Wednesday, December 30, 2009

Ishishish

Ishishish memang pelik betul aku ngan negara kiter lani. Tadi bacer paper pasal yang pasangan kawin 2 tu kene perintah mahkamah suruh berpisah sementara. Uish orang dah suke tu nak wat camna tu mujur gak dorang nak kawin buatnya dah bulat perut anak awak tu jgn menangis air mata darah plak. Masa tu sumer dah tak guna, nasik dah jadi bubur kalau nak sedap letaklah sup ayam, bawang goreng daun sup dan daun bawang. Pelik aku ngan keputusan mahkamah tu...pada aku sepatutnya mahkamah nasihatkan sibapa terima jer keputusan anak dier nak kawin ngan sijantan tu. Lagipun bukan penagih ker atau ader penyakit keturunan ke (setau akulah).....aper plak nak dibantah orang nak bina masjid. Dulu masa bising pasal ujian HIV ader yang memang positif HIV pun sipompuan tu nak gak kawin....ha kes ni memang patut kalau nak halang.

Sebab aper aku pikir cenggitu .....sebabnya kat kampung aku penah jadi kes camni sibapa taknak nikahkan anaknya sampai pihak jabatan agama kuarkan perintah tahanan reman sehari.....kene lockup lah tu. Boleh plak buat cenggitu....pada aku sikap keras kepala tulah yang diwarisi si anak like father like daughter kater omputih. Sebab tu ulama penah cakap masa anak tu menginjak dewasa kiter sepatutnya layan cam kawan dan takleh nak anggap kekerasan sajer yang akan menyebabkan dier ikut cakap kiter. Keras cara mak bapak keras jugalah pembawaan sianak...lagi pulak anak cenderung nak ikut kelakuan kiter berbanding dengan kater kiter. Akhir kater ishishish....ntahpapatah

Tuesday, December 29, 2009

Salam tahun baru

Selamat meyambut tahun baru semua. Lani aku agak bz hehehe bz bercuti. Waaa ingatkan nak masuk cuti dalam tabung tak jadi plak sebab AmirMuqri demam campak. Jadi sebagai ibu yang prihatin aku pun kene amik cuti.. Takut wooo buatnya masa aku dah tua dan sakit nanti dier jawab....
"Muqri bz lah mak banyak keje kat opis takleh amik cuti"
Waaaaaaaaah masa tu memang berendam air mata aku dibuatnya. Apepun itu bukan satu jaminan tapi sekurang2nya aku telah buat yang terbaik untuk anak aku hehehe. Dan yang penting aku kena berusaha untuk menjalankan amanah dan tanggungjawab sebagai seorang ibu...cewah.

Wednesday, December 23, 2009

Tak patut tak patut

Geleng kepala aku dibuatnya masa baca email dari kawan aku ni:-

Nini bekerja disebuat pusat asuhan dikawasan elit yang kebanyakkannya didiami orang melayu di X . pusat asuhan yang menempatkan anak2 golongan bijak pandai dan dah tentunya juga berada. Pusat asuhan yang bagus, system yang teratur, disiplin yang baik. Malah bagusnya majikan Nini menerapkan nilai2 pendidikan Islam sedari kanak2 ini kecil lagi.

Dari peringkat bayi hinggalah prasekolah, terdapat lebih kurang 50 org semuanya anak2 jagaan mereka. Semua berjalan lancar hinggalah pada satu hari, mereka menerima seorang ahli baru, kanak2 lelaki berusia 4 tahun. Daniel namanya. Kecil tapi teserlah ketampanan wajahnya seiras wajah siayah. Di pusat asuhan itu juga ada seorang budak perempuan berusia lingkungan 3 tahun, Norish yang juga sangat comel dan cantik.

Kelihatan dari hari pertama, Daniel sudah mula tertarik untuk berkawan dengan Norish. Kemana Norish kesitulah Daniel mengekori. Apa pun aktiviti yang dilakukan Norish, Daniel pasti akan turut sama.

Di dlm pusat asuhan itu, bayi akan diletakkan satu bilik, kanak2 lelaki dan kanak2 perempuan juga akan diletakkan dibilik berasingan. Tiap hari selepas makan tengahari, mereka akan dikerahkan untuk tidur dan tentunya dalam bilik masing2.

Pada satu hari, Nini yang sedang memeriksa setiap bilik bagi memastikan tiada masalah telah terkejut kerana terlihat kelibat Daniel duduk disisi Norish yang sedang tidur sambil mengusap2 wajah nya. Nini segera mendapatkan mereka dan memujuk Daniel untuk pergi kebilik kanak2 lelaki dan tidur.

Esoknya waktu ada aktiviti bermain, Daniel kelihatan begitu rapat dan mesra kepada Norish, dibelainya rambut Norish dan diciumnya pipi Norish. Nini mula rasa pelik. Tapi merasakan itu sekadar biasa untuk kanak2 seusia, yang mungkin menunjukkan sayang, maklumlah kebiasan kita juga mencium kanak2.

Tengahari itu, sama seperti semalam, Daniel sekali lagi ke bilik Norish dan rupanya di berbaring sebelah Norish dan terlelap sama sambil tanggan nya memeluk Norish. Bila Nini kejutkan dia menangis kerana tidak mahu tidur dibilik kanak2 lelaki.

Kebetulan hari itu keluarga Norish lambat datang menjemput. Norish bermain2 dan seperti biasa Daniel adalah peneman yang setia. Kali ini dia agak bertindak luar biasa, memeluk dan membelai Norish. Nini seperti biasa akan menegah dan memisahkan pelukan itu.

Namun hari ini adalah kemuncak kepada apa yang selama ini menjadi tanda tanya kepada Nini..hari itu kebetulan hujan. Tiada aktiviti bermain diluar. Semua kanak2 bermain di dalam bangunan. Tapi tidak kelihatan Daniel mahupun Norish. Puas dicari kelibat mereka diserata bilik tapi tidak ketemu.

Akhirnya Nini separuh pengsan bila dia menolak pintu stor dibelakang dan terlihat Daniel yang berusia 4 tahun itu duduk dipeha Norish dan sedang mencium perut Norish sambil melondehkan seluarnya dan Norish sudah tidak berbaju Cuma yang tinggal seluar dalam!!!

Pantas Nini menjerit dan mengangkat Daniel sambil Norish menangis (mungkin terkejut kerana Nini menjerit, sebab sebelumya dia hanya diam). Norish segera dipakaikan baju dan Daniel juga segera di paksa memakai semula seluarnya.

Di bilik pengetua yang tenang dalam ribut. Daniel ditanya mengapa dia bertindak demikian dan dengarlah jawapannya

“Papa buat kat mama boleh, kata papa dan mama tu cara kita nak tunjuk kita sayang, kalau kita sayang kita buatlah macam tu”

!!!!!!!!!

Segera keluarga Daniel dipanggil, pada mulanya mereka menafikan cerita Daniel, tapi bila Nini dan pengetua menceritakan perbuatan Daniel kepada Norish.. si ibu terkejut dan mula menangis sambil mengakui sebenarnya ini adalah pusat asuhan yang ke 3 mereka tukarkan Daniel. Tapi kejadian yg sama telah juga terjadi. Pengetua secara diplomasi menasihatkan mereka dan minta agar anak mereka dirujuk kepada pakar untuk mendapatkan rawatan.

Bapa Daniel agak ego dan tidak mahu menerima teguran dan agak sombong dengan mendakwa tidak ada apa silapannya tapi ibu Daniel mengaku bahawa Daniel pernah beberapa kali melihat mereka melakukan hubungan intim. Pada mulanya mereka agak kekok ,tapi akhirnya merasakan tiada apa yg perlu dirisaukan kerana Daniel masih kecil, tapi rupanya kesan dari tindakkan itu telah merosakkan ‘jiwa’ Daniel. Apatah lagi dgn penjelasan yang salah.

Moral : sebagai ibubapa, tolonglah!! Usah risau dengan anak yang kurang mendengar kata2 kita kerana mereka lebih terdidik dari apa yang mereka lihat iaitu tingkah laku kita. Dalam islam juga ada garis panduan antara anak dan ibu bapa, batas aurat dan juga waktu bila yang boleh dan tidak anak2 untuk masuk kebilik ibubapa.

Anak2 sekarang bukan macam anak2 dahulu, mereka sangat pantas berfikir dan naluri ingin tahu lebih hebat, selaras dengan kemajuan dunia. Jadi tolonglah agar berhati2 dalam hal2 yang sebegini. Bila ketika dan waktu yang sepatutnya dan tidak sepatutnya mereka ketahui, supaya kisah seperti ini tidak berulang..

Tuesday, December 22, 2009

Yang mencengcang memampas

Makna peribahasa ni adalah yang berbuat salah harus menerima hukuman. Tapi korang rasa realiti kat negara kiter cam peribahasa ni ker?. Kekadang tu aku rasa hakikat yang sering berlaku ada duit maka tertegaklah keadilan...sebab aper aku rasa cengitu. Tentulah salah jika aku pukul rata untuk semua situasi tapi tak boleh jugak nak dikatakan pandangan ni salah sebab ia timbul berdasarkan pengalaman dan pemerhatian. Acap kali kes2 yg berprofil tinggi lepas cenggitu pehtu biler dah basi senyap jer. Tu nasib baik kalau dapat kambing hitam kekadang tu sampai dah takde kambing nak dibuat korban. Aku harap kes kehilangan enjin pesawat TUDM ni tak jadi macam selalu. Kerajaan kene serius dan ambil berat sebab ia melibatkan maruah negara tambahan pula pihak yang diamanahkan adalah benteng negara.

Tentu mudah negara musuh nak menyerang kalau beginilah sikap perwira negara. Bagaimana untuk mempertahankan negara jika enjin pesawat pun boleh hilang. Aku tak rasa ia kerja anggota yang memikul senjata sebaliknya mereka dipihak atasan sebab ia bukan kes hilang pen sebatang. Mana perginya integriti dan moral pelakunya........ nampaknya terlalu murah harga maruah negaru ku tercinta pada pandangan mereka sampai boleh dijual beli.

Monday, December 21, 2009

Institusi semberono

Buruk akibatnya bila institusi kehakiman jadi institusi semberono. Ia mula tidak dihormati dan dipandang mulia, wang jadi cagaran dan bukannya kejujuran dan ketelusan. Inilah pandangan aku sebagai rakyat marhaen bilamana melihat keputusan yang bercanggah antara mahkamah tinggi dan juga mahkamah rayuan. Contoh boleh dilihat masa keputusan penghakiman menteri besar perak dan juga keputusan masa soal siasat SPRM. Jika itu yang berlaku maka tidak hairanlah bila Anwar masih dipandang jujur dan mulia dikalangan penyokongnya walau pernah disabitkan tuduhan meliwat dan bakal menerima satu lagi tuduhan yang sama. Pada pandangan penyokong Anwar, Saiful yang mengemukakan tuduhan baru ini dilihat cuba menaggguk di air keruh atas kekacauan yang berlaku kebelakangan ini.
Jika kerbau dipegang pada talinya, manusia pula dipegang pada katanya...tentu sahaja negara akan aman sejahtera jika semua rakyat memegang kuat bidalan ini.

Thursday, December 17, 2009

Cik Kiah dan Derus

"Wah.... Cik Kiah shopping sakan nampak"
"Cik Kiah bukan aper Derus... ni nak amik kesempatan beli belah ujung tahun ni. Tahun depan dengar citer dah nak stat GST 4% , pehtu plak kad kredit pun kene charge RM50. Jadi Cik Kiah ingat mulai tahun depan nak lebih berhemah jadi tahun ni borong sakanlah hehehe sebelum stat menatang tu sumer"
"Alamak terornye Cik Kiah ingatkan peniaga pisang goreng cam Cik Kiah ni tak ambik tau sangat pasal mender tu sumer. Ermmm betul gak cakap Cik Kiah tu.....kalau cenggitu saya pun nak ajak orang rumah shopping gaklah"
"Ish ko ni Derus tak sabar2lah aku ni konpiuslah pasal GST tu. Sebab Menteri cakap dengan GST kerajaan dapat tambah pendapatan berapa bilion ntah, sektor aper pun aku tak ingat gak .....ader dua sektor kalau tak silap aku dier sebut dapat penjimatan cukai plak. Kalau satu untung satu jimat tang mana datang pendapatan tu?. Tu yang aku konpius tu"
"Alah Cik Kiah ni tu pun tak tau.....cuber Cik Kiah tanya mamak cyber mesti dier tau."
"Ko ni....... aku serius ko main-main plak. Takpelah tak nak cakap takpa.... kang aku masuk laman web LHDN lah tanya kat dorang"
"GST tu maknanya Gagau Semua Tempat.....mudah cakap pulus takde so koreklah kat mana boleh"
"Itu macam ke?"

