"Hamba memang bersalah namun pohonlah belas ehsan tuan yang mulia agar meringankan hukuman hamba" kata Mak Kechut ketika dijatuhkan hukuman oleh Tuan yang teramat Mulia Tuk Petanda Bertanda-tanda.
Maka dengan angkuhnya rayuan dan pohonan Mak Kechut disangkal oleh Tuk Petanda "Salahnya tuan hamba teramatlah berat sehinggakan untuk meringankan apatah mengecualikan tidaklah tergamak kiranya.Lagipun sebagai memberi peringatan kepada rakyat jelata sekaliannya adalah tidak wajar jika hamba memperkenankan permohonan tuan hamba".
Sebaik sahaja mendengar keputusan yang muktamad daripada Tuk Pertanda maka berguguran jatuh air mata Mak Kechut ke bumi. Sedihnya tidak dapat ditahan-tahan sehingga habis basah kuyup baju Mak Kering yang sedang menenangkannya.
Dua orang pengawal dibawa masuk kedewan pertuduhan untuk mengheret Mak Kechut yang masih lagi meraung mengongoi-ngongoi lagaknya seperti anak kecil yang kehausan meminta disuakan susu siibu. Tuk Pertanda masih berkeras dengan keputusan dan telah mengarahkan agar dua orang pengawal yang bermisai tebal dan bermuka garang itu mengheret sahaja Mak Kechut.
Tambah kuat lagi tangisan Mak Kechut sempat pula dia bermadah "Hamba hanya terkurang meletakkan belacan kedalam lauk bayam kegemaran Tuanku sampaikan dihukum pasung 3 hari 3 malam.......Tuk Pertanda yang bermukah dengan Permaisuri masih disanjung tinggi"
Merah padam muka Tuk Pertanda mendengarkan madah Mak Kechut sampaikan disuruh pengawal menutup mulut Mak Kechut dengan gam gajah.
No comments:
Post a Comment