Wednesday, January 27, 2010

Tak baik tau

Aku pun pelik betullah ngan sorang rakan blogger kiter ni. Ntah aper yang dipegangnya pun aku tak tau. Keje pun bukan sebarang...kalau tukang angkut sampah tu paham gak aku naper dier jadi cenggitu. Tapi still aku rasa takleh gak nak wat cenggitu sebab hukum Allah tetap takleh dibuat main.

Orang dah meninggal dahle takkan nak kutuk lagi. Cuber kalau bapak ko mati jer terus ader orang kutuk2 bapak ko mesti marah kan?. Kalau nak ikut ko dan aku sama jer memasing tak mengenali simati secara dekat so buat aper korang nak pegi buat junujanah ni....tak baik tau.Bapak aku selalu pesan jangan diungkit buruknya simati malahan kalau dier ade buat salah kat korang pun maafkan jelah mana ke tau masa kiter mati nanti dengan sebab sikap pemaaf kiter Allah pun akan bukak hati orang yang penah kiter buat salah kat dier tu utk ampunkan kiter.

Kalau orang dulu mengumpat abis kuat pun satu kampung je tau tapi lani dengan perkembangan teknologi maklumat tu tak terbatas lagi. Ntah2 si Bush tu pun ader baca gak blog korang hehehe perasan sungguh aku kan.

Monday, January 25, 2010

Cam cipan je kan

Aisemen kebelakangan ni aku kemalasan cikit nak update blog. Kekadang tu bukan lebih pader maleh tapi lebih pada kekecewaan aku atas aper yang jadi kat negara kiter kebelakangan ni. Rungutan aku tak membekas pun cam anjing menyalak bukit...buat penat jer bukit tak runtuh pun.

Tahun ni aku berazam tak mau merungut lagi aku kene banyak bersabar dan kalau rasa tak pueh hati sangat pun masuk je muka dalam plastik pehtu jerit kekuat. Korang rasa idea tu bernas tak...hehehe bernas atau tidak tak penting pun sebab kebelakangan ni menteri kiter pun bagi cadangan cam cipan jer. Tu lah yang aku rasa sebenarnya. Tadi dapat jer slip gaji terus kire berapa increment tahun ni...hehehe adalah dalam seratus lebih. Tapi bebudak kerani yang baru masuk lagi cian RM40 jer....jer? Sorang kawan aku plak dapat rezeki bergolek LHDN bayar balik lebihan potongan tahun lepas..wah sungguh mengujakan aku. Aku pun dapat gak tapi surat le katanya....lebihan anda tak dapat dipulangkan sebab tiada sebarang kredit dalam akaun anda. Hehehe tu sebab tahun sebelumnya aku tak bayar cukai....nak bayar pakai aper sumer aku dah abis joli.

Pagi tadi aku gi Cimbeng sign aggrement sebab buat ASB loan. Pada pandangan aku bagus gak kalau korang ni jenis yang memang takleh simpan sendiri. Yelah fisrt year je korang bayar pehtu korang amik je duit dividen tu bayar balik hutang ...pejam celik pejam celik duit tu pun jadi milik korang. Tapi kalau korang pejam tak celik2 tak yah risau sebab hutang tu dilindungi insurans.....

Thursday, January 21, 2010

Alahai SPR

Aku pun tak tau nak cakap aper biler satu perkara yang aku rasa tak masuk dek akal masih berlaku kini. Aku rasa SPR kena revamp cara dorang berurusan dengan pengundi yang mana aku rasa masih lagi terikat dengan prosedur lama yang sepatutnya telah ditambah baik lani. Yang paling ketara sistem pendaftaran pengundi. Naper tak manfaatkan sepenuhnya MyKad tu naper plak nak mengundi kene daftar plak lagi. Terbaru aku dengar dorang nak giatkan usaha pendaftaran pengundi dengan cara beroperasi di tempat2 sibuk cam shoping complex. Usaha ni memang harus dipuji namun aku rasa merupakan satu pembaziran tenaga manusia.

Sebabnya lani kan kerajaan galakkan online utk sumer bender kalau bolehlah even kalau korang tak sempat nak balik kampung pun boleh online gak dengan keluarga disana. Memacam insentif diperkenalkan dalam usaha menggalakkan satu rumah satu komputer. Tu yg aku pelik tu naper plak tak boleh dapat jer data tu dari JPN then secara otomatik rakyat yang berumur 21 tahun ke atas akan layak mengundi. Usaha yang patut dipertinggkatkan adalah menggalakkan semua rakyat guna hak mereka dengan keluar mengundi.