Salam tahun baru

Selamat menyambut tahun baru Islam kepada semua. Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam. Ia memperingati penghijrahan junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Pada hari ni kebiasaannya masjid2 seluruh Malaysia akan mengadakan majlis bacaan doa akhir dan awal tahun masa sembahyang Maghrib. Dikesempatan ni jugak elok rasanya kiter menetapkan satu azam baru dan menanamkan tekad dan azam untuk menjayakannya.

Wednesday, December 16, 2009

Potong

Lani glemer betul ayat potong ni sampai masa kenduri kawin pun ader yang betul2 guna ayat ni. Kawan aku citer baru ni dier pegi kenduri kawin tapi pelik naper plak sonyap jer takde kompang langsung. Rupanya dorang saje buat gimik masa acara potong kek baru kuar budak kompang nyanyi lagi potong aper lagi berderailah tawa hadirin yang datang. Aku yang dengar citer tu pun tak tahan. Cumer nasihat aku pada pak menteri kat luar tu janganlah sensitif sangat... potong ni cumer istilah jer lagipun bender ni dah jadi kpi kiterpun .......hehehe potong koslah.

Tuesday, December 15, 2009

Tak taulah nak kater aper

Semalam masa balik umah tu sempat singgah makan jap. Nampak satu couple tu sempat plak aku cakap kat suami
"bang couple tu nampak dah berumur tapi kecik je anak dier kan" laki aku tak jawap pun tengah concentrate teguk air teh halianya.
Pehtu aku tanya" sedap tak"
"kureng" jawabnya pendek
kedai2 yang ader kat sekeliling tu memang mengujakan mata aku satu kedai polish keter sebelah plak service. Mata anak aku pun tak lekang duk pandang jer aktiviti yang berlaku kat kedai2 tu....maknya pun sama.
Dalam pada tu sisuami couple tu selesai makan dan bangkit ambil anaknya bawak berjalan sampai ke meja kami yelah bebudak tu lebih kurang sebaya. Tanya punye tanya dier bagi tau umur anaknya dalam setahun tiga kurang sebulan mudanya dari Muqri.Anaknya tu dijaga oleh cina kat belakang pasal tu cakap omputih katanya sambil memuncungkan mulut kearah tersebut. Tergezut beruk aku dibuatnya tapi biasalah buat muka selamba jer. Dalam hati sempat berbisik " desperate sangat ke sampai kasi anak dijaga oleh cina, kalau taska tu milik cina boleh gak diterima dek palo otak aku ni sebab biasanya owner cina tapi yang run memang melayu dan kalu cina islam pun takpe gak.
"ish tak baik bersangka buruk"kata hati aku
Balik tu sempat aku borak pasal ni ngan adik aku dier agak sependapat ngan aku. Yelah pada aku bukan citer pasal anak diajar mengaji atau soal makanan tapi yang lebih penting pasal didikan secara keseluruhan. Pada aku jangan lak nanti mak bapak budak tu terkejut beruk cam aku tadi kalau anak dier guna tisu lak nak cebok hehehe.

Monday, December 14, 2009

Sama ke maknanya?

Tumbuk rusuk, duit kopi, pelincir, duit bawah meja, politik wang, bribery, rasuah....banyak gak nama lainnya tapi pada aku walau apapun panggilannya memang perlakuan ni sungguh keji. Sumernya bertujuan untuk mendapatkan keberuntungan dengan jalan yang tidak sah. Ape keadaan-keadaan yang menjurus kepada perlakuan ini dan situasinya. Contohnya kiter kene saman sebab langgar lampu isyarat pehtu kiter pun offer kat police tu... tak yah pun kengkadang tu, sebabnya polis tu punye kerlingan pun kiter dah paham. So kiter pun selitkan duit RM100 bersama dengan IC kiter yang diminta. Dalam hal ni kiter dan polis tu sama-sama untung sebab kiter dapat jimat RM200 dan polis tu plak dapat duit RM100. Tu satu contoh je.

Kekadang tu terpikir gak kat kepala otak ni biler kiter mintak ZZ pegi beli barang pehtu kiter kasi duit itu rasuah ke? Hehehe tentulah tidak sebab ia dikira upah. Definasi rasuah ni boleh jugak jadi berbeza ikut perkembangan zaman dan kedudukan ko. Satunya zaman lani dah makin canggih so mesti rasuah pun jadi canggih gak sebab ia bukan saja dalam bentuk wang malah juga boleh dalam bentuk dotdotdot....ish malulah nak sebut. Kedudukan pulak sebab kalau ko ikut pihak YY pehtu ko dikenakan tuduhan terlibat dalam rasuah ...jadi sebab nak menyelamatkan diri ko pun declare dah jadi pengikut UU maka tuduhan tu pun terus hilang. Dalam hal ni keajaiban telah berlaku.

Harapan aku agar generasi kiter yang celik huruf dan IT ni tidak menganggap kecil perlakuan jenayah ni dan menolak kepimpinan yang terlibat dengan perlakuan ini.

Friday, December 11, 2009

Bakul dan troli

Kalau gi shopping korang musti tengok dulu nak beli banyak ke sikit kan b4 decide nak pakai bakul ke troli kan. Aku selalunya memang guna troli sebab kalau keluar tu memang banyak barang punye kekadang tu sampai dua troli yelah ngan pampers 2 pek je dah penuh separuh troli barang lain belum amik tu. Aku memang selalu gi Tesco kat Mutiara hehehe nak kumpul point dan lagi adik aku keje kat situ so cam best je pegi situ.

Dulu masa shoping kat The Store aku selalu amik bakul tapi setiap kali mesti tangan aku gatal jadi timbullah andaian kat kepalo otak aku orang yang guna sebelum tu ader kurap kot tak pun ntah apetah penyakitnya. Aku bagi tau kat bapak aku pehtu dier kata kalau nak amik bakul tu cubelah selawat sikit. Hehehe menjadi plak tu dah tak gatal lagi. Kawan aku penah hantar email sebenarnya bender paling kotor kat dunia ni bukanlah tandas awam tapi sebenarnya troli dan bakul kat pasaraya. Sebabnya bender ni memang tak penah dicuci. Pikir2 logik gak troli ngan bakul ni cantik masa baru beli jer peh dari tu korang tau jelah camna rupenya. Tu belum kira ader yang siap buat cam tong sampah bender tu. Makan aiskrim buang kat situ...kulit pisang pun aku penah jumpa.

Baru2 ni sepupu aku citer satu tragedi kat ampang pasal satu family arab tu guna troli masa turun eskalator tu ntah macam mana troli dah sampai kat ujung tapi tersekat plaklah. Aper lagi tercampaklah dorang ngan troli sekali tapi yang sian anak dier baru umur satu tahun lebih yang letak kat atas troli tu sampai pecah muka sebab dah jatuh pehtu kene himpit plak ngan troli. Sedara aku kata banyak orang tak tau sebenarnya kalau kiter guna troli dan eskalator sepatutnya kiter kat depan jadi biler sampai kat ujung tu kiter boleh tarik troli tu kalau nak tolak kan susah sebab rodanya dah grip kat line eskalator. Oooooo aku pun baru tau walaupun dah lama praktik.

Thursday, December 10, 2009

Labur jangan tak labur

Just nak share email yang aku terima pasal pelaburan:-

Dlm Malaysia ni, byk sgt tools utk menyimpan. Antaranya Saving Account yg kite selalu keluar masuk duit tu...return pun dlm 0-1%. Second, fixed deposit. We identify that majority of company and ade juga individual yg simpan di dalam FD dgn amount yg banyak tp pulangan just 3%. Mmg la FD bagus coz capital lock ..tp kan lg bagus kalau diversify that money in unit trusts atau mane2 tools yg ade provided..mesti under bank and diluluskan oleh Bank Negara Malaysia. Third tabung haji. yang ni di khususkan utk mereka yg target nakpergi haji. Pulangan just 3-5%. Fourth, ASB pulangan 7-9% ( sy akan email lg satu khas ttg ASB. Sgt penting ye info ni utk org yg beragama Islam. Tanggungjawab sy untuk menasihat dan menerangkan ap yg saya tahu.). Fifth, Unit trust average return per annum 10%-15% ( can be more higher depend on themarket situation ) Sixth, KLCI or Stock market. This type of investment mmg high risk high return but also can be very2 loe return that lead to bankcruptcy. Serahkan pada yg pakar ok. Kesimpulannya, dlm byk2 tools utk menyimpan ni ade yg memberi pulangan sgt rendah, rendah tp gerenti ( capital lock), sederhana rendah, tinggi dan sgt2 tinggi. High risk high return.

Wednesday, December 9, 2009

Apabila kuali mengatakan belanga hitam

Tersebutlah kisah yang diriwayatkan oleh Pak Belalang mengenai kuali dan belanga yang terlibat dalam pertengkaran yang maha dasyat. Hinggakan kuali telah panggil press dan mengeluarkan kenyataan didada2 akhbar mengatakan belanga hitam. Terkekeh-kekeh Cik teko ketawa membaca press statement tu sebab umumnya memang diketahui kuali dan belanga sama-sama hitam. Episod tuduh menuduh ini tidak berakhir begitu sahaja sebab belanga telah membalas kenyataan kuali dan mencabar kuali supaya keluar dari pemikiran politik sempit beliau dan meletakkan jawatan dari Menteri Dapur yang dipegangnya. Kuali turut membidas bahawasanya belangalah yang terlebih dahulu membuat dan menentukan dasar yang telah wujud di pertubuhan tupperware tu maka sewajarnya dialah yang dikatakan pembentuk pemikiran politik sempit tersebut.

Cik teko tidak langsung cuba untuk mendamaikan kedua pihak yang berkelahi sebab tidak mahu dilihat mencampuri urusan dalaman pertubuhan tersebut. Namun biler ditanya pendapatnya hanya mengatakan "Gajah sama gajah bergaduh pelanduk mati ditengah-tengah".

Tuesday, December 8, 2009

Panah


Perkataan ni setahu aku berbilang maknanya. Ia paling banyak dijumpai di jalan raya tak kiralah jalan besar ke jalan kampung ke semua perlu ada bender ni. Kalau takda gamaknya huru hara nak cari jalan kememana. Contohnya kalau korang gi shopping kat 1 utama dan nak carik jalan keluar. Musti korang carik sign KELUAR. Kekadang tu terlalu banyak plak sign ni sampai tak tau nak ikut yang mana satu. Ader sekali tu aku ade miting kat Menara Rebung TM masa nak kuar tu punye hura hara aku dibuatnya sebab tak nampak sign KELUAR ni. Melilau dibuatnya sampai aku tak pueh hati try patah balik baru nampak sign ni ....ade ke patut dahlah size kecik pehtu letak kat satu hala jer so kalau korang ikut haluan sebaliknya memang tak nampaklah bender ni. Tapi tu citer dulu lani mungkin dah ok kot.

Kerap kali juga panah digunakan kalau kiter jatuh cinta kater orang tua-tua kene panahan asmara hehehe. Kalau dah kene panah jenis ni memang sah-sah korang luper diri sampai mak bapak pun ditinggalkan. Cam pantun dulu-dulu:-

Tanam pinang rapat-rapat
Biar senang puyuh berlari
Ku pinang-pinang tak dapat-dapat
Ku pujuk-pujuk kubawa lari

sambung lagi .....

