Wednesday, January 19, 2011

Cuba bayangkan

Penah terpikir tak negara kita diperintah oleh pompuan...hehehe harap tak berlaku walaupun memang aku sorang pompuan. Sebabnya pompuan ni nafsunya 99 akal satu je...jgn marah ye pompuan. Manakala lelaki plak akal 99 nafsu satu....tapi musykil gak sebab selalu gak jadi akal yg 99 ni tak dapat nak tewaskan nafsu yang satu ni.

Tapi itu bukan sebab utama aku menolak kepimpinan pompuan....pada aku hanya lelaki yg boleh jadi khalifah lagi pun salah satu tanda dunia nak kiamat ni bila pompuan lebih berkuasa dari lelaki. Tu pun bukak aku yg kata.

Dari segi stamina memang pompuan lebih baguih dari lelaki antara sebabnya walau dah penat balik keje pun pompuan masih mampu balik umah kemas umah, kemas anak, kemas suami termasuklah pakai barang kemas hehehe. Kalau lelaki plak balik je umah tau2 jelah aku pun malas nak ngumpat lelebih tak pepasal blog aku jadi sasaran.

Balik pada soalan tadi aku bayangkan pompuan kalau jadi PM mesti perlu ramai pembantu yg secara tak langsung akan menambahkan perbelanjaan negara contohnya pembantu utk set rambut, make up, pengurusan badan, botox, baju, kasut dan memacam lagilah. Ala alasan ko je tu.... ko jeles ye .....eh yeke?. Tidak inilah yang aku rasa.

Thursday, January 6, 2011

Tak faham aku


Pagi tadi masa on the way ke tempat keja aku terserempak dgn sebuah kenderaan yang terbakar. Memula tu terdetik dalam hati "sape pulak bakar sampah tepi jln pepagi buta ni". Biler dah dekat baru nampak ntah sebuah kete ke mpv ke aku pun tak sure terbakar. Jalan memang agak perlahan memasing sibuk menoleh arah tersebut. Hati aku tetiba berdebar sebab ni 1st time terserempak siap bayangkan org tu tak dapat kuar....ciannya.


Kebelakangan ni memang banyak keta yg accident terbakar... nape ye. Pagi ni plak memang hujan lebat tapi masih tak dapat memadamkan maraknya api tersebut. Aku mula tertanya2 adakah sebab penggunaan ron95.....rasanya bukan aku sorang je yg tertanya. Tapi aku hairan naper kerajaan masih membisu bila ada yg cadangkan agar dibuat kajian mengenai ron95. ada yg kata kat M'sia tak sesuai sebab cuaca kita panas. Tak taulah.....

Tuesday, December 28, 2010

Aku keliru

Ku panjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi atas beberapa perkara yg berlaku kebelakangan ni. Memula dapat saman atas nama aku yg ketanya dibawak oleh adik aku hangin gak satu badan...tambah hangin lagi bila nak bayar saman asik offline gak. Agak bila dah reda je keributan dan kesibukan org berpusu ke kaunter bayar saman aku pun suh adik aku gi bayar....aik majik sungguh tetiba je dah bayar.

Poning memikirkan bender tu sampai ari ni ...saperlah hamba Allah yg tersilap bayar....eh salah memula dapat saman memang keliru sebab kena saman pun saman ekor. Cek schedule memang tengan keja masa kena saman tu...bila masa plak keta Sawi tu sampai kat SB. Biler nak bayar plak polis tu kata dah bayar. Tambah keliru dibuatnya. Apapun amat bersyukur sebab benda tu dah settle.

Saturday, December 18, 2010

Aku anak Malaysia

Disebalik kenaikan harga gula dan ron 95
Disebalik jem disana sini
Disebalik jalan raya yang berlubang2
Disebalik harga tol yg mahal
Disebalik skandal PKFZ
Disebalik skandal kerugian Sime Darby
Disebalik cuaca yg mendung nak dekat hujan ni
Disebalik lambakan pendatang asing
Disebalik kejadian ragut yg menjadi2
Disebalik buang bayi yg berleluasa
Disebalik penggantungan 4 ahli parlimen pembangkang
Disebalik pengangkutan awam yg hampeh
Disebalik isu ketuanan Melayu
Disebalik pembinaan menara warisan 100 tingkat yg dibantah
Disebalik pelantikan Samy Vellu sebagai Menteri ke India
Disebalik semua ini
Aku masih boleh tersenyum
Sebab aku anak Malaysia

Friday, December 10, 2010

Pelaburan terbaik


Aku memang suka baca mengenai investment. Kalau nak ikut memacam ada kat Malaysia ni tapi pandangan aku yg terbaik adalah emas. tapi bukan dlm bentuk barang kemas melainkan kalau korang memang obses kat barang kemas. Sebabnya brg kemas melibatkan workmanship kos...dan kalu korang pakai berlebih akan menjadi perhatian penyamun.

Jadi kalau nak stat melabur dengan baik boleh mula ngan gold coin...apasal lak? sebab harganya murah dan senang nak dibawa kemana2. suka diingatkan secara purata kenaikan harga emas lebih daripada 20% setahun. mungkin ada yg kata ia tak mudah cair...ada benarnya dulu tapi lani kadar kecairannya sama bagus ngan tunai sebab kalau agak nak pakai duit korang pegi je kat Agro bank/bank rakyat.....atau memana je kedai pajak gadai ar rahnu.

Kalau nak jual balik plak ada baiknya korang servey dulu sebabnya harga emas bukan harga kawalan jadi setiap peniaga atau syarikat menawarkan harga yg berbeza. Takpun korang tinggalkan je mesej nanti mana yg aku boleh bantu aku akan bantu.....hehehe tetiba plak nak tukar kareer jadi perunding emas. Apapun ada baiknya kita berkongsi ilmu yg bermanfaat.