Dengan menggunkan teknologi sedia ada ni imej mereka tidak akan mudah diperlekeh sebab semuanya berlaku secara telus dan takkan ader lagi dengar ura2 nak guna dakwat kekal sebab sesaper yang nak mendaftar MyKad nya akan diimbas termasuk cap jari sekali. Isu pengundi hantu pun secara tak langsung akan terhapus sama sekali...yelah takkan ada plak yang sanggup nak kerat jari org mati kan?????

Wednesday, January 20, 2010

Bila polis terlalu sibuk nak cari salah pembangkang

Pagi ni aku baca citer seorang makcik penjaga parking kene declare bankrup sebab gagal bayar hutang beli estima lebih RM150k. Yang aku pelik makcik ni dah buat report polis kata IC hilang pehtu ader orang lain guna namanya beli estima tu.

Pelik aku sibuk sangat ke polis kiter sampai tak boleh nak siasat kes camni. Camnalah pembelian boleh lepas musti ader dokumen pembelian pehtu salesman yg uruskan belian tu naper tak cek bebetul. Aku rasa kes2 cenggini kesalahan sedikit sebanyak patut diletakkan kat bahu salesman jugak. Naper aku cakap cenggitu satu sebab kalau ko nak beli kete mesti kokene sign segala jenis borang tu. Ari tu masa aku beli keter masa nak buat bayaran downpmt yg bakinya kene buat surat wakilkan kalau aku tak nak pegi sendiri bayar.

Cam tu sekali prosedurnya...tapi kalau prosedur jer ader tapi tak follow tak gunak gak. Aper pun aku memang bersimpati makcik tu sebab nak upah peguam RM400 pun tak mampu. Kalau sesaper yg terbaca berita ni dan ader kemampuan silalah bantu

Monday, January 18, 2010

Hati-hatilah


Minggu lepas kawan aku ada hantar satu gambar yang agak mengerikan tapi taknaklah aku letak kat sini. Sadis sungguh. Namun begitu banyak pengajaran yang boleh kiter ambik dari peristiwa yang berlaku. Ia berkenaan seorang wanita yang telah meletakkan gambarnya kat dalam facebook gambar plak sumer dalam keadaan seksi yang teramatnyalah pada aku.


Aku rasa kalau korang sumer tengok pun mungkin akan berpandangan sama...tapi mungkin juga akan ada segelintir yang beranggapan ia tidak seksi plak tak taulah aku nak kata aku. Ini aku tujukan pada orang yang Islam. Tak lama lepas tu siwanita ni berkenalan dengan seorang lelaku dan akhirnya membawa kepada kematiannya. Citer sebenar aku pun tak pasti sebab tak diceritakan secara detail. Tapi kalau tak silap aku minggu lepas pun ader masuk surat khabar pasal 3 gadis kita yang termengandung lepas berkenalan melalui laman web sebegini.


Cumer mesej yang aku nak sampaikan sesaper yang rajin melayari facebook, twitter atau yang seangkatan dengannya berhati2lah dengan lelaki buaya dan hidung belang ni.

Friday, January 15, 2010

Salam

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia

Hai kengkawan...... diam tak diam dah masuk hari ke 15 kita ditahun 2010 dan lani baru aku berkesempatan nak update blog aku. Beberapa hari lalu kesibukan tugas memaksa aku meninggalkan seketika rutin aku update blog ni.

Muqri pun dah berumur setahun lebih gigi dah nak penuh pun makan pun dah tambah selera kalau aku beli bun tu sesenang je dier abiskan. Kalau tahun lepaih kene tolong abiskan separuh baru bagi kat dier. Tu citer pasal anak aku. Tang aku cam biasa berat badan pun maintain lagi hehehe woit kene control gak makan kalau idak takut gak mencanak2 naiknya. Bukan aper lani orang mati sebab lebih makan semalam masa kuar makan ngan kawan aku dier tak abis ayam tandori yang dibeli pehtu dier mintak aku abiskan aku jawab space ader lagi tapi nak tinggalkan utk udara kang kalau aku sumbat lagi mengah dijawabnya nanti.

Aperpun tahun baru ni aku melihat 1 Malaysia harga barang dah naik aku pun tak tau adakah itu makna sebenar 1 Malaysia. Aperpun aku mengharapkan akan ader sedikit harapan yang boleh aku sandarkan pada kepimpinan sekarang dalam memacu kearah kemajuan rakyat Malaysia.