Kalau roboh kota Melaka
Papan dijawa hamba dirikan
Kalau sungguh bagai dikata
Badan dan nyawa hamba serahkan

Hehehe begitulah kuatnya penangan panahan asmara ni.

Friday, December 4, 2009

Gasak suam-suam timun

Sedang Cik Milah Gendut hampir dibuai mimpi telinganya sempat menagkap irama Celine Dion yang keluar dari handphonenya. Celik bijik matanya mencapai telefon dan menjawabnya. Sempat pula hatinya mendengus
"ish kacau je orang baru nak tidur"
"Hello"
"Err hello, boleh saya cakap dengan Cik Milah"
"Ye saya bercakap"
"Begini Cik, syarikat kami Gasak Suam-suam Timun atau GST sedang buat servey ni, boleh Cik luangkan masa tak untuk menjawabnya. Tak lama cume 10 minit jer"
"Bolehlah saya pun tengah nak tidur tadi kalau tak jawab pun bukan senang nak sambung balik tidur" sempat pulak tu Cik Milah memerli si wakil GST
"Errr mintak maaflah mengganggu tapi terima kasih atas kesudian Cik Milah"
"Lupe plak nak tanya mana awak dapat no. saya ni"
"Kami dapat dari petisyen yang Cik sign tempoh hari"
Petisyen aper plak ni....
"Takpelah teruskan soalan"
"Aper pandangan Cik dengan pengenalan GST dalam tahun hadapan"
"oooooooooo saya amat berbangga dan berbesar hati sebab hanya dengan cara itu kerajaan dapat menambahkan sumber pendapatan mereka dan secara tak langsung dapat membina jalan yang lebih berkualiti untuk rakyat jelata"
"Bagaimana pula dengan cadangan kerajaan untuk menarik balik subsidi gula"
"Ish awak ni dah tentulah saya sokong. Yelah lani kan banyak orang yang kene kencing manis jadi dengan cara ni sajer nak halang dorang tu minum banyak minuman manis"
"Untuk makluman kerajaan juga bercadang untuk menghadkan pembelian petrol kepada rakyat Malaysia sahaja dengan pembelian menggunakan Mykad"
"Wahh memang bagus idea tu, inilah yang paling saya nanti sebab saya tengok pakistan kat umah sebelah yang jual karpet tu pakai keter lagi besar dari saya. Jadi biler kiter kenakan harga yang kat tinggi kat dorang memang bagus sesangat. Tumpang tanya saya ni golongan yang layak dapat subsidi minyak tak?"
"Mintak maaf Cik, saya tukang tanya jer bukan tukang jawab, bender tu mungkin Cik boleh tanya kat kaunter pertanyaan kementerian yang berkenaan"
"Awak ni tanya sikit pun taklehlah"
"Seterusnya bagaimana pula dengan bayaran tambahan dikenakan untuk pelajar sekolah masa nak bukak sekolah nanti"
"Lah bender ni pun nak tanya ker........musti lah saya sokong sebab ia untuk kebajikan pelajar terutamanya jika jadi musibah jambatan gantung runtuh kat Perak ari tu. Sekurang-kurangnya mak bapak bebudak tu dapatlah gunakan wang insuran tu untuk pengebumian dan sebagainya."
"Lastly, apa pandangan Cik berkenaan kualiti jalan raya kita"
"Kalau nak banding ngan kualiti di Indonesia, kiter lagi baik sebab ari ni turap esok lubang balik jadi secara tak langsung ia membuka peluang pekerjaan pada kontraktor di Malaysia. Selain itu ia juga menggalakkan pemandu di Malaysia memandu dengan lebih berhati-hati tambahan pula ia boleh meningkatkan kecekapan pemanduan kita. Saya sendiri penah terserempak dengan sebuah kereta yang menukar line secara tiba2 .......wah kagum betul saya dengan gaya pemanduan tu sebab masa tu saya sendiri pandu 80km/j so mungkin dia lebih laju lagi. Sempat saya ikut die sampai kat tempat kerja dia kat PJ so aper lagi masa tu gak saya mintak dia sign autograf kat tangan saya. Awak nak tengok tak?
" Takpelah Cik, jadi memandangkan Cik telah memberi jawapan yang bernas bagi setiap soalan saya harap Cik boleh datang ke GST di Jalan Duta menuntut hadiah kemenangan Cik"
"Yeyeyeye mekacih mekacih" kata Cik Milah sebelum mengakhiri perbualan

Thursday, December 3, 2009

Doa

Biler masanya kiter sering berdoa?. Rasanya selalunya masa dalam kesusahan tak pun masa nak mula makan tak pun masa nak mula miting. Aper plak isi doa kiter .........mestilah mendoakan kebaikan diri, ibu bapa, dat umat Islam umumnya. Doa yang tak baik takleh ker?????

Cam doa Nik Azizi utk PM kiter kalau tak nak kasi duit royalti minyak hehehe. Tu pun doa gak.
Dalam situasi ni satu pihak merasakan diri telah dizalimi maka wajar dia memohon terus dari Yang Esa supaya dipulangkan haknya jika masih tak nak maka didoakan bala utk pihak tersebut. Bender ni pun jadi isu.... pada aku lantaklah Pak Nik nak doakan aper pun tak kan nak berdoa pun nak mintak izin. Lagi pun kalau yakin tak salah nak takut aper. Bender ni pun dah jadi mudah sebab PM dah tau ader yang mendokan tak baik untuk dier maka dier boleh pulak berdoa agar disiahkan dari sebarang bala bencana. Tak pun mintak masjid2 seluruh negara berdoa bagi pihaknya plak. Kiter tengok plak doa saper yang lebih mustajab. Aisemen lawan doa plak. Yelah baik lawan doa dari lawan tumbuk. Lagi best kalau lawan main playstation hehehe.

Allah Maha Penyayang dan Mengasihani. Berani kerana benar takut kerana salah. Tapi rasanya kebelakangan ni ramai yang salah pun berani gak hehehe aper nak takut kubur masing2 sendiri jagalah kater sesetengah tu.

Wednesday, December 2, 2009

Kopok Rota

Pagi ni dapat email pasal kopok ni ....aku sure korang pun cam aku gak musti penah makan kopok ni. Tapi adakah korang akan berenti makan pasal dapat email. Aku pun kurang pasti tindakan selanjutnya, tinggal lagi sebagai seorang yang mengaku muslim dan mengamalkan cara hidup muslim kita dianjurkan agar meninggalkan sesuatu makanan itu jika rasa was-was. Jadi tepuk dada tanya selera. Tinggal lagi jika betullah dakwaan ini satu je yang aku nak tanya kat Jabatan Islam ....korang tak buat keje ker?. Main hentam keromoh jer kasi sijil halal.

Satu artikel yang aku penah baca aku pun tak ingat saper penulisnya tugas kiter sebagai seorang muslim adalah meyakini sebarang keputusan yang dibuat oleh jabatan agama jadi kalau dorang buat keje cam tak semenggah jer beban kesalahan atau dosa dan pahala tu adalah diletakkan kat bahu dorang. Lagi pun saper plak kiter nak mempertikaikan sijil halal tu. Pakcik aku pun penah nasihat sebelum makan tu jangan luper baca aper yang patut pehtu rasa kat gerak hati kalau was-was tak yah makan. Jadi renung2kanlah Selamat Beramal.......... hehehe cam iklan kat radio plak.

Tuesday, December 1, 2009

Raya korban

Aduishhhh liatnya nak bangun gi keje pagi ni. Baru je balik cuti raya....aku amik cuti khamis ngan senin semalam. Apapun memang syok kalau dapat cuti panjang cenggini cam tak cukup jer hehehe. Hari ni plak masa untuk aku korbankan tidur yang panjang seawal 5.30 pagi dah kene bangun nak bersiap kat tempat keje. Citer bab korban ni memang tak abis kebetulan plak kiter baru jer menyambut raya korban. Petang raya tu lepas je pegi umah mak aku balik plak ke Melaka belah suami pegi pun lepaih sembahyang jumaat.

Dengar berita pasal lembu korban ni kekadang ader yang lucu... ye mana taknya lembu korban masuk dalam longkanglah musykil aku cam mana boleh muat pulak tu.... yang masuk tempat memasak pun ader sampai abis bertempiaran sumer tukang masak lari. Kalau dulu punye citer lagi dasat lembu korban tanduk orang sampai mati pehtu tahu plak balik tempat dier nunggu dikorbankan plak. Kekadang aku pikir sumer yang terjadi ni mungkin ader kaitan dengan niat kiter dalam berkorban........tak boleh nak nafi memang banyak yang ikhlas tapi ramai gak yang nak menunjuk2. Suami aku cakap masa nak sembelih tu bukan boleh main balun jer satunya kene lemah lembut, pisau tajam dan jugak takleh tunjuk kat lembu lain masa sembelih tu begitu jugak masa kiter lapah. Yang penting lagi kene tunggu sampai lembu tu betul2 mati kalau nak lapah. tapi memandangkan bender ni dah dikomersialkan susah nak cakap lagipun sekali sembelih nak dekat 20 ekor. Aperpun pastikan jugak ia dari sumber yang halal .... jangan sebab nak membersihkan rezeki yang haram maka kiter tergamak membeli lembu nak buat korban. Yang haram tetap haram begitu juga sebaliknya.

Wednesday, November 25, 2009

YES

Maka bermulalah year end sales dari 21 hb baru ni sampailah 3 Jan 2010. Wah memang best musim ni tapi pergh kalau banyak duit lagi best. Lunch tadi baru je pegi Mid Valley ngan geng opis. Punyelah azab nak carik parking last sekali kene parking kat bangunan The Garden jauh gaklah menapak. Orang tak usah citerlah memang bertali arus. Aku agaklah musti collection juta2 kan?. Masa balik plak jumpa dua bijik kete kene clamp hehehe padan muke sesuka ati je parking mengganggu lalu lintas. Mula masuk kat Isetan memang cantik2 baju tapi lepas tolak diskaun rasa tak mampu lagi takpe pegi plak Metrojaya..... memang berbaloi kalau nak beli barang waktu ni. Kebetulan masa sampai tu tengah member sale.
Tapi masa tu aku dah takde mooddah nak beli lagipun aku tengah mnyabarkan diri sampai hujung tahun. Harap2 adalah bonus boleh gak sambar hand bag satu. Aku ni memang satu2 masa tu cumer ader satu jer handbag so yang sedia ada ni sedang menunjukkan tanda2 keuzurannya dan perlu diganti.....hehehe alasan jer tu. Ye alasan tu memang penting sebelum kiter beli barang kalau tidak perbelanjaan tu memang tak berhemah. Maka biler kiter berbelanja secara tak berhemah kiter juga disamakan dengan tidak bermoral. Aku pun jadi tak faham antara tak berhemah ngan tak bermoral rasanya jauh panggang dari api. Tapi memandangkan ayat tu kuar dari mulut pak menteri maka ramailah tukang angguknya. Aperpun jangan sampai ujung bulan soru pun miss dan ukur baju dibadan sendiri.

Tuesday, November 24, 2009

Shichida Methods-Petua

Aku tak try lagi tapi rasa bagus dan nak share kat korang email ni. sama-sama lah kiter try mana tau rasi plak:-

Beberapa minggu lepas boss aku ada cakap kat aku yg dia antaq anak die 2 thn pergi Sichida kelas… yakni kelas yg di uruskan oleh jepun melatih anak-anak befikir menggunakan otak sebelah kanan. Otak sebelah kanan ni lebih efektif sebenarmya dari otak sebelah kiri tetapi kena practise sikitlah penggunaannya. Kelas ni mahal, kalau kelas tadika juanna yg aku nak masukkan tahun depan tu cost nye lebih tinggi dari cost kite satu semester kat ITM, tapi boss aku ni atas kesedaran bahawa ramai sgt cine yang pergi kelas tu utk ajar anak2 depa dan melayu cuma setengah kerat aje…dia pun bersetuju ngan niat ikhlasnye untuk ajar aku dan staff melayu yg lain.

Aku pun nak korang practisekan bende ni kat anak korang, sebab baru seminggu aku buat kat anak aku…dah nampak keberkesanannya.

