Thursday, January 21, 2010

Alahai SPR

Aku pun tak tau nak cakap aper biler satu perkara yang aku rasa tak masuk dek akal masih berlaku kini. Aku rasa SPR kena revamp cara dorang berurusan dengan pengundi yang mana aku rasa masih lagi terikat dengan prosedur lama yang sepatutnya telah ditambah baik lani. Yang paling ketara sistem pendaftaran pengundi. Naper tak manfaatkan sepenuhnya MyKad tu naper plak nak mengundi kene daftar plak lagi. Terbaru aku dengar dorang nak giatkan usaha pendaftaran pengundi dengan cara beroperasi di tempat2 sibuk cam shoping complex. Usaha ni memang harus dipuji namun aku rasa merupakan satu pembaziran tenaga manusia.

Sebabnya lani kan kerajaan galakkan online utk sumer bender kalau bolehlah even kalau korang tak sempat nak balik kampung pun boleh online gak dengan keluarga disana. Memacam insentif diperkenalkan dalam usaha menggalakkan satu rumah satu komputer. Tu yg aku pelik tu naper plak tak boleh dapat jer data tu dari JPN then secara otomatik rakyat yang berumur 21 tahun ke atas akan layak mengundi. Usaha yang patut dipertinggkatkan adalah menggalakkan semua rakyat guna hak mereka dengan keluar mengundi.

Dengan menggunkan teknologi sedia ada ni imej mereka tidak akan mudah diperlekeh sebab semuanya berlaku secara telus dan takkan ader lagi dengar ura2 nak guna dakwat kekal sebab sesaper yang nak mendaftar MyKad nya akan diimbas termasuk cap jari sekali. Isu pengundi hantu pun secara tak langsung akan terhapus sama sekali...yelah takkan ada plak yang sanggup nak kerat jari org mati kan?????

No comments:

There was an error in this gadget