Tersebutlah kisah yang diriwayatkan oleh Pak Belalang mengenai kuali dan belanga yang terlibat dalam pertengkaran yang maha dasyat. Hinggakan kuali telah panggil press dan mengeluarkan kenyataan didada2 akhbar mengatakan belanga hitam. Terkekeh-kekeh Cik teko ketawa membaca press statement tu sebab umumnya memang diketahui kuali dan belanga sama-sama hitam. Episod tuduh menuduh ini tidak berakhir begitu sahaja sebab belanga telah membalas kenyataan kuali dan mencabar kuali supaya keluar dari pemikiran politik sempit beliau dan meletakkan jawatan dari Menteri Dapur yang dipegangnya. Kuali turut membidas bahawasanya belangalah yang terlebih dahulu membuat dan menentukan dasar yang telah wujud di pertubuhan tupperware tu maka sewajarnya dialah yang dikatakan pembentuk pemikiran politik sempit tersebut.
Cik teko tidak langsung cuba untuk mendamaikan kedua pihak yang berkelahi sebab tidak mahu dilihat mencampuri urusan dalaman pertubuhan tersebut. Namun biler ditanya pendapatnya hanya mengatakan "Gajah sama gajah bergaduh pelanduk mati ditengah-tengah".
No comments:
Post a Comment