1. Sewaktu anak nak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap kat die sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia budak baik, dia anak soleh, dia budak kuat, tak sakit , dia budak pandai dsb. Sbb during tidur-tidur ayam ni otak kanan sedang bekerja, otak kiri dah tidur dah, tapi kena buat seikhlas hati…kalau tengah marah ..tak jadi. kalau anak korang tu dah tidur , ramas-ramas jari atau tangan dia, macam picitlah supaya dia kembali berada dalam tidur2 ayam punya situation. Aku buat kat anak aku sebab die bangun pagi lambat pas tu siap melalak-lalak lagi, aku cakap hari-hari kat dia, dia budak baik, dia suka pergi sekolah, dia budak sihat, dia nak bangun awal….sekarang 6.30 dah bukak mata termasuk sabtu n ahad.

2. Start guna cards untuk ajar anak. Aku ajar ABC-Z guna card seminggu je, sekarang dah kenal semua huruf dah siap boleh eja perkataan pendek-pendek. . buat card banyak-banyak dan tunjuk kat dia orang cepat-cepat. . macam..a..b. .c...d..e, insya Allah cepat die dapat sebab bila kita tunjuk kad laju-laju atau cepat-cepat otak kanan die bekerja keras untuk tangkap apa benda yang kite tunjuk tu…kita boleh buat card 1,2,3, gambar-gambar…potonglah gambar kat mana-mana dsb.

3. Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, so ajar anak korang main tanah liat, main water colour, melukis, gunting kertas, origami dsb. memang le kite yang kene mengemas tapi takpe……… satu lagi cuba korang lukis gambar, contohnye rama2, tapi sebelah sahaja dan suruh die orang sambung lukis ikut apa yg korang lukis tu kat sebelah lagi…ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan….Korang tau kenapa cine, ngan jepun pandai-pandai ….sebab depa makan guna chopstik…chopstik tu mengaktifkan kerja tangan and as well gerakkan otak kanan.

4. Jgn marah-marah atau tengking anak……..sebab depa boleh simpan semuanya dalam otak kiri…….kalau termarah depa, pi balik kat cara no 1 tadi, and mintak maaf kat die…..

5. Satu lagi develop they all punya imagination by start bercerita kat die orang dan suruh depa sambung cerite tu, walaupun cerita tu memang lah merapu takpa………kita pun bukan tak biasa merapu…….

6. Main teka-teki ngan they all, taruk satu barang dalam kotak tissue and suruh depa teka apa benda tu. First few times boleh bagi option macam….bagi tau colour, bunyi, lama-lama depa boleh develop six sence by concentrating depa boleh teka apa benda dlm kotak tissue tu……..ni semua utk aktifkan otak sebelah kanan. Tapi ingat…..semua game yg hangpa nak buat ngan dia tu cuma boleh buat setengah jam sehari..tak payah lama-lama.

Sebelum buat exercise ni, kena tarik nafas dalam-dalam and relaks…tak boleh buat time tengah nak masak ka, basuh kain ka tengok tv ka, tak jadi….Buat kena ikhlas , and merendah diri sikitlah bila dah terror ini semua satu cara yng Tuhan lagi Maha Mengetahui kalau Dia izin anak kite nak pandai Alhamdulillah tapi kita kena berusaha, dan bersyukur kalau dah berhasil sebab bila2 Dia boleh tarik balik..betui dak……Aku pun tengah try lagi ni…

Lagi satu untuk berkongsi sesama pembaca….
Kaunselor UTM, Dr, Syed Mohd. Shafek pun ada cakap benda yang sama dan dia ada ckp ttg perkataan jangan kat anak-anak. kalau kita banyak sangat guna perkataan jangan kat anak-anak …..itu lah yang anak akan buat…..so lepas nie kena ganti perkataan jangan tu kepada perkataan lain plak…contohnya….Tolong senyap Abang,,,berbanding Jangan bising bang..

Dlm Islam sendiripun menggalakkan kita ibubapa bercakap2/berdoa dgn anak2 ketika mrk dlm proses nak tidur sbb pada ketika itulah di antara waktu2 doa dimakbulkan.

Monday, November 23, 2009

Sesumpah vs sumpah

Ape beza sesumpah dengan sumpah. Banyak bezanya satu alam fauna dan satu lagi alam manusiawi. Yelah mana ada sesumpah yang bersumpah kan?. Agaknya aper jadi kalau sesumpah mula bersumpah......... payah nak dibayangkan. Sebabnya sesumpah ni masa emergency diberitakan oleh penglipur lara ia boleh bertukat kaler. Ini bermakna sukar untuk mengenali identiti sebenarnya.....lagipun dengan kulitnya yang menggerutu tu mesti sukar nak kenal tanda lahirnya hehehe itupun kalau ader.
Apepun memang itulah hidup seekor sesumpah manakala untuk sumpah pula ia digunapakai oleh seorang manusia. Kalau korang selalu tengok citer omputih yang kat court tu mesti boleh tengok setiap saksi atau sesaper je yang dipanggil untuk membentangkan hujahnya akan diminta bersumpah bercakap benar dihadapan bible. Aku pun kurang pasti kat Malaysia ni ader tak sistem ni. Mesti ader kot.....aku jarang sikit tengok citer melayu pasal kat court ni. Satunya sebab dorang kurang memfokuskan pasal court tu tapi lebih pada cinta seorang lawyerlah hehehe itulah citer melayu. Biler bersumpah tu agaknya perlu tak kiter pegang Quran tu? Tak taulah aku tapi asasnya masa nak bersumpah tu kene angkat tangan kanan kat atas. Dahtu takkan nak pegang Quran guna tangan kiri plak. Tu pun aku tak tau tapi kalau ikut logik akal fikiran hamba yang tak terjangkau dek fikiran tuan hamba ni mustilah tak payah pegang. Yelah tak respek ke kat Quran tu pakey tangan cebok (bak kater omak den) jer nak pegang Quran sedangkan sojak kecik den ni diajar menjunjung Quran jangan sesekali melangkah dan melakukan yang tak wajar. Eh tercakap nogori plaklah.

Kalau gitu camne plak........aisemen tepuk dada tanya selera.

Friday, November 20, 2009

Amanah

Biler kiter dipertanggungjawabkan dengan sesuatu amanah dan kita dengan rela menyanggupinya maka kiter tetap terikat untuk melaksanakan. Masa kecik dulu kalau tak pegi sekolah mesti kene hambat ngan mak bapak begitu jugak kalau pegi sekolah tapi tetiba melencong ke tempat lain kalau orang tua tau mesti abis satu badan kene libas.

Sebab tu ade satu ungkapan yang mengatakan bender yang paling berat kat dunia ni adalah amanah. Dan dalam banyak-banyak mahluk Allah hanya manusia sahaja yang menyanggupi untuk menjadi khalifah dimuka bumi ini even malaikat dan jin pun tak sanggup. Sebab manusia sering rasa bongkak dan bangga diri seolah-olah dier yang lebih berkuasa. Tapi itu bukanlah punca utamanya sebab semua ini adalah perancangan Allah sama juga dengan bilamana Nabi Adam dijadikan, kewujudan Muhammad dah ader dulu dan telah dimaklumkan kepada baginda. Jadi janganlah kiter rasa bongkak dan bangga diri semua kebaikan adalah kehendak Allah.

Amanah ni kalau tak dijaga dengan baik akan binasalah seorang hamba Allah tu. Tu yang aku pelik banyak manusia yang menyanggupi amanah tapi tak sanggup nak menunaikannya. Contoh depan mata biler orang dah lantik ko tu jadi Adun janganlah sesekali mensia-siakannya. Ni amanah tau bukan bender main-main. Ni tak sesuka ati ko je nak datang sidang ke idak. Aku pun musykil tak takut timbang tara Allah kat Akhirat ke nanti?????/

Thursday, November 19, 2009

Smart tag yang tak smart

Minggu sudah masa balik keje lalu jer kat tol jalan duta jalan punyelah jam dah tu nak masuk tol jalan duta pun kene q. Aku pun tambah tak paham kater pakai smart tag akan mencepatkan perjalanan samer jer......pergh hampeh kalau dah jem tu kat memane pun sama waima ko pakai keter canggih cam kek ateih ni pun tak guna. Biler tiber turn aku jer berbunyi nenenenet so aku pun jalan jelah tak toleh kiri kanan punye tapi mata tu sempat gak menjeling naper plak tak kuar amender pun kat papan litar tu.

Ahhhh lantaklah kater hati aku........niat tu nak balik cepat takut terhegeh2 kang sana sini sangkut. Masa nak masuk tol rawang selatan plak satu masalah lagi timbul dier tolak habis duit aku........hampeh tol betullah dahlah orang tengah ujung bulan ni. Rupanya masa aku masuk kat jalan duta tu dier tak dapat trace. Tapi padan muka "kurang RM4.50" kuar ayat kat papan litar tu........tapi sebab batang tu naik so aku pun caw jelah. Yelah mana taknya dahlah ujan lebat pehtu aku tunggu nak dekat 10 minit budak jaga tol tu tak datang pun....alah esok jelah aku buat report. Esok tu pagi-pagi lagi aku berenti kat jalan duta sekali tengok kat pintu depan cakap masa operasi kul 8.30. Aisemen nak wat camna........pikir punye pikir aku pun dapat idea try call direct line lepas sampai opis nanti. Sebenarnya bender ni dah penah jadi kat aku 2 kali masa 1st time tu aku terus report kat tol sungai buloh. Lama gak nak dapat balik duit.

Lepas aku call dan diinterview memacam soalan operator tu cakap aku akan terima bayaran balik dalam masa sebulan. Aku tak harap sangat pun janji dorang bayar balik sebab selalunya mesti nak dekat 2 bulan baru dorang bayar balik. Mesej kali ni kalai korang pakai smart tag tu jangan laju sangat sebab komputer tu ngok sikit kekadang tu bukan boleh baca pun.... tunggu sampai dier baca korang punye smart tag. Kalau aku selalunya musti kuar "Tiada Smart Tag" pehtu baru kuar angka keramat tu.... tapi kene jalan depan sikit.

Wednesday, November 18, 2009

Boiboiboi


Comel tak katun kat atas ni. Aku memang rase excited dengan buah tangan terbaru dak Nizam alias pengarah upin & ipin. Tapi aku pun tak tau biler kuarnye citer ni.....dorang dok tengah usahakan lani. Katun lain yang aku memang suker layan ialah doraemon. Aku rasa katun jepun lagi lawak dari omputih sebabnya mungkin lawak dorang tu dekat lagi ngan kiter banding omputih. Kalau korang tengok citer Ninja Boy ngan Himawaru pun best gak. Kekadang tu aku tengok gak Scin Chan........pada aku daripada tengok citer bebukan baiklah aku layan citer katun. Kalau citer cintan alamak lemah lutut nak nengok ntahpapatah aku rasa.

Lainlah kalau citer cinta tu berbeza ckit cam si capik malam tadi........hehehe kekadang tu tertengok gak biler tv tu dah terpasang. Satu babak yang aku suka masa tengok upin & ipin The Gang yang masuk wayang ari tu........ masa upinipin dan kak Ros terperangkap dalam bilik sisotong Saly@ Salleh. Hehehe habis barang dalam bilik dibaling sotong last sekali bantal plak dibaling hehehe lawak sungguh biler Kak Ros sambut bantal tu. Pehtu aper lagi dusyum sebijik kak Ros bagi kat Sally aper lagi tang tang tu sisotong ni pengsan.

Aper-aper pun kiter kene menyokong katun Malaysia cam Keluang Man hehehe............. dan Kampung Boy. Yang bagusnya lani kualiti kartun kiter dah bertambah baik cumenye sebab nak buat katun ni perlu budget besar tu yang slow sikit nak kuar citer baru.

Tuesday, November 17, 2009

Cepat-cepat jangan terlepas

Aku dah lama tengok banner tergantung kat depan sekolah Bandar Baru Sungai Buloh masa nak gi keje cumer baru berkesempatan nak promote kat korang. Tawaran ni berakhir hujung bulan ni so kalau sesaper yang terlibat tu cepat-cepatlah buat.....buat amendernye plak kan? Tajuk banner tu Kompaun kesalahan letak kereta di kurangkan 50%. Fuyoo banyak tu.

