ni. Selama ni aku sering bersikap menyampah terhadap lagu indon mana taknya dahlah realiti memang kiter dibanjiri dengan dorang ni pehtu sampai lagu2 kat stesen radio pun dorang konker. Tu yg aku hangin tu. Nak tau tak lagu aper yg aku suker tu satu yg pasal org meninggal lagi satu pasal yg dier nak kawin tapi takde saper nak...hehehe sungguh mencuit hati aku ngan lagu yg kedua ni. Lagu pertama tu pun amat berkesan kat jiwa aku....rasa sayu jer.

Lani aku tambah menyirap darah sebab gaji pembantu rumah dorang sampai RM800. Aku tau keje tu memang susah dan memang tak ramai pun yg sanggup buat. Tapi pada2 lah dan kerajaan pun bersikap adillah jugak kat orang tempatan yg masih ader terima gaji kurang RM500. Pehtu kalau nak gaji naik make sure lah kualiti pembantu rumah tu pun naik gak. Gerrrrrrrrr geram sungguh.

Tuesday, February 9, 2010

Naper plak aku yang kene cek

Aku ulang balik naper plak lah aku yang kene cek. Hampeh tol betullah. Aku bacer berita pasal doktor gigi palsu hehehe pehtu yang lagi best siap remind sebelum kiter pegi kite kene cek doktor tu palsu ke betul. Ni memang lawak seanterolah aku rasa....yelah selalunya masa aku gi jumpa doktor gigi aku nengok gak certificate yg dorang tampal tapi setakat mana aku paham ntahnya. Kekadang tu ader gak terlintas ntah betul ke idak yang ditampal tu tapi saper plak aku nak menafikan sumer certificate tu. Bacer pun tak berapa nak faham hehehe.

Abih tu camna nak buat. Lani aku rasa yang sah pun turut kene tempias sebab pelanggan dah mula cuak. Lagi sekali aku ulang naper plak aku yang kene cek. Majlis Perbandaran yang terlibat menyewakan sesuatu bangunan atau shoplot tu tak cek ke sebelum kasi owner penipu tu menyewa. Pehtu mesti klinik tu pun kene tampal signboard saper plak yang kasi lulus signborad tu. Setau aku setiap signboard tu pun sepatutnya kene ader licenses no. Pergh memang geram aku dibuatnya....setiap sekali yang rugi adalah pengguna dan rakyat marhaen cam aku dan korang ni.