Berbondong-bondonglah rakyat jelata memenuhi perkarangan Istana Kayangan sebaik mendengar titah Datuk Patinggi Maharaja bahawasanya baginda berhasrat mengagihkan hasil mahsul negara.Tidak ketinggalan walau seorang pun rakyat jelata melainkan semuanya memenuhi perkarangan tersebut, yang buta datang bertongkat,yang capik datang bertampu, yang tuli datang berteman.
Masing-masing berbunga harap agar agihan yang adil dan sama rata hendaknya dititahkan.Tidaklah sampai menjahanamkan negara tapi biarlah memegang prinsip sikit sama sikit banyak sama banyak dan yang berat sama dipikul ringan sama dijinjing.Sementelahan semua rakyat jelata telah berkumpul maka Datuk Patinggipun memulakan titahnya siap dengan memetik kata pujangga dan ayat-ayat Quran utk menguatkan lagi hujahnya.
7 buah kampung yang bernaung dibawah pemerintahan Datuk Patinggi diberi peruntukan yang sama rata iaitu 1 juta setiap satu.Serentak itu juga juak-juak Datuk Patinggi mula mencongak agihan masing-masing.Tak cukup dengan itu dikira sama agihan untuk anak beranak dan sedara mara terdekat.Akhirnya yang sampai kepada orang kampung hanyalah secupak beras setiap isi rumah.Diakhir titahnya Datuk Patinggi sempat berpesan setiap rakyat agar mengubah cara hidup dalam menghadapi kemarau yang melanda negara kini.
"Nak ubah aper lagi ye selama ni pun makan cuma sekali sehari dan pegi kesawah pun cuma jalan kaki" kata seorang anak muda.
No comments:
Post a Comment