Tawaran terhad pada yang kene denda ngan MBSA je tau jangan silap plak. Cumenya aper motif di sebalik tawaran ni. Senang cakap kalau korang kene saman jangan bayar cepat2 tunggu ujung tahun musti dapat diskaun punye. Pueh gak aku memikirkan aper motif disebaliknya. Mungkin jugak MBSA terlampau banyak duit sampai....alah takat bagi diskaun 50% tu tak luak pun duit dorang. Atau juga nak menggalakkan orang bayar yelah dari tak bayar langsung baik gak kalau dapat takat 50% ni.

Tapi aku tetap merasakan ini petanda tak baik pada sistem yang kiter wujudkan yang asalnya untuk mendisiplinkan orang tapi jadi sebaliknya. Patutlah aku nengok makin ramai orang yang tak tau adab kat jalan raya parking sesuke ati jer, kalau bawak slow pun tak reti2 pegi line kiri, kalau korang dah lambat tu potong je barisan, kalau rasa nak buang sampah tu bukak jer tingkap pehtu aper lagi.......... aper nak kisah sumer orang pun buat kang kalau aku tak buat kang nampak ganjil plak. Hehehe tu lah aper yang aku rasa lani. Undang2 ader tapi sumer buat tak pedulipun. Kene saman pun tunggu je diskaun pun ader so aper nak kisah.......

Friday, November 13, 2009

Friday 13th

Korang mesti ingat lagi mender ni. Dulu masa kecik-kecik memang suker gak tengok citer ni. Siap tekup muke ngan selimut tu. Pehtu nak gi bilik air pun nak kene berteman. Rupenya dalam tahun ni ajer dah 3 kali ari jumaat jatuh pada 13hb dan lepaih ni dijangka kekerapan sama iaitu 3 kali Friday 13th ni adalah pada tahun 2015. Kebiasaannya ia hanya berlaku sekali setahun.

Persoalannya aper ader pada tarikh ni dan naper plak dimomokkan sebagai hari tak bertuah oleh omputih. Aku pun tak tau sebab ikut kiter orang Islam, Jumaat tu merupakan hari yang baik dan juga hari dimana umat Islam akan berkumpul untuk mengerjakan sembahyang Jumaat berjemaah.

Pada aku jumaat ni memang dinanti-nanti sebabnya:-
  1. hari terakhir kejer esok dah cuti yahoooo
  2. rehat waktu keje panjang iaitu selama 2 jam jadi masa nilah nak gi mid valley hehehe
  3. mana-mana shopping comple pun akan dipenuhi oleh kaum hawa...best gak
  4. dapat cuci mata tengok orang lelaki Islam berpusu-pusu ke masjid dengan pakai baju melayu lengkap dan bersamping. hensem tu hehehe
  5. hari yang berkat untuk berbuat amal kebaikan......
Itujelah kot kalau korang nak tambah lagi pun boleh

Pinggan tak retak nasi tak dingin

Hehehe aku suker betul ngan peribahasa ni. Lama dah tak dengar. Selalunya ia digunakan biler kiter tak nak kat orang tu orang tu pun tak nak kat kiter. Senang cakap saling menyampahlah sampai nak peluk tiang cam gambar kat sebelah. Jugak digunakan oleh pasangan kekasih yang tengah bergaduh dengan sambungan .... orang tak hendak aku lagi tak hingin.

Peribahasa ni jugak boleh digunakan didalam situasi dimana seorang ahli politik yang macho telah keluar dari partinya dan kemudian disambut oleh si ketua dengan kata-kata " Arggh pinggan tak retak nasi tak dingin orang tak hendak aku lagi tak ingin". Kesudahannya sibos telah mengambil keputusan untuk tidak memujuk si politicion ni masuk balik keparti asal. "Poielah mano ko nak poie. Sekilas ikan di air ku tahu jantan betinanya" Begitulah ungkapan sibos sebelum mengakhiri temubual dengan Utusan Meloya.

Thursday, November 12, 2009

Hati-hati kat children play area



Korang cuber bacer citer ni... sadis kan mesti mak bapak dier musti sedih giler?.Dan sama-samlah kiter berdoa tak jadi kat negara kiter:-

"Hi. My name is Lauren Archer, a friend of mine that resides in The Hill , Johannesburg ..
took his only son to McDonald's for his 3rd birthday.

After he finished lunch, his parents allowed him to play in the ball pit.
When he started whining later on, and his mother asked him what was wrong, he pointed to the back of his pull-up and simply said 'Mommy, it hurts.' they couldn't find anything wrong with him at that time. After bathing him when they got home, they found what looked like insect bites at the time.

Upon investigating, it seemed as if there was matter coming out of the wounds.
they were on there way to the hospital, but soon he started vomiting and shaking, then his eyes rolled back into his head.. From there, they went to the emergency room.
He died later that night.

He was found to have snake bites all over his legs & buttocks. When they cleaned the ball pit they found that there was a snake's nest in the ball pit.
He had suffered numerous bites from a very poisonous snake."

Wednesday, November 11, 2009

Saper kater

"Saper kater durian siam lebih sedap dari durian kampung, saper kater ayam belanda lebih sedap dari ayam kampung.....sepatutnya buatan Malaysia yang dibelinya ni idak barang luar gak nak dibelinya. Tu yang aku marah ni Kiah"

"Dahlah bang jangan nak marah-marah kang abang gak yang sakit. Biarjelah Amin tu nak merasa kete idaman dier tu. Dah lama dier kumpul duit nak beli Camry baru tu. Patutnya abang menyokong kiter gak yang nak tumpang senang ni idak abang asik nak marah je budak tu"

"Ohhhh awak pun sama ye, patutnya awak nasihatkan budak tu sikit. Hujan emas dinegeri orang hujan batu dinegeri sendiri. Baik lagi dinegeri sendiri. Lagipun aku ni menyahut seruan kerajaan Belilah Barangan Buatan Malaysia" sanggah Pak Leman bekas tentera diraja dan juga pejuang kemerdekaan

"Alah susah nak cakap ngan abang ni sibuk jeeee dengan falsafah abang tu. Anak Cik Gayah jiran kiter tu keje eksekutif baru setahun dah pakai Vios tak kan anak kiter yang dah jadi manager kilang tu nak pakai Waja jer. Dahlah dulu hasrat dier nak berbinikan pompuan omputih tu awak halang"

"Eh betul aper punyelah banyak anak dara kampung ni yang lawa-lawa pompuan Mat Salih tu gak yang berkenannya.Lagipun aku tak hantar dier belajar jauh-jauh tu nak suruh kawin sekali. Aku suruh belajar pandai-pandai bawak balik kepakaran tu kat sini.Pehtu tabur budi kat negara sendiri. Aper ko ingat jatuh bangun bangsa kiter ni saper yang tentukan. Tu sebab aku beria-ia suruh dier beli gak keluaran tempatan ....kalau bukan kiter saper nak sokong."

"Alah bang zaman dah berubah" kater Mak Kiah sambil berlalu ke dapur untuk menyediakan minum petang

"Ishishish"

Tuesday, November 10, 2009

Kesinambungan

Nampaknya PM baru kiter ni dah meneruskan kesinambungan dasar flip flop PM terdahulu. Syabas diucapkan sebab berjaya membikin rakyat marhaen ni pening kepalo. Hari ni buat dasar esok mansuh. Naper ye?. Tak buat study dulu ke sebelum announce?. Tak pun kepalo otak tu terlampau berserabut. Yelah tak calang-calang orang mana boleh perintah negara. Ader yang baru perintah keluarga pun dah terlingkup ni plak negara.

Yang lawak tu baru je announce beberapa jam unjuran pertumbuhan negara biler kene interview jer dah lain plak angkanya dari 9 boleh jadi 6 plak. Ish ish saper penasihat ni?. Kot ye pun nak % janganlah sesuka ati jer ubah fakta kang terlampau banyak orang kater auta plak.

Kater mantan PM Tun Mahathir seorang pemimpin tu bukan saje kene bersih tapi kene juga kelihatan bersih. Sama gak situasi ni bukan sajer benar kene jugak kelihatan benar.Sekarang ni saper yang senyum .......? Tentulah Pak Tahir sebab tak payah hantar kete WBS nye pegi inspection Puspakom hehehe.

Monday, November 9, 2009

Halal vs haram

Dengar citer akta Halal akan dikuatkuasakan tak lama lagi. Aku pun kurang arif aper inti patinya tapi bender ni mengingatkan aku pada ulasan daripada Dr. Asri mengenai perkara ni. Katanya kenapa perlunya label Halal sedangkan negara kiter ni negara Islam.....terpikirlak kat kepala otak aku naper bender ni boleh jadi cenggitu. Satunya aku rasa sebab kiter nak jaga keharmonian kaum dan taknak kecikkan hati kaum lain kalau makanan dan minuman tu sebaliknya dilabelkan haram plak.

Tapi korang pikir balik adakah sebab satu makanan tu tak dapat pengesahan halal Jakim maka ia akan jadi haram. Kesian aku kat Makcik yang jual goreng pisang kat tepi jalan tu. Kekadang aku rasa kiter terlampau dimomokkan dengan bender halal haram ni sampai bender yang terang2 ader label halal pun diragui kehalalannya. Dipertikaikan plak sebab label halal ni datang dari mana?????.

Berbalik kepada ulasan Dr Asri antaranya beliau mengatakan memandangkan status kiter Negara Islam maka sepatutnya kebanyakan makanan yang ader kat muka bumi Malaysia ni adalah halal dan tambahan sesuatu makanan tu fitrahnya halal melainkan telah termaktub status haramnya dari Yang Esa. Maka disebabkan bilangan yang banyak tu maka adalah mudah jika makanan tu dilabelkan haram berbanding dengan melabelkan halal. Betul gak tu sebabnya ikut hukum logik akal kalau nak asingkan sesuatu bender tu memang kiter akan carik dulu yang sikit bilangannya.

Pikir-pikir balik aper nak heran memang kebelakangan ni banyak bender yang tak logik berlaku kat Malaysia.........contohnya biler Rosmah dermakan wang hadiah yang diterimanya hehehehe.

Friday, November 6, 2009

Tengok betul-betul

Aku terima gambar ni semalam.Cuber korang tengok gambar ni sekali imbas. Aper yg korang nampak?. Korang nampak tak aper yang aku nampak. Memula memang aku tak nampak dan tak dapat mengesan sebarang kelainan pada gambar ni .....apa yang istimewanya desis hati aku sampai kawan aku beria-ia forward kat aku.

Pehtu masa aku scroll down ader kuar soalan korang nampak tak punggung pompuan baju pink tu. Pehtu celik bijik mata aku scrol up balik hehehe almaklumlah bender tersembunyi.

Pehtu lepas aku scroll down ader balik statement sebenarnya aper yg aku nampak kali pertama tu yg betul iaitu bender yg menyerupai punggung tu sebenarnya lengan si pompuan yang pegang kamera. Hehehe sah-sah ni satu penganiayaan pada si pompuan baju pink tu nasib baik muka tak nampak kehkehkeh.

Thursday, November 5, 2009

Kambing hitam, bilis dan jerung

"mbekmbekmbek" tu jer yang termampu dilakukan oleh seekor kambing warna hitam bila tuannya membawa pegi makan rumput kat padang. Bayangkan kejadian sama tapi situasi berbeza, kali ni seseorang yang telah dikambing hitamkan untuk melepaskan tengkok bosnya.Contoh ayat yang digunakan untuk kambing hitam ialah " semua pihak merasa kagum dengan tindakan sprm mendakwa seorang ahli politik yang telah menyalahgunakan kuasa dan dalam masa yang sama membidas kenyataan sesetengah pihak yang politicion tu hanyalah kambing hitam dalam kes tersebut."

