Wednesday, November 4, 2009

Sampai hati korang

Setiap hari sejak bersara ni tulah rutin harian Lebai Husin pegi balik surau yang hanya dalam lingkungan 100 meter je dari rumahnya. Apa lagi nak dibuat kalau tak menghabiskan usia emas ni dengan beribadat kepada Allah semahu-mahunya atau setidak-tidaknya mendengar ceramah agama yang diadakan tiap malam jumaat itupun jika ada penceramah luar yang datang jika tidak memang jadi tanggungjawab dialah untuk mengimamkan sembahyang dan memberikan tazkirah. Hati tuanya kadang-kadang agak terkilan dengan sikap orang kampung yang hanya memenuhkan surau untuk sembahyang jemaah masa hari raya je.

Setiap hari lepas sembahyang subuh diambilnya penyapu distor dan dengan kudrat yang ada dibersihkan keliling surau tua tu. Surau ni pun lebih tua dari umur Lebai Husin. Masa zaman kanak-kanaknya banyak dihabiskan disitu untuk belajar mengaji dengan Bilal Deris. Pantang tersalah sebut je memang kene sebat kat jari kekadang tu sampai kene cucuk dengan rotan yang dipegangnya. Memang garang orangnya Bilal Deris tapi hasilnya semua anak muridnya memang jadi orang berguna.

Sepanjang usianya 60 tahun inilah kali pertama dia marah apa tidaknya lepas habis kuliah maghrib tu dengan tidak semena-mena datang 5 orang pegawai agama minta dia kebalai. Alasannnya sebab Lebai Husin beri ceramah agama tanpa tauliah. "Sampai hati korang ye buat orang tua begini" itu sahaja yang sempat diucapkan pada pegawai agama yang mengiringinya ke balai polis.

3 comments:

Zura said...

ini mcm kes mufti perak je...

AmirMuqri said...

bukan perak, perlislah

|| NaFiRaa || said...

seb bek last perenggan tu ai paham~ kalo tidak...semak ler kepala ini memikirkan ape yang ingin tuan tanah sampaikan..ahaks

There was an error in this gadget