Maka ramailah yang berpusu-pusu nak tengok kereta Proton Saga warna merah saga tu siap ader yang masuk nak cuba kerusi empuk kereta tu dan tak kurang jugak yang membelek-belek sterengnya. Sementara menunggu kawanan lembu tersebut sempat pulak Pak Atan terkenang masa muda-muda dulu. Besar jasanya kereta tersebut dengan kereta tu jugak dibawanya mak ayah pegi meminang Limah Lawa sebagai isteri. Tak lama kemudian dihantarnya mak ayah ke airport menunaikan haji. Saga kepunyaannya tu memang sentiasa dikilatkan walaupun dah berusia hampir 20 tahun masih elok enjinya. Kalau takat jalan pegi balik keja memang takde masalah cuma akan kepanasan sikit sebab aircond dah rosak. Dah berpuluh kali direpairnya dan banyak berhabis tapi problem tak settle gak. Sudahnya Pak Atan biarkan jer janji boleh jalan bak kata isterinya. Nak beli kereta baru memang tak mampu lagi almaklumlah keje takat kerani jer.
Sangkanya dengan pengumuman budget 2010 ni bolehlah beli kereta baru sebab dengar citer kerajaan nak hapuskan AP jadi mestilah kereta banyak yang jatuh harga. Tapi kecewa sungguh sebab budget baru ni mewajibkan plak kereta yang berusia 15 tahun keatas menjalani pemeriksaan Puspakom tiap tahun........aisemen duit lagi.
3 comments:
agak membebankan rakyat kan~ mmg lah elok buat pemeriksaan tu.. utk keselamat jugak... tapi tang bayaran tu yang beban... ape kata kerajaan bagi diskaun ke~ ringan sket beban rakyat..
ko mcm perli abah je...
tulah pasal gomen ni sentiasa kreatif kalau nak tambahkan dana dorang. sekali check tu dah abis masa sehari suntuk bayaran pun akak dengar lebih kurang RM40 ke 60 tu. yang tak masuk akal dorang kater kereta lama sering accident tu lah dorang buat rules tu tapi yg akak tau kereta lama ni punca utama kesesakan jalan sebab selalu rosak.
Post a Comment