"kami taknak bilis, kami nak jerung" jerit pembantah-pembantah yang mengerumuni perkarangan mahkamah. Dalam kes ini ikan bilis dan jerung juga telah dikambing hitamkan sebab pihak pembantah tak nak berterus terang aper yang dimaksudkan maka mereka telah meletakkan kesalahan dibahu ikan bilis dan jerung.

Dalam situasi sebenar yang sering berlaku selalunya hanya ikan bilis yang dikambing hitamkan manakala ikan jerung lepas bebas dilautan luas untuk merenggut kekayaan hasil bumi yang ada situ.

Kenapa jadi begitu, rasanya pertanyaan tu ramai yang tau tapi tak ramai yang sangup menyerahkan leher mendedahkannya. Hakikatnya kiter sering terjerut dengan hukum alam iaitu demi survival.Walau apapun pendedahan yang dibuat ia tak memberi kesan selagi kita tidak berbalik kepada Al Quran dan sunah yang ditinggalkan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w

Sampai hati korang part 2

"Tulah ayah dah lama Taufik bagi tau janganlah aktif sangat kat surau tu. Dorang tak pueh hati sebab ayah selalu tegur tu tegur ni, bagi nasihat sana, bagi nasihat sini.Haji Meon tu memang menyampah ngan ayah sebab ayah tegur dier 'bang' tak betul.Fik rasa dier yang report tu" kata Taufik semasa memandu pulang dari balai polis.
"Ish kamu ni tak baik tuduh2, ayah kenal sangat ngan Haji Meon tu diakan kawan baik ayah masa kecik dulu"
"Itu dulu, Fik dengar orang kampung citer sejak ayah balik ke kampung dan mengimamkan jemaah kat kampung ni dier dah mula jauh hati ngan ayah.Katanya orang dah tak nak dengar cakapnya lagi"
"Ayah takde niat pun nak ambik alih tugas dier tapi ayah cume nak berbakti pada orang kampung dan berkongsi ilmu saja."
"Ayah memanglah cakap cenggitu tapi hati orang ayah mana nak tau"
"Yang kamu ni mana kamu tau citer ni sumer"
"Hehehe ayah, Fik pun dengar gosip ni dari Cik Milah potpetpotpet tu, Jamal kedai basikal pun penah bagi tau Fik jugak"
"Pandai jer kamu nak larang aku, niat aku hanya satu nak berbakti kat Rumah Allah, biarlah ni mungkin ujian Allah. InsyaAllah....... bender yang baik ni akan diberkati Allah.Bende amar maaruf nahi mungkar ni memang dah jadi tanggungjawab semua muslimin dan muslimat"

Wednesday, November 4, 2009

Sampai hati korang

Setiap hari sejak bersara ni tulah rutin harian Lebai Husin pegi balik surau yang hanya dalam lingkungan 100 meter je dari rumahnya. Apa lagi nak dibuat kalau tak menghabiskan usia emas ni dengan beribadat kepada Allah semahu-mahunya atau setidak-tidaknya mendengar ceramah agama yang diadakan tiap malam jumaat itupun jika ada penceramah luar yang datang jika tidak memang jadi tanggungjawab dialah untuk mengimamkan sembahyang dan memberikan tazkirah. Hati tuanya kadang-kadang agak terkilan dengan sikap orang kampung yang hanya memenuhkan surau untuk sembahyang jemaah masa hari raya je.

Setiap hari lepas sembahyang subuh diambilnya penyapu distor dan dengan kudrat yang ada dibersihkan keliling surau tua tu. Surau ni pun lebih tua dari umur Lebai Husin. Masa zaman kanak-kanaknya banyak dihabiskan disitu untuk belajar mengaji dengan Bilal Deris. Pantang tersalah sebut je memang kene sebat kat jari kekadang tu sampai kene cucuk dengan rotan yang dipegangnya. Memang garang orangnya Bilal Deris tapi hasilnya semua anak muridnya memang jadi orang berguna.

Sepanjang usianya 60 tahun inilah kali pertama dia marah apa tidaknya lepas habis kuliah maghrib tu dengan tidak semena-mena datang 5 orang pegawai agama minta dia kebalai. Alasannnya sebab Lebai Husin beri ceramah agama tanpa tauliah. "Sampai hati korang ye buat orang tua begini" itu sahaja yang sempat diucapkan pada pegawai agama yang mengiringinya ke balai polis.

Tuesday, November 3, 2009

Toooontoon

Marah sungguh Pak Atan biler laluan utama jalan masuk ke kampungnya dihalang oleh sekumpulan lembu-lembu yang dok melepak kat tengah jalan. Mungkin tengah kekenyangan selepas makan rumput kat tepi baruh tu. Aper lagi dengan kekuatan yang ader ditekannya hon keretanya panjang-panjang.......... tooooooooontooooooon bunyinya. Kereta tu dibelinya tahun 1989 antara model terawal kereta buatan nasional. Keluar jer dari car sales centre terus diaraknya keliling kampung sambil bunyikan hon almaklumlah nak tarik perhatian orang kampung.

Maka ramailah yang berpusu-pusu nak tengok kereta Proton Saga warna merah saga tu siap ader yang masuk nak cuba kerusi empuk kereta tu dan tak kurang jugak yang membelek-belek sterengnya. Sementara menunggu kawanan lembu tersebut sempat pulak Pak Atan terkenang masa muda-muda dulu. Besar jasanya kereta tersebut dengan kereta tu jugak dibawanya mak ayah pegi meminang Limah Lawa sebagai isteri. Tak lama kemudian dihantarnya mak ayah ke airport menunaikan haji. Saga kepunyaannya tu memang sentiasa dikilatkan walaupun dah berusia hampir 20 tahun masih elok enjinya. Kalau takat jalan pegi balik keja memang takde masalah cuma akan kepanasan sikit sebab aircond dah rosak. Dah berpuluh kali direpairnya dan banyak berhabis tapi problem tak settle gak. Sudahnya Pak Atan biarkan jer janji boleh jalan bak kata isterinya. Nak beli kereta baru memang tak mampu lagi almaklumlah keje takat kerani jer.

Sangkanya dengan pengumuman budget 2010 ni bolehlah beli kereta baru sebab dengar citer kerajaan nak hapuskan AP jadi mestilah kereta banyak yang jatuh harga. Tapi kecewa sungguh sebab budget baru ni mewajibkan plak kereta yang berusia 15 tahun keatas menjalani pemeriksaan Puspakom tiap tahun........aisemen duit lagi.



Monday, November 2, 2009

Harapkan pagar pagar makan padi

Sama tak maksud peribahasa kat atas ni ngan haruan makan anak. Dari segi maksud pada aku memang sama tapi dibezakan dengan dua alam iaitu satu haiwan dan satu lagi tumbuh-tumbuhan atau lebih mudah lagi flora dan fauna.

Situasi paling mudah biler nak menerangkan maksud peribahasa ni boleh tengok kejadian-kejadian yang berlaku disekeliling kita contohnya biler seorang bapa yang sepatutnya menjaga dan mendidik anak telah menggunakan kuasa yang ader utk melakukan sesuatu yang kucing kat umah aku pun tak sanggup nak tengok. Aper lagi seorang manusia yang bergelar insan dan bukannya manusia yang punya insang cam haruan tu tadi.

Satu lagi contoh yang aku rasa sesuai biler seorang wakil rakyat yang dilantik atas tiket parti telah mengumumkan keluar parti tapi taknak letak jawatan wakil rakyat. Korang rasa contoh ni ader kene mengena tak??. Hehehe bender ni memang sensitif tapi bender yang sensitif tulah yang paling suka dicuit dengan harapan orang yang kene cuit tu akan melatah tak henti2.

Satu bender yang aku rasa kurang adil berkenaan peribahasa tu naper plak hanya haruan yang dikatakan makan anak sedangkan banyak lagi binatang yang juga makan anak contohnya kucing dan hamster. Dalam keadaan tu aku rasa mungkin wujud persaingan yang kurang adil diantara sianak dan bapa hingga memungkinkan sibapa mengambil tindakan drastik tu. Apapun tepuk dada tanya selera dan sentiasa berfikir sedalam-dalamnya sebelum mengambil sebarang tindakan.

Friday, October 30, 2009

Klasik Nasional-segalanya disini, menggamit memori

Ni memang radio kesukaan aku.Banyak sebabnya tapi ini bukan bermakna aku tak penah bukak radio lain........bukak yang lain pun akhirnya aku akan beralih keradio ni. Sebabnya banyak dan satu darinya sebab aku suka lagu lama ......pada aku orang dulu lebih jujur dalam berkarya dan tak banyak bertapis selain lebih menghiburkan. Contohnya ader satu lagu tu senikatanya "mukamu hitam macam ngantu", "kalo ko taknak aku nak gantung diri kat pokok togeh" hehehe memang menghiburkan. Ader ke nak gantung diri kat pokok taugeh.

Tapi rasanya sebab utama aku suka sebab radio ni tak banyak borak dan iklan. Kebanyakan masa memang lagu jer yang diputarkan. Teringat aku satu masa dulu sebelum radio ni tukar nama ke klasik nasional nama asalanya RIMA (Radio Irama Melayu Asli) pehtu saper ntah yang gatal pegi tukar Klasik FM. Yang aku geram tu tetiba jer lagu omputih, tamil dan cina lama pun dorang putarkan. Aku ingat aku sorang je yang geram rupanya Pak Menteri Rais Yatim pun geram sampai masuk kat Parlimen. Biasalah biler Pak Menteri campur tangan jam-jam tu gak kembali pada konsep asal iaitu utk khalayak penggemar lagu-lagu irama melayu ....akulah tu antaranya. Sampai lani nama pun dah jadi Klasik Nasional.Kalau korang nak dengar radio ni online klik jer kat sebelah ni http://radiopopularonline.blogspot.com/2008/01/klasik-nasional-segalanya-di-sini.html

Thursday, October 29, 2009

Syukur ke Hadrat Ilahi

Ye penting tu kiter memang kene sentiasa bersyukur sebabnya baik dan buruk yang berlaku hari ini mesti ader natijah disebaliknya. Tadi dalam kul 11 aku gi kat kedai Tenaga nak bayarlah advance co. aku kat TNB alamak banyak benar songehnya.Menyampah tapi aku cuba coolkan fikiran...tenang-tenang.Dorang nak aku buat surat pulaklah.

Geram punye pasal aku pun drive kereta gi Bangsar kat Taman Bertuah hehehe Lucky Gardenlah pegi bank-inkan duit keter adik aku then pegi kedai mamak Mahbub pekena roti canai dan teh tarik. Tulah pasal aku cakap bender yang tak baik pun ader gak baguihnya sekurang-kurangnya dapat gak aku pekena roti canai hehehe.

Balik jer aku pun mengarang surat bayar advance tu.Tu cuma satu contoh jer walaupun bender yang kecil sebesar kuman pun akan tetap dihisab. Kalau lihat pada kehidupan sehari memang banyak ranjau dan liku yang kene kiter tempuhi.Cuma rasa kesyukuran yang tak berbelah bagi atas nikmat Allah jer yang akan menjadikan jiwa kiter tenang setenang air dilaut.

Tazkirah yang aku sempat dengar pagi tadi masa drive ke pejabat dari HM Tuah berkenaan permasalah seorang pelajar dalam membahagikan masa antara pelajaran dan kerja rumah. Nasihat HM Tuah agar pelajaran dijadikan mesti dan kerja rumah sebagai hobi. Jadi kalau rasa penat study buatlah kerja rumah plak....begitu juga sebaliknya. Dengan cara ini kita akan sentiasa berfikiran positif dalam hidup ini dan jangan terlalu terikat dengan perkara remeh temeh yang sering membataskan pergerakan kita.

Wednesday, October 28, 2009

Runtuh

Memang best bunyinya kalau dapat beli barang pada harga runtuh.Sebab tu orang tua-tua cakap kalau dapat benda baik ni diumpamakan dapat durian runtuh.Tapi kalau bumbung stadium,tanah dan jambatan yang runtuh saper nak jawab.Ramailah yang boleh tolong jawab dan mereka ini dikenali sebagai saksi kejadian.
Yang bagusnya bila bender ni terjadi satunya tempat tu akan mula dikenali ramai,mungkin selama ni orang tak tau pun kewujudan kampung tu. Cam tempat tinggal akulah....lepaih register masuk U dulu sempatlah berkenalan ngan member sebelah menyebelah dan biler aku sebut jer Sungai Buloh jer ramai yg cakap ooooooo tempat kilang bunga api meletup tu.Selalunya aku menganguk ye jolah. Macam tu banyak bender yg baguih kat sungai buloh ni mender tu gak yg orang ingat.Tapi tu citer 10 tahun lepaih lani kalau cakap jer memang org teringat penjara tempat Anwar Ibrahim kene tahan, hospital Sungai Buloh yang dah cantik tue ....erm aper lagi ye?.Lagi satu kat Sungai Buloh ni memang banyak tempat jual bunga lawa-lawa siot tapi aku pun jarang singgah sebab kureng minat.
Malangnya promosi percuma camni menuntut banyak nyawa utk dikorbankan.Apa yang pasti lepas ni Zambery, SPRM,Menteri pelajaran sibukslah sikit nak menjawab.Jawab jangan tak jawab Pak menteri............

Tuesday, October 27, 2009

Buah hati ku sayang

Dapat jugak masukkan gambar Muqri ni dalam blog pueh mencuba lani baru boleh.Ari tu baru je nak save server hang plak......pehtu kekadang button insert picture tu kejap ader kejap takder.Perghhhhhhh

Pak Samat

Termengah-mengah Pak Samad atau lebih dikenali sebagai Samad buncit mengayuh basikal ke kedai Limah Janda. Hajatnya hanya satu membeli beras sekampit,ikan kering, bawang,kentang dan tepung gandum. Itulah rutin mingguannya sejak 10 tahun yang lalu sejak menikahi Minah Jongang. Tanpa membawa sekupang pun transaksi tersebut tak penah gagal dibuatnya dan Limah Janda memang sangat mengenali Pak Samad dan walaupun hanya buku 555 sahaja yang dibawanya tak penah pun Limah janda menyekat jual beli tersebut.

Yelah hujung bulan, lepas dapat gaji Pak Samad pasti akan menjelaskan bayaran penuh. Begitulah sikap Pak Samad walaupun sekolah takat darjah 6 sekolah Melayu tapi kira-kira takat seratus dua tu memang congak jer pun dah dapat jawapan tak macam Limah Janda terkial-kial menekan butang kalkulator.

Tapi hari ni Pak Samad sedikit kecewa sebaik sahaja diberitahu oleh Limah janda yang kerajaan telah membuat pengumuman mulai tahun ini pengguna buku 555 akan dikenakan cukai perkhidmatan 50 sen.Buku 555 Pak Samad bukan dikedai Limah janda je ader tapi jugak kalau dier nak melepak kat Warung Din Berambu pun guna buku 555. Dengan pengumuman ni bermakna dier kene bayar cukai sebanyak 1 ringgit sedangkan gaji sebagai petani tak sampai pun 100 ringgit. Tu pun belum tentu lagi kot kot hasil buahnya tak menjadi tahun ni.

"Aisemen, sumer nak kene cukai kalau aku banyak duit takkan aku pakai buku 555" kata Pak Samad sedikit menjerit. Sempat pulak dijawab oleh Limah Janda " ni sumer sebab kerajaan nak galakkan perbelanjaan berhemah".

Monday, October 26, 2009

Taktil

Hari sabtu lepas sempat tengok satu rancangan kat NTV7 "Siasat Mandarin". Rancangan tu ulas pasal laluan taktil....aku rasa ramai gak yg macam aku tak tau amenderlah laluan taktil tu.Laluan ni dibina utk kemudahan orang cacat penglihatan/buta.Dorang ni akan berpandukan laluan ni nak pegi kememana. Barulah aku sedar laluan ni ader kat memana terutamanya kat laluan utama tapi aku pasti kat jalan kampung memang takdelah bender ni. Dan baru aku tau kalau yang bulat2 tu tandanya berhenti dan laluan lurus maknanya jalanlah.

Isu yang diutarakan kali ni pasal pembinaan laluan ni yang tak memenuhi standard ISO so lebih kurang macam melepaskan batuk ditanggalah.Janji ader dari takde lansung kan?.Pengacara tu siap pegi jumpa pegawai DBKL nak dapatkan penjelasan naper walaupun laluan ni tak memenuhi spec masih dapat kelulusan. Jawapan oleh DBKL memang tak masuk akal........."kontraktor kiter masih dalam proses pembelajaran dan sering melakukan kesilapan". Hehehe memang lawak jawapan tu kalau tak ikut spec naperlah korang gi luluskan.Pada pandangan aku bukan kontraktor tu yg masih dalam proses pembelajaran tapi pihak DBKL sebab tu tak sedar kalau kene kong ngan kontraktor..........pehtu dorang ni turun padang ke cek projek tu atau sekadar pantau dari pejabat jer.

Patutlah baru2 ni Shaziman keluarkan arahan agar pegawai2 yang telibat dengan sesuatu projek tu jangan main pantau dari opis jer.Jugak diberitakan kat LRT rupanya banyak org buta yang dah jatuh kat laluan keretapi tu sebab laluan taktil yang dibina tak dapat dikesan oleh org buta.Nasib baiklah masa tu keretapi tak lalu lagi. Cian pakcik tu siap saman pihak LRT tapi sampai lani pun tak dengar citer.

Friday, October 23, 2009

Indera Kayangan Darul Awangan-part 2

Berbondong-bondonglah rakyat jelata memenuhi perkarangan Istana Kayangan sebaik mendengar titah Datuk Patinggi Maharaja bahawasanya baginda berhasrat mengagihkan hasil mahsul negara.Tidak ketinggalan walau seorang pun rakyat jelata melainkan semuanya memenuhi perkarangan tersebut, yang buta datang bertongkat,yang capik datang bertampu, yang tuli datang berteman.


Masing-masing berbunga harap agar agihan yang adil dan sama rata hendaknya dititahkan.Tidaklah sampai menjahanamkan negara tapi biarlah memegang prinsip sikit sama sikit banyak sama banyak dan yang berat sama dipikul ringan sama dijinjing.Sementelahan semua rakyat jelata telah berkumpul maka Datuk Patinggipun memulakan titahnya siap dengan memetik kata pujangga dan ayat-ayat Quran utk menguatkan lagi hujahnya.

7 buah kampung yang bernaung dibawah pemerintahan Datuk Patinggi diberi peruntukan yang sama rata iaitu 1 juta setiap satu.Serentak itu juga juak-juak Datuk Patinggi mula mencongak agihan masing-masing.Tak cukup dengan itu dikira sama agihan untuk anak beranak dan sedara mara terdekat.Akhirnya yang sampai kepada orang kampung hanyalah secupak beras setiap isi rumah.Diakhir titahnya Datuk Patinggi sempat berpesan setiap rakyat agar mengubah cara hidup dalam menghadapi kemarau yang melanda negara kini.

"Nak ubah aper lagi ye selama ni pun makan cuma sekali sehari dan pegi kesawah pun cuma jalan kaki" kata seorang anak muda.

Thursday, October 22, 2009

Belacan oooo belacan

"Hamba memang bersalah namun pohonlah belas ehsan tuan yang mulia agar meringankan hukuman hamba" kata Mak Kechut ketika dijatuhkan hukuman oleh Tuan yang teramat Mulia Tuk Petanda Bertanda-tanda.

Maka dengan angkuhnya rayuan dan pohonan Mak Kechut disangkal oleh Tuk Petanda "Salahnya tuan hamba teramatlah berat sehinggakan untuk meringankan apatah mengecualikan tidaklah tergamak kiranya.Lagipun sebagai memberi peringatan kepada rakyat jelata sekaliannya adalah tidak wajar jika hamba memperkenankan permohonan tuan hamba".

Sebaik sahaja mendengar keputusan yang muktamad daripada Tuk Pertanda maka berguguran jatuh air mata Mak Kechut ke bumi. Sedihnya tidak dapat ditahan-tahan sehingga habis basah kuyup baju Mak Kering yang sedang menenangkannya.

Dua orang pengawal dibawa masuk kedewan pertuduhan untuk mengheret Mak Kechut yang masih lagi meraung mengongoi-ngongoi lagaknya seperti anak kecil yang kehausan meminta disuakan susu siibu. Tuk Pertanda masih berkeras dengan keputusan dan telah mengarahkan agar dua orang pengawal yang bermisai tebal dan bermuka garang itu mengheret sahaja Mak Kechut.

Tambah kuat lagi tangisan Mak Kechut sempat pula dia bermadah "Hamba hanya terkurang meletakkan belacan kedalam lauk bayam kegemaran Tuanku sampaikan dihukum pasung 3 hari 3 malam.......Tuk Pertanda yang bermukah dengan Permaisuri masih disanjung tinggi"

Merah padam muka Tuk Pertanda mendengarkan madah Mak Kechut sampaikan disuruh pengawal menutup mulut Mak Kechut dengan gam gajah.

Wednesday, October 21, 2009

Indera Kayangan Darul Awangan

Saban hari ader sajer laporan audit yang mendedahkan berapa banyak kerugian yang bakal ditanggung oleh rakyat jelata negeri Indera Kayangan Darul Awangan.Kisahnya negeri itu dihuni oleh lebih 5,000,000 rakyat pelbagai kaum yang telah diasimilisasikan hanya sebagai satu kaum dan menjadilah satu Indera Kayangan.Datok Patinggi Maharaja gelaran nama diberi kepada pemimpin tersohor negara yang sememangnya kaya dengan hasil mahsulnya. Sebut saja apa...... semua ader diatas muka bumi bertuah ini delima,permata, berlian,emas waima cacing dan lintah juga ader.

Datok Patinggi Maharaja dibantu oleh juak-juak kaki kipas yang tahunya angguk sabar anguk sabar.Rakyat jelata makin hari makin jengkel dan loya dengan kelakuan juak juak Datok Patinggi harga barang melambung naik saban hari sehinggakan untuk melepaskan hajat pun setiap seorang rakyat dikenakan cukai yang disebut sebagai cukai pelepasan.Semenjak itu rakyat pun terpaksa berjimat cermat sehingga untuk melepaskan hajatpun hanya mampu dilakukan sekali sehari.

Laporan audit mendedahkan lagi kepincangan dalam pentadbiran negeri Indera Kayangan......tapi apa maknanya????. Sipelaku bukan kene tindakan pun...menghabihkan boras jer laporan tu.Pihak yang cemburu dengan kekayaan Datok Patinggi dan juak-juaknya telah menambahkan lagi sakit hati rakyat jelata dengan menyebarkan khabar angin yang entah betul entah tidak kononnya permaisuri Datok Patinggi seorang yang amat gemar berbelanja dan menghabiskan dana kekayaan negara.Diberitakan orang bahawasanya jika dia pergi berbelanja habis satu pasraya dibelinya dan pernah satu ketika seorang jurujual minyak wangi pun habis disapunya. Sijurujual dikhabarkan amat hensem orangnya dan ketampanannya kurang sedikit sahaja dari ketampanan Nabi Allah Yusof.

Rakyat Indera Kayangan telah diajak merubah gaya hidup........dan diajak makan magi sahaja .........besar punya.Alkisah selepas lebih 50 tahun dibelenggu dengan keadaan kepimpinan ala demokrasi terpimpin itu kini rakyat telah bersedia untuk merubah kemimpinan negara pula.Itulah ikrar yang disematkan didalam sanubari setiap rakyat jelata Indera Kayangan.

Tuesday, October 20, 2009

Kisah Pak Pandir

Alkisah disuatu desa yang aman damai Pak Pandir sedang duduk keseorangan ditepian sungai buntu memikirkan masalah yang sedang membelenggu dirinya.Apapun didesa itu Pak Pandir memang dikenali seorang yang memiliki IQ bawah daripada 50 sedangkan hasil dapatan sarjana Melayu mengatakan umumnya manusia memiliki IQ sekitar 100.

Adapun masalah ini amat rumit untuk diselesaikan olehnya dan telah ramai manusia yang lalu lalang memberi cadangan dan idea untuk mengatasinya namun masih tiada penyelesaiannya.Rakit yang dimilikinya hanya dapat menanggung berat Pak Pandir dan guni sirihnya atau Pak Pandir dan kambingnya atau Pak Pandir dan harimau belaanyan.3 hari 3 malam Pak Pandir memikirkan bagaimana untuk memindahkan kambing,sirih dan harimaunya keseberang sungai.

Pak Pandir terus sahaja berjalan mundar mandir diantara gigi sungai dan sebatang pokok mangga yang tumbuh ditepi sungai.Sambil berjalan itu mulutnya kumat kamit menyebut kambing,sirih dan harimau.Dengan izin Allah Tuhan sekalian alam maka pada hari keempat ketika Pak Pandir berjalan dibawah pokok mangga jatuhlah sebijik buah mangga diatas kepalanya dan sekonyong-konyong itu jugalah timbul firasat untuk menyelesaikan masalah yang sekian lama membelenggunya.Situasi ini bolehlah disamakan dengan kejadian yang berlaku semasa Albert Einstein menemui teori hukum gravitinya sementelahan dirinya ditimpa oleh buah epal yang jatuh berguguran.

Pak Pandir mula dengan memindahkan kambingnya keseberang sungai terlebih dahulu dan kemudian mudik keseberang untuk mengambil sirihnya pula.Semasa mudik kali kedua ini Pak Pandir membawa bersama kambingnya dan kemudian meninggalkan kambingnya ketepian sungai dan membawa pula harimaunya keseberang lalu ditinggalkan bersama dengan sirih. Akhir sekali barulah Pak Pandir mudik keseberang sungai untuk membawa kambingnya.

Dengan kejayaan ini maka Pak Pandir dengan bangganya telah mengistiharkan disegenap pelusuk desa...... hanya dengan menghantukkan kepala ke buah mangga sahaja kita akan menjadi genius.

Monday, October 19, 2009

16 September

Ada apa pada tarikh tu?.Mulai tahun depan 16 September setiap tahun diistiharkan sebagai cuti umum sempena menyambut Hari Pembentukan Malaysia.Dalam erti kata lain bila mana Sabah dan Sarawak menyertai Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya membentuk negara baru iaitu Malaysia.Jadi mulai tahun hadapan Malaysia akan mempunyai 2 tarikh bagi menyambut perayaan Kebangsaan iaitu pada 31 Ogos dan 16 September.
Pada rakyat marhaen pengumuman tersebut disambut dengan senyum lebar dan rasa kesyukuran kehadrat Allah....... yelah saper tak suka cuti kan?.Personally aku memang suka sangat tarikh tu sebab hari tersebut adalah Hari lahir Muhammad Amirul Muqri.Jadi setiap tahun hari lahir Muqri juga akan disambut sebanyak dua kali iaitu 16 Ramadan dan 16 September.

Ish ish ish

Sabtu baru ni sempat aku gi 5 umah beraya.Almaklumlah dihujung raya ni kalau boleh nak abiskan raya kat umah sedara mara yang belum berkesempatan pegi sebelum ni.Dalam pada tu sempat sembang sikit ngan Pak Usu suami aku pasal car wash.Anak dier ader kedai ni kat Ampang berdepan ngan Klinik Dr Maamor yang glemer tu kat Tasik Ampang.Katanya masa bulan pose tu anaknya tutup kedai sementara salah satu sebabnya memang tak larat nak run masa tu tapi yang pentingnya sebab nak betulkan balik keadaan.
Anak punye biz tapi bapaknya ni tukang jaga akaun selain 3 org budak Melayu tukang cuci keter.Nak jadi citer masa Pak Usu ni jaga baru realize bebeudak ni punye kejer.Keter datang cuci banyak tapi kad akaun cume 2/3 bijik jer.Yang dapat trace sebab masa berkumpul sedara mara tu memasing sebelum datang gi lah hantar cuci dulu kat kedai ni.Pehtu biler tengok rekod no. plat sedara mara ni takder.Biler tanya budak yang jaga tu memang mati hidup balik pun tak ngaku.Tapi kantoi sebab tak boleh jawab biler tokey tanya ader sorang yang datang malam tu belikan korang kuih apam balikkan.
Aper lagi sesumerlah kene buang keje.
Regular customer pun dah tak datang lagi sebab masa bebudak ni vakum dalam keter disedut sekali duit syiling dalam kotak coin tu."Patutlah Pak Usu tengok asal nak beli rokok jer bebudak ni bukak vakum" kata Pak Usu.
Lagi satu Pak Usu advice kalau korang gi hantar cuci keter janganlah tinggalkan je keter tu sebab selalunya masa nilah bebudak ni buat kejer salin kunci pedua dengan cara panehkan kunci tu pehtu lekat kat lilin.Akupun penah tengok kat tv takyah panehkan korang lekat jer kat sabun.Pehtu pegilah kedai buat duplicate key.Aper yang jadi seterusnya paham-paham sendirilah yer.

Friday, October 16, 2009

Acute IT resources

Amenderlah Acute IT ni.Hehehe nilah tempat aku beli komputer aku 3 hari yang lalu.Paid through kad kredit.Memula ingat nak guna syarikat punye loan pehtu kira punya kira baik aku pakai kredit kard aku ader plan easy payment.Sebenarnya bukan aku nak citer pasal proses beli tu tapi aper yang aku beli.Cadangan nak beli komputer ni dah lama antara sebabnya aku memang takde komputer sendiri,pehtu ingat nak pakai kemudahan loan yang syarikat bagi dan lagi satu nak dapatkan tax deduction.
Adik ipar aku yang tolong belikan aku cakap kat dier aku nak yang multimedia punye pehtu nak desktop.Jadi dier pun suggest spec utk aku pilih almaklumlah aku bukan tau sangat pasal spec ni yang aku tau hanya brand cam Acer,HP Dell dll.Masa aku nak beli baru teringat nak tanya brand aper yg dier nak belikan ni."Takde brand Kak Ayu".Akupun agak terkejut badak.Rupanya dier beli processor,casing motherboard dan segala mak nenek isi dalam pehtu mintak tokey kedai tu combine.Ha ni dier specnya....

-AMD x3 phonem ii
-ASUS MB A77TD
-4GB DDR2
-320 GB HDD SATA WB
-ATI RADEON 4670 DDR4 512MB HDMI
-SAMSUNG DVD RW SATA
-ANBOUND SOUND
-ATX CASING
-VIEW SONIC 22" LCD w HDMI
-USB KEYBOARD & MOUSE

Masa baca spec ni satu-satunya perkara yg aku kenal ialah Samsung.Tapi rasanya ramai gak yang macam aku.Baru aku tau kebaikan buat camni banding kalau beli terus yg dah siap pasang (tapi kene retilah sebab kalau tak reti memang korang kene kencing ngan tokei tu).Satunya kiter boleh pilih ikut keperluan dan kehendak kite dan spare part lebih senang nak dapat.Kalau beli yg dah siap memang mudah tapi kalau ader masalah kene gi balik kat center dorang sebab kedai biasa hanya jual full spec tak jual satu2.Kalau nak ganti dengan produk yang sama tapi jenama berbeza tak boleh plak sebab belum tentu boleh ngam.Barulah aku tauuuuuuuuuuu

Thursday, October 15, 2009

Sudah-sudahlah menipu tu.....

Ishh pelik betul aku dengan sorang hamba Allah ni sebab nak menang punya pasal sanggup menipu satu Malaysia. Dizaman yang serba canggih ni rasa janggal plak kalau sesuatu kejadian yang berlaku dikhalayak umum pehtu dengan ramainya bilangan wartawan yg berkampung kat tempat tu takkan sorang pun tak dapat ambik gambar hamba Allah ni kene pukui.Ramai plak tu yang membalunnya.Polis yang ramai-ramai masa tu buat aper gamaknya.Yang lagi lucu tu lakunan tu bersambung plak ke episod seterusnya kat persidangan tahunan dorang yang tengah berlangsung lani.Nampaknya memang ader manusia yang sanggup buat aper sahaja untuk mencuri tumpuan dan perhatian orang terhadapnya.

Tapi satu yang aku kagum kat si pemukul ni berani betul dier pukul hamba Allah ni kat khalayak ramai.Tak takut hukum agaknya.

Pada hemat aku memang susah nak percaya kalau ader yang kater tak penah menipu sepanjang hidupnya tapi biar bertempatlah dan bijak.Tapi aku memang tengok kalau orang yang terlalu suka menipu ni dier memang dah tak nampak hujah logik akal lagi.Janji masa tu dier terlepas.Taringat plak aku satu citer Korea yang aku tonton kat ASTRO tahun sudah rasanya.

Citernye mengenai seorang wanita penyeluk saku yang telah bertembung dengan sorang student yang balik bercuti.Pompuan ni dah tertukar beg dengan sibudak lelaki ni....pehtu dier pun ikutlah budak lelaki ni balik sampai kekampung budak ni.Sebaik sahaja sampai kat kampung ni dier pun buat cerita kononya lelaki tu dah tinggalkan dier dengan berbadan 2 sambil berlinangan air mata.Jadi keluarga lelaki ni dah percaya abis dengan lakunan pencopet ni dan paksa lelaki ni bertanggungjawab.Sian kat lelaki ni dah kene trap pehtu plak untuk menjayakan lakunannya pompuan ni terpaksalah tunggu sampai family ni buat kenduri sebab dier dah cadang nak ambik balik beg dan curik duit kutipan orang2 kampung yang dipegang oleh family ni.Pehtu aderlah satu babak kat tepi kolam lelaki tu kater"ko ni cantik tapi kenapa buat kerja tak senonoh ni dan aper yang ko nak dari aku sebenarnya".Pehtu pompuan tu jawab "ko ingat senang ke nak jadik sorang penipu ni lakunan kene mantap, fakta yang ko bentangkan pun mesti realistik dan konsisten.Jadi ko kene ader daya pemikiran yang tajam dan juga ingatan yang kuat".Ending citer tu lelaki ngan pompuan tu fall in love sebab selama pompuan tu duduk ngan family tu dier terpikat ngan kebaikan dan kejujuran lelaki dan keluarga tu.

Kalau aku tipu pun citer kat atas ni mana korang tau hahaha.Jangan dibiasakan keje menipu ni......kata orang tua tipu-tipu lama-lama jadi pencuri.

Wednesday, October 14, 2009

Berakhir sudah sebuah penantian

Haaaaaaa lega rasanya.Semalam berakhir tempoh penantian aku selama 2 minggu.Bukan aper pun selama 2 minggu ni aku dilarang pasang heater keter hehehe almaklumlah baru jer pasang tinted. Bukan aper aku tak mau jadi macam sesetengah keter yang aku jumpa kat jalan tu tinted dah cantik tapi tang line2 kat heater tu mengelembung. Dah tak lawa dah......bukan sikit duit tu sekali buat kurang2 pun RM5++.Antara larangan kalau kiter pasang tinted ni 2 hari takleh naik turun cermin tingkap, 2 minggu takleh pasang heater, sebulan lak tak leh gantung beruang/aper2 yang setara dengannya.Pehtu selama-lamanya takleh cuci dengan bahan yang ader kandungan alkohol cukup bersihkan guna air biasa jer.Tinted yang aku pasang ni dari jenis Ray Tech/waranti selama 5 tahun.Alhamdullilah sejuk sikit kalau duduk masa panas terik pun.
Lepaih ni target nak ganti alas kaki keter plak nak beli jenis getah 3m tu aku pun tak tau nama sebenarnya.Tapi kualitinya memang baiklah.Dulu keter lama aku pasang jenis cap ayam sekejap jer dah rosak terutamanya tang driver sebab masa tu aku selalu pakai kasut tumit tinggi so dah berlobang sikit.Lani dah lama aku tinggalkan kasut jenis tu.
Pehtu plak nak pasang modula kit.........nampaknya tak boleh lagi kot sebab bulan 6 tahun depan road tax mati hehehe kene kumpul duit tu.Keter ni kalau dilayan memang tak abis2.